11/04/2014


Idea ni datang daripada perbualan seorang senior di ofis. Bese la orang veteran ni, suka mengimbau zaman kegemilangan. Masa muda2 gila jugak. Mengular tu perkara normal. Kerja2 jahat lain juga. Then sampai la ada sorang tu cakap, zaman kitorang dulu, curi tulang cuma tido beberapa jam or fly kejap je. Zaman sekarang ni setiap masa orang curi tulang dan mengular. Dalam ofis lagi tu. Depan bos pulak tu.

Aku yang masa tu pasang telinga, btol juge. Cuba kita lihat diri kita pada zaman skang ni esp yang ada smartphone beserta data plan. Cube la korang duduk tanpa melihat phone korang selama 5 minit. Tak perlu, seminit pun cukup Memang susah. Hampir impossible untuk biarkannya walaupun 20 saat. Unless korang tgh occupy dgn something. Kalo tak, tangan mesti tenyeh2 touch screen tu.

Ini semua berpunca smartphone yg cepat update. Kalo mcm dulu2, phone orang guna utk baca sms dan call. Smartphone macam2 ada, FB, Whatsapp, Instagram, Twitter, Chrome dsb. Ada je bende yang korang nak tengok. Bila fikiran dah tak fokus kat keje, produktiviti akan kurang. Syarikat akan rugi sbb bayar korang untuk tgk phone. Keje akan fail meet dateline.

Kalau macam dulu, kerja dari 9 to 5, daripada 8 jam tu, mungkin cuma 5 or 6 jam je yang korang btol2 wat keje. Zaman smartphone ni aku rasa mungkin sekitar 3 or 4 jam je yg korang btol2 wat keje. Worst case mungkin kurang drpd 3 jam esp masa bos takde or korang tgh hangat berdebat sbg "Keyboard Warrior" they said.

Apa bezanya curi tulang dgn smartphone ni dgn curi tulang mengular or tido kat markas rahsia di opis? Takde beza pun. Kedua2nya takde produktiviti. Rezeki tak berkat. Sbb tula gaji setiap bulan asik tak cukup kot? Who knows.

Well, nasihat ni termasuk untuk diri gua juga. Sbb tu skang ni gua dah kurangkan layan FB masa kerja. Sape2 yang ada FB gua perasan kot. Macam insaf la jugak. Keberkatan rezeki itu penting.

Nah bonus:


P/s: The power is in your hand. 

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe