25/03/2014


"Amacam Jan, banyak tak duit dalam wallet tu?" tanye Jim kepada ku.

Aku buat-buat tak dengar soalan Jim sambil aku terus menyelongkar handbag Coach yang baru kami ragut tadi. Bukan beg ori pun. Aku rasa ni beli kat kat Uptown Danau Kota. Stok pun mungkin beli kat KWC. Nampak gaya makcik tadi macam mak datin. Ingatkan orang kaya. Jenis sengkek jugak.

Tak banyak bende pun dalam handbag ni. Cuma ada alat mekap, dedorang Gucci kecil, tisu, beg kecik yang berisi pelbagai jenis kad. Kaki shopping kot. Ada apa lagi ea, Powerbank cap Yobao warna pink, err cable USB, dan satu handphone nokia yang bukan touch screen. Ada satu lagi ruang kecil yang agak tersorok. Aku raba ke dalam. Ada satu kepingan plastik. Aku tarik keluar. Haa kondom? Brand Durex. Rupanya ada dua. Mesti makcik ni ada skandal. Hanphone yang aku jumpa ni pun rasanya phone scandal kot.

"Duit tak banyak. Aku jumpa RM50 je dan ni.." aku tunjukkan dua keping kondom Durex merah yang aku jumpa tadi.

"Perghhh. Bleh tahan makcik tu. Nampak ayu je pakai baju kurung n tudung litup. Phone ada tak? Mana tau ada gamba or 3gp" Jim da mula excited.

"Ada nokia cap ayam je bro. Aku rasa phone btol die die pegang tadi. Wallet pun takde. Die tinggal dalam opis kot. Ko rasa kenapa die bawak bende ni. Normal ke perempuan bawak bende ni?" kataku sambil membelek kondom merah tadi.

"Tak tahu la, maybe die ada scandal kot. Tak pun die ada buat part time. Sape tau kan? Sebab kos hidup naik ke. So sume orang buat part time skang. Ni buat aku stim ni. Rasa nak jumpe die balik tanye. Haha. Dah, matikan phone tu. Jap lagi kita jual kat Lowyat. Beg ni campak je kat mana2 semak." Jim memakai helmet semula.

"Ceh, hanphone ni mana laku nak jual. Takde sape nak beli. Sedekah jela" balasku sambil turut berdiri dan memakai helmet.

Begitulah kehidupanku. Inilah yang dinamakan kasi pagi makan pagi, kasi petang makan petang. Sebenarnya aku sama jugak macam orang lain. Masa kecik2 dulu kat ruang cita2 aku tulis dah besar nak jadi Bomba, Askar, Polis, Cikgu dan sebagainya. Tak pernah terlintas di fikiran aku nak jadik peragut sepenuh masa. Ya, sad but true. Tapi ni la kerja aku sekarang, peragut sepenuh masa.

Aku tak sedar macam mana boleh terjebak dengan semua ni. Asalnya kitorang meragut ni utk bayar sewa rumah yang dah dua bulan tertangguh. Tuan rumah dah bising2 nak halau kitorang keluar. Takkan nak pinjam along. Tu namanya bunuh diri. Diorang ni tau la, kalo tak dapat bayar macam2 diorang buat. Silap2 kene jual kat Dubai jadik hamba abdi.

Sebenarnya aku dengan Jim nak kata tak berpelajaran tak jugak. Kitorang ada degree electrical engineering drpd IPTA tempatan. Cuma pointer takdela gempak sangat. Tak lepas 3.0 pun. Sebab kitorang terlalu enjoy masa study dulu kot. Memang target nak grad je. Tak kira la pointer berapa. Mungkin sebab tulah susah nak kerja. Majikan sume nak amik 3.0 pointer ke atas. Leceh betol. Pointer bagus tak semestinya reti buat kerja. Amik budak2 pandai ni kang cepat je cari keje lain.

Bukan kitorang tak nak balik kampung, tapi malas nak ngadap family asik tanya bila nak dapat keje. Hari tu masa konvo nampak macam insan berjaya, pembela harapan bangsa tapi still lepak makan anggur. Tu yang malas tu. Lepas grad kitorang duduk kampung 2 bulan. Lepas tak tahan kene bebel dan sindir, aku dan Jim berhijrah ke bandar. Peluang lagi tinggi berbanding duduk kampung. Kitorang kencing family cakap dah dapat offer. Padahal terkial2 lagi.

Kejayan ragutan hari ni ialah kejayaan yang ke-14. Dah dua bulan lebih kitorang buat keje menyusahkan masyarakat ni. Idea ni datang daripada aku sendiri. Mula2 Jim takut2. Tapi memandangkan tuan rumah dah ancam nak tukar mangga baru, kitorang takde pilihan lain. Lagipun untuk lepaskan duit sewa rumah je. Mangsa pertama kitorang ialah seorang wanita yang agak berumur yang sedang berjalan seorangan di tasik titiwangsa. Ya, nak buat jenayah ni kene plan. Set target. Mmg target kitorang selalunya perempuan. Utk lebih safety, kitorang akan target yang pakai kain. Kebaya lagi bagus. Susah sket diorang nk kejar or melawan kitorang. Tool pun kene ada. Kitorang slalu bawak pisau Swiss yang beli kat Uptown Danau kota. Just in case utk gertak dan potong tali handbag kalau susah sangat nak ragut. Kitorang agree, seboleh2nya elakkan guna kekerasan. Kurangkan kecederaan pada mangsa. Kalau boleh jangan sampai mati sbb kalo kene tangkap dah kira kes lain. Sume bende ni kitorang dah consider awal2. Visor helmet kene gelap. Moto guna no plat palsu. Bangang la kan kalo ragut guna no plat btol.

Sebenarnya keje peragut ni mewah juga. Dulu aku pernah baca pasal seorang peragut yang hidup mewah hasil meragut. Siap ada rumah n kereta lagi. Tak silap mamat tu ada kerja, lepas tu resign sbb malas dan tukar profession jadi peragut. Rasanya kalo tak tertangkap takde sape tau kot. Tertangkap? Risiko ni mmg sentiasa kitorang fikirkan. Worst case scenario. Sebab tu kitorang ada strategi. Biasanya aku lagi tangkas, lari pun laju. Selalunya memang aku akna meragut, Jim pulak tunggu atas motor. Lagipun bab cilok2 ni die power. Dulu masa student slalu race kat Highway Kesas malam minggu.

Macam aku cakap la, asalnya untuk bayar sewa rumah, tapi lepas kali pertama kitorang ragut, dapat RM860, terus kitorang rasa seronok pula. Kerja tak sampai setengah jam dapat RM860. Tu baru sekali. So utk safety, kitorang tak boleh buat hari2 keje ni. Tempat pun kene lain-lain. Ok ape, tak payah bangun pagi nk berebut2 pergi kerja. Tak payah gadoh2 dgn boss. Boleh lepak kat rumah main game, layan movie. Kerja ni ikut nasib. Ada kalanya boleh dapat sampi beribu. Kalo nasib tak baik macma hari ni la, dapat RM50 je. Kalau ada handphone kitorang tgk dulu, kalo canggih kitorang amik. Tak pun jual je jalan pasar or Lowyat. So far paling banyak kitorang pernah dapat RM3000. Itupn lepas kitorang ikut satu perempuan tu keluar bank. Aku survey2 mangsa dalam bank. Dah aim mangsa, aku dgn Jim akan follow sampai la masa yang sesuai utk bertindak. Last2 kitorang dapat peluang masa perempuan tu nak isi minyak tapi tak kunci pintu kereta. Bengong btol.

Dengan hasil ragutan ni, aku dapat kirimkan sikit duit ke kampung. Nampak la macam anak yang berjasa kepada keluarga. Dari mana aku dapat duit ni tak penting, yang penting, laku di kedai runcit kampung. Berapa lama kami nak buat kerja ni, kitorang pun tak tau. Jim pun ada tanya aku, sampai bila. Aku cakap sampai kita dapat kerja tetap. Ya, walaupun kami meragut, tapi kami tak lupa mennghantar resume dan usha Jobstreet. Tapi tula, pointer kitorang tak lepas 3.0. Tu yang susah. Untuk senang citer, kerjaya peragut ni akan diteruskan selagi kami tak dapat kerja tetap. Bukan kami tak tahu kerja ni haram, tapi niat utk sementara je. Pernah jugak JIm kata kat aku, kalau susah sangat nak dapat kerja, kita buat jela bisnes online tak pun bukak kedai jual phone. Ok jugak tu. Tapi nak bisnes ni perlukan modal. Nilah yang kitorang tgh buat jugak. Kumpul modal.

********
Minggu ni kitorang tak meragut lagi. Untuk minggu ni kitorang target kat area KLCC, Jalan Ampang. Situ banyak foreigner. Diorang ni masyuk2 especially pak2 arab. Mengikut rekod, kitorang pernah meragut kat situ dulu. Mangasanya seorang wanita arab. Masa tunggu kat traffic light, aku datang dari belakang dan sentap beg tangan dia dan berlari sepantas mungkin ke tempat Jim menunggu tak jauh dari situ. Kitorang kemudiannya memecut ke Jalan Ampang. Semuanya berlaku dengan pantas. Cuak jugak aku masa Jim cilok2 ni. Tapi aku yakin dengan skill beliau.

Untuk hari ni, kitorang akan melakukan modus operandi yang sama. Kitorang memilih untuk melakukan masa lunch hour. Masa ni jalan agak sesak, tapi tak sesak sangat. Lagipun masa ni banyak office ladies keluar lunch. Banyak target untuk dipilih. Sebelum tu, kami lepak dulu di MZ Cornet tepi Al-Rajhi bank. Minum2 dulu sambil update facebook dan sembang dgn marka kat whatsapp. Biasanya kitorang makan lepas meragut. Makan seblum ni kang, takut tak perform lepas kenyang.

Selepas makan, kami berlegar2 di area jalan ampang, jalan pramlee beberapa kali. Menunggu masa yang sesuai. Akhirnya aku ternampak seorang perempuan foreigner berjalan seorangan, berbaju kemeja biru terang serta memakai seluar slack kelabu serta berkasut high heel hitam 4 inchi. Berambut merah kehitaman paras bahu. Di bahunya dia menggalas di bahu kanannya sebuah beg Deuter berkapasiti 35Liter bewarna jigga. Padanan yang tak matching. Biasanya perempuan yang pakai baju ofis ni bawak handbag or purse. Mungkin juga dalam tu ada sesuatu yang berharga.

"Jim, nampak tak awek foreigner tu. Ko rasa ok tak?" aku meminta pendapat Jim.

"Hmmm tula, aku rasa ok jek. Beg die tu senang je nak tarik kan. Die plak pakai heel. Ko tolak sket, jatuh la tu." Jim membalas sambil memerhatikan awek foreigner yang aku cadangkan.

"Ok set, macam biasa. Ko pergi depan die dulu. Nanti aku rentap dari belakang." aku dah plan strategi.

"Good, sounds like a plan. Go go go" Jim membalas sambil menunjukkan tanda 'Like'.

Aku turun dari motor. Jim bawak motor macam biasa memintas awek foreigner tu. Bawak motor macam takde pape. Sementara itu, aku mengambil nafas dalam2 untuk hilangkan rasa nervous. Tips yang aku gunakan sejak zaman student lagi especially masa nak buat presentation. Taktiknya ialah sentap beg tu, sambil body contact mangsa ala2 pemain ragbi. Selepas itu kami akan ke port biasa di belakang rumah kedai di Miharja sebelum menghapuskan bukti di situ.

Perlahan-lahan aku menghampiri mangsa. Aku memakai kasut Warrior bertapak getah untuk menghilangkan bunyi. Ini penting supaya mangsa tak rasa diekor especially di saat-sat genting untuk beraksi. Aku menarik nafas dan menunggu detik yang sesuai. Sementara itu, Jim sudah menunggu di depan. Berjarak antara 5-10 meter daripada kedudukan mangsa. Pura-pura membaca sms. Taktik supaya mangsa tak rasa sangsi. Aku pula kini berada kurang daripada 2 meter daripada mangsa. Sekiranya mission ini berjaya, ianya kejayaan ke-15 berturut2. Ya, aku tidak pernah gagal sebelum ini.

Setelah mendapat keyakinan dan tiada orang sekitar radius 5m daripada mangsa, aku mula berlari. Mataku telah 'lock' pada beg mangsa. Ibarat pemangsa yang sedar mengejar mangsa, aku perlu aktifkan deria2 aku dalam offensive mode. Ketika berada kurang daripada 20cm daripada mangsa, tangan aku telah berjaya menyentuh sasaran. Tangan kanan ku sudah berjaya menyentuh beg Deuter 35L dan mula menariknya. Sementara tangan kiri ku akan digunakan untuk menolak mangsa dan biasanya dibantu oleh kaki kiriku dengan menyepak betis mangsa. Objektifnya untuk menjatuhkan mangsa in one hit.

Seperti biasa, taktik mudah ini berjaya, mangsa jatuh tersungkur dan beg deuter 35L liter kini berada dalam genggaman tangan kanan ku. Aku terkejut sebab boleh tahan berat juga isinya. Anggaran dekat2 3 kilo la jugak. Aku mula terbayangkan habuan lumayan. Mungkinkah hasil hari ini akan mencatatkan rekod baru?

Aku terus meluru ke arah Jim yang sudah standby. Handphone pun dah simpan dalam poket sebaik sahaja melihat aku berlari dari side mirror motornya. Tanpa membazirkan masa yang berharga, aku terus melompat ke atas motor dan Jim terus memutarkan throttle melebihi 70% untuk menghasilkan instant acceleration. Dari belakang aku terdengar foreigner tu menjerit "Nooooo...." Normal  kalo jeritan dari mangsa macam tu. Takkan nak "Yesssss" pulak kan?

"Amacam, ok?" Jim mula bersuara setelah kami yakin berjaya ghaibkan diri dari tempat kejadian sepenuhnya.

"Ok, tapi apahal berat sangat ni. Nasib baik aku tak terlepas tadi. Bawak jongkong emas ape" balasku.

"Tapi awek tu siap bangun balik pas ko tolak die. Steady je aku tgk die bangun" tambah Jim pula.

"Jom kita ke port biasa. Aku pun dah lapar ni. Ni kalau pecah rekod ni......."

BOOOOOOOOOMMMMMMMMM

*************

"Ini berita baru kami terima. Satu letupan kuat telah berlaku di Bulatan Kampung Pandan. Letupan yang kuat itu telah menyebakan sebuah motorsikal dan tiga buah kereta rosak teruk. Pihak berkuasa kini sedang menuju ke tempat kejadian. Sehingga kini, jumlah mangsa dan kehilangan jiwa belum dapat dipastikan. Kami akan bawakan berita selanjutnya dalam Berita Terkini jam 2.30 petang nanti" Ujar penyampai berita Buletin 1.30 sejurus sebelum sesi berita tamat.

*********

Sementara itu, di Coffee Bean KLCC....

"Natasha, how could you fell for local cheapskate snatchers? This mission should be easy" kedengaran suatu suara di speaker telephone.

"Sorry, I just off-guard. My bad. I don't see its coming" balas perempuan bernama Natasha itu sambil menghembuskan asap rokok berjenama Salem. Light.

"So where are you now? Are you ok?" suara itu membalas semula dengan nada yang lebih lembut.

"Yeah, im ok. This just nothing for me. Don't worry. So what's next?"

"For now, you just relax. I'll contact my man to clear all the evidence. I'm glad you safe and sound. You are one of my best agent, The Legendary Black Widow. Ok then. Out" kedengaran phone dimatikan di sebelah sana..

"Damn, shit happen. Not my good day" Natasha meneguk sisa-sisa kopi dan memanggil waiter untuk menbayar.

P/S: Cerita ini rekaan semata2 tau. Haha


0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers