01/01/2013

Mistake everyone will make in 2013

Asalnya aku nak post sebelum 1 Jan, tapi ntah kenapa semalam internet bengong masa ambang merdeka. Tension aku. Agak lama sebenarnya aku tak update. Macam biasa, siang aku dah ada idea, malam boleh pulak terlupa. Tak pun tgh semangat, line pulak membantutkan idea aku.

Lagipun sebenarnya aku tgh bz layan james bond ni. tu yang agak takde masa. Aku terfikir, kalaulah aku dah habes layan semua cerita bond tu, adakah aku akan jadi lelaki pertama yang telah menonton semua filem bond kat dalam malaysia ni? Boleh dicatat kot dalam Malaysia Book of Records. Baru2 ni aku ada beli 5 novel. Nak kene habeskan lagi. Sebab tu plan aku, lepas abes 5 filem, aku stop layan novel dulu. Xtau la bila boleh complete.

Ok, tahun 2012 total post aku 161. Lebih 1 je daripada tahun 2010, 160. Tahun 2011 still paling banyak dengan 213 post. Entah, aku pn tak ingat macam mana aku boleh post banyak2 macam tu. So, aku harap aku bleh pecahkan rekod tahun 2011 untuk tahun ni. Hehe.

Bila aku tgk kat ruang popular post, aku tgk post pasal automotive dapat paling banyak hits. Sebenarnya sejak aku buat blog ni, sampai tahun 2012, post "Fakta tentang Bugatti Veyron" tu memang menduduki tangga tertinggi selama 3 tahun. Tahun lepas (2012) telah mula dipotong oleh Nissan Almera. Lagipun memang Almera menang search yang paling banyak dalam kategori automotif di malaysia tahun lepas. Lepas tu kene potog dengan kereta polis, kereta hybrid dan makanan. Tu yg aku terkejut.

Aku pn sedar, mmg post aku pasal kete dpt hit yang banyak berbanding post pasal bende lain. Tu yang buat aku terfikir, mungkin aku aku patut fokus tulis pasal kereta kot. Macam auto blog yg lain. Well, mmg ada perancagan n aku dah penah buat pun. Mungkin aku patut sambung kot. Bila aku menulis pasal kete sebenarnya aku suka menulis style Top Gear, tak terlalu teknikal dan lebih kepada customer point of view. Senanng orang nak terima.

Anyway, dah tahun 2013. Kalendar baru. Aku mmg takde azam. Sebab azam ni bullshit je. Orang biasa akan cakap pasal azam seminggu or 2 minggu sebelum new year. Lepas tu orang dah lupa terus sampai la next new year. Lagipun aku jenis orang yang realistik. Plan dan bertindak ikut keadaan semasa. Haha.

Ok, selamat tahun baru 2013, dan aku akan cuba pecahkan rekod tahun 2011. Hehe.

Current mood: Segar lepas bangun tido di pagi tahun baru.
Listen to: Keajaiban Cinta - Aliff Aziz feat Adira
After this: G mandi. Nak g kenduri.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe