31/03/2014

Slalu sebelum g kerja, aku akan benti beli nasi lemak kat satu makcik ni. Ada ramai je orang jual nasik lemak masa on the way nak g keje. Tapi aku beli kat makcik ni sebab die dah siap2 bungkus. Aku datang just amik dan bayar. Macam pit stop. Antara faktor lain ialah nasi yang banyak serta harga yang murah. Hanya RM1.20. Paling penting, sedap.

Seminggu sebelum cuti sekolah hari tu makcik ni tiba2 tak berniaga. Mula2 sehari, lepas tu dua hari, then 3 hari. Sampai la seminggu. Aku pelik. Mungkin makcik ni dah jual kat tempat lain kot. Ke dah tak larat nak berniaga dah. Sejak makcik ni takde, aku mmg tak benti tapau nasik lemak. Sbb diorang jenis bungkus bila order. Mana sempat. Aku nak cepat.

Pagi tadi, tibe2 makcik tu ada. Ape lagi, aku benti la. Masa nak beli tu aku tanya la, makcik pergi mana? lama tak nampak. Rupa2nya makcik tu pergi umrah 2 minggu. Wow. Pergi umrah tu. Aku sendiri pn tak tau bila dapat kumpul duit nak g umrah. Tapi tak tau la mana tau makcik ni ada anak yang dah kerja ke. Tak pun mmg duit die jual nasik lemak hari2.

Disebabkan dah lama tak makan, aku tapau dua. Satu buat buat breakfast, satu lagi makan tgh hari. Akhirnya kehilangan makcik nasik lemak terjawab. Semua misteri telah dibongkari.

P/S: Kantin kat opis aku, makanan level penjara. Bersyukurla masih ada makanan.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe