15/01/2013


Sebenarnya aku tgh menangguk di air yang keroh ni. Listen ni tgh jadik trending kat twitter. Thanx to kak pah zahora. Masa tgh trending ni la kita amik kesempatan utk naikkan hit. Hew hew hew.

Merujuk kepada insiden yang sudah tersedia femes tu, aku just nak komen yang bukan politikal punya base. Itulah risiko bila nak buat event pasal politik. Minded mmg kene open. Risiko kene attack dgn opponent tu mmg ada. Kalau tak, buat je la event tertutup yang dihadiri oleh orang yang sekapal dengan kita je la.

Secara undang2, Bhavani tu memang tak salah sebab event tu bertajuk, Seiringkah Mahasiswa dan Politik (kalau tak silap) yang dianjurkan oleh Suara Mahasiswa (ni pun kalau tak silap). Tak ada ada mention mana2 parti, mean event ni open. Sesiapa boleh join dan sesiapa boleh bersuara kan?

Ada yang cakap, isu yg Bhavani bawak tu tak sesuai dgn event. Cuba explain apa yang tak sesuainya? Isu apa yang sesuai untuk event macam tu? Jilat kerajaan? Apa yang Bhavani tu cakap based on fact dan ada figure. Bukan cakap kosong berpaksikan andaian.

Cik pah tu pn satu, kalau dah tau tak boleh jawab, tak payah la merapu. Cuba la cari cara nak cover ketaktahuan tu. Tak payah la melalut sampai ke kucing, anjing, burung, ikan jaws. Apa kaitan binatang2 ni dengan soalan Bhavani tu kan? Kalau rasa tak boleh jawab, apa salahnya pass kat ahli panel lain. Kalau masa overrun sebab nak tamatkan awal, just cakap je la, 'kita kesuntukan masa ni, biar sy jawab secara ringkas...blablablabla'. Jawab merapu2 tu ada masa pulak.

Then relatekan pulak yang bhavani tu O level. Die ada degree. Well, sejak bila pulak degree ni define kebijaksaan dan kematangan seseorang? Takkan die tak tau, ramai bilionaire n succesfull bussinessman kat dunia ni yang tak abes belajar. Ape la, jawab macam budak sekolah rendah je jawapannya.

Last but not least, sebelum die mainkan video tu die tanya, "Siapa nak samsung galaxy?". Then lepas tu die suruh mainkan video. Lepas abes video tu, trus majlis bersurai. Aikk? Mana Samsung Galaxynye? Tak caya cuba tgk balik video tu.

Ok, diharapkan strategi menangguk di air yang keruh ini berjaya. hew hew hew. Berikut ialah beberapa pic troll yang aku rasa best.



P/s: Orang cakap kalau bodoh tu, simpan elok2. Jangan tunjukkan kat orang.

Current mood: Esok banyak bende nak buat.
Listen to: Kelantan vs DTFC
After this: Post lagi.

1 comments:

  1. done follow.. ni la silap kalau mulut laju lagi daripada otak.. xsempat nak fikir, mulut dah menjawab.. jemput singgah... http://amgyver.blogspot.com/2013/01/listen-listen-listen.html

    ReplyDelete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers