22/01/2013


Perlawanan yang dipenuhi kontroversi. Gol abdul hadi yahya dibatalkan kerana offsaid serta layangan kad merah yang tak patut kepada Amri yahya. Perlawanan berlangsung di Stadium Lumut, Perak.

Perlawanan berlangsung agak rancak sebenarnya. Kedua-dua pasukan saling serang menyerang. Namun beberapa keputusan pengadil yang agak dipersoalkan telah menganggu kelancaran permainan.

Selangor menjaringkan dahulu melalui rembatan kecang dari luar kotak penalti melalui Forkey Doe. Akhirnya Forkey Doe menjaringkan gol pertama untuk selangor setelah 5 game liga Super. Manakala Perak pula menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti oleh Abdul Hadi Yahya yang juga gol pertamanya untuk perak dalam liga super.

Selangor berjaya pulang ke Shah alam dengan satu mata. Sementara itu, pahang terus menjarakkan diri setelah menewaskan terengganu 3-0 di kuantan. Manakala LionsXII tewas kepada T-Team di Kuala Terengganu. 

Selangor sekarang menduduki tangga ketiga di belakang Pahang dan ATM.

Current mood: Rasa macam nak urut badan.
Listen to: Puteri - Amy Mastura
After this: Tak tau nak buat apa

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List