15/01/2013


Rombakan besar2an pasukan johor telah menarik perhatian peminat bolasepak tempatan. Dikepalai oleh TMJ, pasukan johor telah berbelanja besar dengan membeli ramai player berstatus bintang yang juga pemain kebangsaan. Untuk elakkan kekeliruan dgn Johor FA, pasukan ini telah di rebranding kepada Darul Takzim FC. Rombakan besar yang dianggap 'bongkak' oleh pasukan negeri lain telah menjadikan DTFC pasukan yang wajib dikalahkan season ni.

Memang dinanti2kan perlawanan DTFC dengan Kelantan. In before, issue panas perpindahan Matyo juga sebabkan orang tak sabar menunggu match ni.

Namun game tak serancak yang aku sangka. DTFC lawan pahang ari tu lagi rancak. Perbelanjaan besar DTFC masih lagi belum menampakkan hasil sebab kelantan lagi banyak pegang bola dan rancak melancarkan serangan. Gaya permainan kelantan lebih kemas dan menyakinkan. Boleh dikatakan DTFC ini macam bayangan pasukan Malaysia. Namun masih tak sekemas kelantan. Sebab tu dulu singapore ada cakap, pasukan kelantan lebih layak mewakili malaysia. Diorang pun pelik kenapa cuma ada 2 orang sahaja pemain dari pasukan yang menang trebel dalam pasukan malaysia.

Keputusan berakhir dengan 1-1. Sikit sangat. Patutnya level2 star ni kalau boleh biar 5 6 bijik gol terus.

P/s: Tak boleh blah bila tgk TMJ bawak askar macam nak berperang. Ape la. Nak main bola je kot.

Current mood: Sabtu ni rasa mcm nak beli jersi selangor season ni.
Listen to: Untukmu - Feminin
After this: Buat milo

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers