23/02/2014

Seperti yang ditulis dalam post pasal kenanga sebelum ni, hari ni aku nak berikan first impression tentang lawatan aku yang pertama ke KWC. Akhirnya jejak juga kaki aku ke tempat nil. Selalu tengok banggunan dari jauh ke.

Ok, aku gerak dari Rawang. Masa aku survey dengan google map tempat ni, aku tengok stesen lrt paling dekat pun Hang Tuah. Then lepas tu kene jalan kaki sikit. Ingat nak naik kereta. Tapi since tempat ni agak jem dan aku tak tau berapa lama masa aku akan spend dalam ni plus aku tak tau rate parking, so utk safety aku naik public jela. Lagipun niat asal memang nak survey pun.





Daripada rawang, aku naik kereta sampai LRT sentul timur. Lepas tu trus naik tren sampai lrt hang tuah. Dari situ kene jalan kaki nak ke KWC. Ada sesetengah orang naik teksi je. Tpulang. Agak panas jugak la tadi masa aku sampai. Untuk sampai ke KWC, korang akan melalui deretan rumah kedai yang kebanyakannya jual barang secara borong jugak. Dari Lrt nak ke KWC, cuma amik masa dalam 5-10 minit je jalan kaki. Lebih kurang 700m. Takde la jauh sangat.




Aku sampai dalam pukul 11.30 pagi. Masa ni tak ramai orang lagi. Aku masuk ikut pintu yang ada Subway. Masuk je kaki dalam tu, tak tau nak start dari mana. So aku carik directory dulu. Senang  nak cek. Yang jual barang sebenarnya 7 tingkat je. Tingkat 8 management office dan tingkat 9, 10 parking kereta.



Biasanya untuk survey, kita kene cover semua kawasan dulu. Lepas tu baru mark kedai mana nak pergi. Untuk senangkan keje, aku naik sampai tingkat 8 dulu, lepas tu turun kat setiap tingkat dan pusing satu round sampai level G.




Sebenarnya lokasi KWC ni agak strategik sbb kita dapat tengok banyak panorama menarik segitiga emas kuala lumpur. Sesuai la untuk fotografer atau pun sniper. Haha.




Seperti yang ditulis dalam blog-blog lain, memang ada banyak kedai kat sini. Rambang mata nak pilih. Harga kat sini memang murah.... dengan syarat korang beli borong. Lagi banyak korang beli, lagi murah korang akan dapat. Senang citer tempat ni memang untuk pemborong atau peniaga. Kalau beli satu still murah jugak compare tempat lain, tapi mesti korang dilema bila tengok berapa harga korang boleh dapat kalau beli banyak.





Cun gile patung awek ni pakai tudung. Haha.



Overall bagi aku tempat ni memang heaven kepada perempuan. Untuk lelaki tak sangat. Kebanayakan barang dijual di sini lebih kepada perempuan. Untuk lelaki, takde ape yang menarik sangat pun. Jalan TAR lagi ok. Tempat ni sesuai la kalo sedara mara datang dari jauh nak bershopping atau pun bawak mak mertua datang sini. Haha.

Makanan kat dalam KWC ni agak mahal. Takde yang murah. Better korang survey kedai kat luar atau makan dulu sebelum bershopping. Unless korang tak kisah la bayar RM 8.00 untuk sepinggan nasi goreng kan?

Cuma satu cadangan aku ialah diharapkan pihak management dapat sediakan lebih banyak bangku untuk duduk. Yelah, tau la perempuan shopping macma mana. Boleh makan jam. Sian aku tengok suami or bf diorang berdiri depan kedai lama2.Lenguh kaki woo. Boleh naik kematu dan stress.

Oh ye, pasal parking jangan risau, meamng banyak. Cuma korang kene panjat sampai tingkat 8 la. Tentang harga, lupa nak survey tadi. Cuma kalau rasa nak borong, bawak jela kete.

Ok itu saja.

P/s: Macma mana la perempuan ni boleh tahan shopping berjam-jam ni kan? Dari manakah datangnya kekuatan itu?

18 comments:

  1. Nak tnyaaa...pakaian macam jeans and tshirt sweatshirt jacket banyak tak kat KWC ? Hehe anyway thnks for the info. Really helpful.

    ReplyDelete
  2. T-shirt banyak kat sana. Tapi jeans macam tak perasan. tak sempat explore sume tingkat. letih. hehe

    ReplyDelete
  3. Dah pergi KWC..ofhang Kedah cr barang mmg murah,rambang mata sungguh.Yg tak best tiket parking hilang tak pasai bayaq denda rm30.

    ReplyDelete
  4. Tau xpa na. Memang murah kt situ. Lenkali kalo nak mai bawak duit banyak sikit na. Tapi jangan la smpi hilang tiket lg plak. Hehe.

    ReplyDelete
  5. Nak tanya sana ada jual beads tak?

    ReplyDelete
  6. YAP JING XUAN ADE.....sana pn dah buka kedai wallpaper murah2 and byk brg jual online....0175031855

    ReplyDelete
  7. pemborong dan kedai manik adalah my collection di kwc tingkat 5-51, telephone 0392210219, kedai gmklang adalah 2f-120 0333232867, plaza gm 3f-15, 0340400435, whatapps 0122803334,0123169078

    ReplyDelete
  8. Dr stesn hang tuah ke kwc mmg dkt sgt ke

    ReplyDelete
  9. Jauh or dekat tu subjektif. Tapi dari stesen hang tuah tu lebih kurang 700meter or 7 minit. Hehe

    ReplyDelete
  10. Ade ATM machine x kt sane yek?

    ReplyDelete
  11. Ada je tapi kat tingkat atas2 kalo tak silap. Pakai debit card je senang. hehe

    ReplyDelete
  12. nak tanya,,, kat KWC ada jual brang2 macam pinggan mngkuk kaca atau kristal tak ?

    ReplyDelete
  13. Rasanya macam xde. Banyak baju je kat situ

    ReplyDelete
  14. Dr stesen lrt ke kwc tu mcmane nk prgi?

    ReplyDelete
  15. Cara paling senang, lepas turun LRT tu boleh amik teksi kt stesen lrt tu. kene dalam Rm5 kot. kalo rasa nak bersenam, bleh jalan kaki dalam 500meter dari stesen tu. just tanya je orang kat situ mana arahnya.

    ReplyDelete
  16. Yup. Star LRT. Yang kaler kuning tu.

    ReplyDelete
  17. ARCRILIC MANIK ADA JUAL TAK

    ReplyDelete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe