21/04/2014


Masa insiden ni berlaku, aku dalam perjalanan nak balik rumah daripada kampung. Dalam kereta aku dengar ulasan perlawanan Everton vs MU di radio Sinar. Tapi masa aku benti kat RnR Tapah, dalam pukul 11 lebih, tak silap aku takde satu pun status pasal  MH192. Elok je aku sampai rumah dalam pukul 1, dah berdert2 post pasal MH192. Kebetulan aku ada install apps FlightRadar sejak insiden MH370, terus la aku cek. Nampak flight path macam gambar kat atas.

Tujuan die ialah nak habiskan fuel sebelum emergency landing. Untuk kurang kan risiko letupan n kebakaran. Dalam flight ada fuel cukup untuk 4 jam. So 4 jam die berlegar2. Dalam pukul 1.45 pagi, kapal terbang akan melakukan emergency landing sekitar pukul 2 pagi. Sekitar pukul 1.48 pagi, MH192 hilang daripada FlightRadar apps. Ada beberapa status kt FB mula mengatakan MH192 telah terhempas.

Tapi ternyata khabar angin tak bertauliah itu silap, tepat sekitar 1.56 pagi, MH192 disahkan selamat mendarat di KLIA. Sekitar pukul 2.30 pagi, ada video rakaman amatur  MH192 landing. So far dalam video tu nampak flight landing dengan lancar. Kesemua penumpang dan anak kapal selamat. Kali ni nampak pihak MAS dan berkuasa malaysia lebih bersedia untuk bertindak berbanding insiden MH370.

Insiden ni adalah yang terbaru dalam siri insiden penerbangan malaysia dalam masa sebulan lebih ni. So far tiada kehilangan nyawa yang disahkan kecuali MH370 yang langsung tidak ditemui hingga ke hari ini. 

Looking at bright side, ianya menunjukkan pilot Malaysia Airlines cukup terlatih dan boleh handle situasi kecemasan dengan baik.... jika tiada ancaman dari pihak tertentu. Sebab tu orang syak, MH370 diancam oleh satu pihak yang masih tidak diketahui sehingga ke hari ini. 

P/s: Dari segi timeline, mustahil untuk penumpang dan anak kapal MH370 untuk terselamat jika ianya benar2 terhempas. Tapi kalao tak tak terhempas, harapan untuk hidup masih ada. They are still out there, waiting to be rescue......

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers