09/04/2014

Budaya selfie yang semakin menular di kalangan manusia era smart phone ni bukan sesuatu yang pelik. Walaupun ada pihak menggelarkannya sebagai sakit mental, tapi orang tak amik port. Ada satu kes tu sampai melibatkan kehilangan nyawa. Bunuh diri sebab terlalu obses dgn selfie tapi asik tak puas hati dgn hasil selfie. Ntah pape. Tak berbaloi langsung untuk tamatkan riwayat hidup.

Untuk smartphone yang mesra selfie macam HTC ONE, mungkin monopod ni tak beberapa diperlukan. Kecuali kalau nak sumbat seramai mungkin manusia dalam gambar. Baru kene pakai. So far aku tak jumpe lagi smartphone yang mesra selfie macam HTC ONE. Ok , sebab apa mesra selfie, sebab untuk amik gambar guna front kamera, korang tak perlu set timer. Just touch je screen, automatic timer 3 seconds akan start.

Kegunaan paling penting monopod ni selain selfie beramai2 ialah bila ko travel sorang2, korang tak perlu risau nak amik gamba. Tak payah nak suruh orang dan risau phone kene rembat. Bleh amik gamba sorang2. Sesuai juga untuk jenis forever alone or lone ranger. Kelebihan monopod yang lain ialah  membolehkan lagi banyak angle untuk amik gamba dan menghasilkan gamba yang yang pergh untuk diupload ke dalam Instagram. 

Tak lupa juga, boleh digunakan untuk amik gamba or video di sudut2 yang korang tak sampai macam atas bumbung, celah2 meja, almari dsb.

Tak lupa lagi, boleh digunakan sebagai senjata untuk libas peragut, pervert atau pembunuh upahan. Yang pembunuh upahan tu kalau sempat libas la kan? Haha


Seperti juga teknologi lain, manusia ada tendency untuk salah gunakannnya. Contoh macam gambar di atas. Boleh digunakan untuk skodeng. Esp di tempat2 public macam tandas awam or tempat salin baju di shoping mall. Paling naya, kalo korang tgh berak orang wat dajal. Memang naya. So berhati2 la.

Ok, bagi aku, overall Monopod ni kool. Cuma skang ni barang baru dan panas. Harga agak mahal. Sekitar RM50-60. Paling murah pun aku jumpa RM45. Takpe, tunggu harga jatuh lagi.

P/S: Duckface selfie is shit. Unless korang cun macam Sari Yanti.



0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers