17/01/2013


Makin banyak spyshot kereta yang dipercayai Preve Hatchback. Tapi mmg Preve Hatchback pun. Sumber dalaman yang aku dapat katanya akan di launching dalam June tahun ni. Siapa yang rasa tak minat Preve Sedan boleh la hold dulu niat murni anda selama 6 bulan ni.

Daripada sume spyshot yg ada kat paultan, Proton sekarang menggunakan teknik camouflage seperti yang digunakan oleh syarikat2 eropah macam BMW, VW, Mercedes dsb dengan penggunaan sticker abstract. Dah tak guna plastik hitam yang menjadikan kereta prototype kelihatan seperti kereta mayat. Corak abstract pada sticker tersebut menyebabkan orang ramai susah nak meneka rupa bentuk kereta. Distraction. Sticker tu akan membuatkan korang tak bleh nak focus kepada shape kereta.

Senang citer macam ni je, kalau nak dapat gambar spyshot kereta Perodua, rajin2 la pusing area Rawang. Kalau nak dapatkan spyshot kereta Proton, rajin2 la pusing area Putra Height and Tanjung Malim. Kalau tak dapat gambar dua2, rajin2 la panjat Genting Highland. Hehe.

Komen aku? Nampak  macam iras2 Ford Focus. Boleh jadi jugak Preve Hatchback akan menggantikan Satria NeoS2000 dalam Rally Asia Pacific? Apa yang harapkan pada Preve Hatchback ni ialah Grill depan yang lebih elegant dan menarik dan design lampu belakang (rear combi) yang lebih advance mcm Audi ke. Design rear combi preve sedan simple sangat. Budak tahun 2 kat Universiti pun boleh buat lukis guna Solidworks.

Current mood: Belum mandi lagi ni. Jap lagi ar.
Listen to: Amekkaww
After this: Mandi jap.


0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe