29/03/2014


Kalau tengok bentuk kunci ni macma takde ape yang spesel. Banyak je manufacturer yang dah pakai. Design yang common. Cuma ada 3 button, lock, unlock dan bukak bonet belakang. Kunci pula boleh lipat simpan dalam. Boleh kurangkan risiko tertikam paha sendiri dan scratchkan smartphone korang yang mahal. So far design kunci ni banyak digunakan oleh kereta continental. Kereta jepun, hanya kereta premium sahaja yang guna design ni. Yang affordable punye level, still guna kunci biasa macam kunci motor.

Ok, so aku saja la godek2 kunci kereta ni. Untuk button bukak bonet tu, takde pape special. Tekan je, terus terbuka bonet. Sesuai untu korang yang tgh angkat barang atau malas nak buka dari dalam. Features yg kool sbb koran tak payah struggle nak bukak guna kunci mcm kereta entri level. Yang menariknya ialah button lock dan unlock. Bila korang tekan dan hold button unlock selama 5 saat, kereta akan lock pada saat pertama dan selepas saat kelima, tingkap akan naik sendiri. Semua tingkap. So korang tak perlu risau kalau terlupa nak naikkan tingkap. Sama juga dengan button unlock, pada saat pertama, kereta akan unlock dan pada saat kelima, semua tingkap akan turun sendiri. Tak tau la nak cakap features ni kool or tak. Tapi nampak macam nice to have n maybe ada masa sesuai untuk digunakan.

Oh ye, ada satu lagi features yang aku rasa paling menarik. Hidden features. Ok, mcm ni. Aku saje je turun kan sume tingkap. Tapi kereta aku kunci. Lepas tu aku letak keyfob ni somehwere lebih kurang dalam 10-15 meter. Aku perasan ada benda yg tetinggal dalam kereta. Disebabkan tingkap dah turun, aku malas bawak keyfob.Aku pn jengah la kepala dalam kereta nak amik barang. Tak silap, lebih kurang dalam 5 saat, tibe2 alarm berbunyi. Agak annoying alarmnye. Lain daripada bunyi tipikal. Aku ingatkan kebetulan. Aku ulang balik test yang sama. Kali ni keyfob tu aku bawak dalam poket. Takde pape berlaku. Then aku ulang balik apa yang aku buat macam mula2 tadi, kali ni alarm berbunyi. Mean bukan kebetulan. Conclusion yang aku dapat buat ialah kalau ECU detect keyfob berada lebih daripada 15 meter daripada kereta dan ada cabin intrusion, automatic alarm akan berbunyi.

Anyway, ni bukan kereta aku. hehe. Secara ringkas, Polo Sedan ni still mengekalkan ciri2 kereta continental cuma feel less premium than CBU version. Instrument yang lebih ringkas dan plastic interior yang nampak murah dan seat fabric yang kurang kemas. Sebelum ni aku pernah bawak Polo TSI CBU, memang lain feel die. Anyway, the logo still VW. Haha.

In term of driving, utk 50km/h ke bawah, feeling memamng responsive, Start 50 km/h ke atas dah start rasa sluggish. Sebab Malaysian spec tak guna engine TSI dan DSG. Steering feeling linear tapi berat sikit. A,B,C Pedal operation no problem. Selesa untuk semua gender. Cuma seat agak rendah. Tapi jangan risau, ada height adjuster.

Akhir kata, Polo Sedan Malaysian spec ni sesuai untuk sesiapa yang ingin memiliki kereta yang berlogo Volkswagen dgn affordable price. Dari segi spec mmg jauh beza kot dgn CBU. Tapi bukan VW je yang buat macam ni, manufacturer lain pun sama. Nak jual murah punye pasal.

P/s: Loan 9 tahun itu adalah satu siksaan.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe