25/03/2014


Setiap pagi masa aku naik motor pergi kerja, di dalam kepala aku sentiasa berlegar2 macam mana la nak escape daripada kerja 8 to 6 ni kan? Bangun awal pagi. Bertarung nyawa nak pergi kerja dengan kereta yang banyak. Habiskan masa kat opis 9 jam sehari. Jumpa dgn orang yang kita tak suka tapi kene deal dan hepi kan jugak. Balik keje dah letih. Penat. Nak menunggu pencen lama lagi.

Sebab tu aku fikir apa job yang aku boleh buat utk lari daripada penjara ni. Aku cuma terfikir nak jadi driver teksi atau salesman kereta. Haha. Ramai tak tahu, sebenarnya driver teksi ni kaya2. Diorang hari2 cash dalam tangan. Kebanyakan diorang keje sehari sekitar 5 hingga 6 jam je. Kene pulak kalo dah ada customer tetap. Diorang ni ada bisnes card sendiri. Tapi of coz la ada prob macam diorang ni dah cop2 kawasan. Tak bleh amik orang sesuka hati, kene bayar permit, risiko kene rompak, eksiden dsb.

Profession kedua yang aku terfikir ialah jadi salesman kereta. Untuk profession ni mungkin aku akan pilih Perodua, Toyota dan Honda sebab brand2 ni senang nak jual. Brand lain sikit. Salesman ni macma biasa la, nak masyuk kene jual banyak. Aku rasa macam tak susah kot. Sebab sebelum ni aku pernah keje salesman handphone. Walaupun produk lain, tp approach customer sama kot. Haha.

Tak tau la macam mana. Sbnrnya keje aku sekarang ni pun takde la masalah sgt. Keje pun tak berat, cuma jarak ke ofis dan tempoh masa kerja yang lama. Masuk pukul 8 ni sbnrnya tak sesuai kat lembah klang sbb jem mmg disaster pagi2. Paling logik pun kul 8.30. Ada membe aku masuk keje kul 9.30 Memang jeles. btol.

Macam tula hidup. Sebenarnya kerja ofis hour ni tak menyeronokkan.

P/s: Beli motor untuk pergi kerja, tapi sebenarnya kene kerja utk bayar hutang motor. Haha

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe