06/01/2013


Seriusly, aku mmg komited nak pecahkan rekod post tahun 2011. Tapi sejak dari minggu akhir 2012 sampai hari ni, internet kt rumah aku mmg lembab. Lagi lembab daripada siput. Lebih kurang macam ikan bandaraya yg melekat di kaca akuarium. Tapi mmg aku perasan, hujung bulan n awal bulan mmg lembab gile. Tgh bulan baru laju sikit. Macam kene catuan je rasanya.

Rurouni Kenshin aka Samurai-X aka Satria Pedang kt Malaysia. Aku tgk trailer filem ni dalam bulan 5 tahun ni. Filem ni launched kat Jepun 25 August 2012.  Disebabkan tak mampu nk g Jepun dan kalau tgk kat sana pun bukan aku paham, maka kene tunggu orang upload kat internet. Maka hari ni baru aku dapat tgk.

Overall, filem ni below expectation. Tak segempak yang aku harapkan. Main reason sebab plot dalam filem ni tak ikut plot manga. Penerbit macam buat plot sendiri tapi menggunakan beberapa watak utama. Dah tu, watak tu macam tak ikut sequence. Bercampur2. Apearance watak tu tak ikut storyline manga. So orang tak beberapa feel sgt.

Then pelakon yg die pilih pun tak beberapa sejibik. Mmg agak jauh beza. Aku rasa ada je beberapa pelakon lain yang sesuai utk setiap watak yang digunakan dalam filem ni.So far, manga yang difilemkan, aku rasa GANTZ je yang pelakon die amik mmg matching. Death Note pun ok gak. Utk filem ni, aku rasa pengarah mcm tak cukup teliti or mungkin cost down?

Dari segi fight scene aku tgk ok. Part masa perang n kat dojo kamiya je yang ok. Fight scene lain mcm stakat cukup syarat. Masa Sanosuke lawan mamat rambut dreadlock tu lagi la. Ntah ape2. Macam P.Ramlee lawan Sarip Dol je.

Ok la, aku rasa tak perlu komen byk lagi. Utk pembaca Samurai-X mesti tau apa yang aku cakapkan. Sebab tula, aku rasa kalo manga nak dibuat filem elok la ikut storyline manga. Boleh je nak buat plot baru, tapi watak2 jgn di campur adukkan tak mengikut storyline manga.

Current mood: Kt cheras air kene catu dgn syabas. Aku plak rasa macam line ke catu dgn celcom je.
Listen to: AJL 27.
After this: G amik nasik yang dah order kat kedai tadi.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers