07/01/2013


Ok, memang masa 1st time aku dgr lagu ni, aku tak beberapa suka. Old skool. Macam orang tua. Slow. Jiwang dsb. Bila hari-hari radio putar dan aku dgr ulang2, mula rasa suka. Feel classic dan juga... European. Tapi aku tak sure negara mana. Italy macam tak beberapa match.

Malam ni bila Aizat buat persembahan lagu ni, background tunjuk gambar2 banggunan Europe, aku sedar yang feel aku adalah sama. Tapi aku still tak bleh tangkap negara mana sampai la Menara Eiffel keluar. Ya, irama lagu ni mmg match dgn France. Costume Aizat yang pakai kot sambil memegang mug merah dan ada misai, ya mmg perfect combination utk merembeskan feel lagu ni.

Sebenarnya lagu ni sesuai dinyanyikan oleh lelaki dan perempuan. Lirik yang simple dan sedikit puisi. Senang untuk dihadam oleh otak kiri. Gaya Aizat pun bersahaja ja menyampaikan lagu ni. Tapi secara peribadi aku rasa lagu Terukir Di Bintang ni lagi sesuai dinyayikan oleh lelaki kot. Hehe.

Anyway, tahniah Yuna dan Aizat kerana menjadi Juara AJL27. Tahniah juga kepada Aizat kerana menjadi penyanyi gantian pertama yang memenangi AJL.

Part yang aku suka lagu ni:

Jika kau minta intan permata tak mungkin ku mampu,
Tapi sayang kan ku capai bintang dari langit untukmu.
.
.
.
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu.....

Nice Yuna, Nice.

Current mood: Santai2 sebelum tido.
Listen to: Terukir Di Bintang - Yuna
After this: Buat milo

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers