15/05/2014


First of all, cerpen ni aku amik sebijik-sebijik daripada penulis asal. Asalnya cerpen bertajuk ISTERI ditulis oleh Arif Zulkifli dan dimuatkan dalam antologi Cerpen 40 keluaran Buku Fixi. Disebabkan cerita ni menarik, so aku sanggup tulis balik. Setengah jam la jugak. Haha. Anyway, Enjoice

Isteri

"Saya paling suka bila tengok perempuan yang berjubah."

Terngiang-ngiang kata-kata Wan. Aku tersenyum sendiri. Kini aku sedang menunggu penuh debar di dalam kamar aku sendiri. Menunggu Wan melafazkan akadnya. Menunggu Wan untuk menyarungkan cincin emas putih yang dibelinya dua minggu lepas. Menungggu aku untuk salam padanya., suamiku. Senyum.

"Ni apa senyum sorang-sorang ni. Aish gatal betul budak ni." Paha aku dicubit oleh mak. Adoi la mak ni. Baru nak feeling-feeling sikit.

Aku sedang duduk di atas katilku. Dihias kemas dan ringkas. Cadarnya yang berwarna putih tampak sedondon dengan baju nikahku. Bukan baju kurung moden klise yang sarat dengan labuci, manik bagai. Tapi jubah. Jubah yang bewarna putih dan corak abstrak hitam. Ya, aku mahu dia suka melihat aku. Senyum lagi.

"Eh budak ni! Dag macam kambing senyum sorang-sorang ni." Satu lagi cubitan hinggap di paha.

"Biarlah mak. Orang dah kahwin. Tak sabar tunggu malam lettew," Sampuk adik aku yang duduk tak jauh dari mak.

"Eh budak ni pulak lebih-lebih. SPM pun belum lagi, dah pandai nak nyakat orang." Aku menjuih lidah. Dan kemudian senyum sendiri.

"Mak! Tengoklah Along tu! Dari tadi tersengih-sengih macam orang tak betul je. Entah-entah kene sampuk tak?"

Dan ketawa adik aku mengisi ruang bilik yang sempit itu bila aku kejar dia. Belum sempat aku cubit dia, tiba-tiba pintu bilik terkuak. Degup. Dup. Dap. Dup. Dap. Dup Dap. Wan. Dia segak berbaju melayu putih dengan songket hitam. Songkok terletak kemas di atas kepala dengan brooch silver yang berkilat.

"Assalammualaikum," getar suaranya meruntun jiwaku. Keningnya terangkat sedikit bila melihat aku sedang memeluk adik aku dari belakang. Terus aku lepaskan pelukanku dan duduk di atas katil. Aku tertunduk malu. Aku dongak. Dia tersenyum menampakkan lesung pipit yang berlekuk dalam. Wah, hansomenya laki aku! Dia melangkah setapak. Degup. Setapak lagi. Degup. Makin dekat dirinya kepadaku, makin laju degupan jantung ini. Jantung, kawallah dirimu. Mukaku merona merah. Malu.

Acara pembatalan air sembahyang dimulakan. Dia mengambil tangan kananku. Sejuk tangannya mengundang getar di hatiku. Degup. Tangan kirinya memegang tertib tangan kananku. Kasar tangannya sangat kontra dengan tangan lembut ku. Tangan kanannya memegang sebentuk cincin. yang padan saiznya dengan jari manisku. Perlahan tangannya menyarungkan cincin emas putih itu ke jari manisku dan dia mula tunduk untuk mencium dahiku. Aku menutup mata, malu!

"Saya tak nak cium awak depan mereka. Ciuman saya hanya untuk awak, dan awak seorang sahaja. Saya tak mahu ciuman saya kepada isteri saya menjadi murah. By the way, saya suka jubah awak," bisik Wan perlahan. Aku terkesima. Seraya senyum sendiri.

Ah lupa. Aku tunduk, bersalah dan mencium tangannya. Wajahnya aku tatap. Dalam. Dia tersenyum buat aku turut tersenyum. Ah, bahagianya!

***********************************

"Ni apa ni?!"

"Apa tu? Gincu lah! Awak dah buta ke sampai tak tahu tu apa!"

"Gincu siapa ni?! Awak main kayu tiga belakang saya ya?! Sampai hati awak!"

"Ahh! Bisinglah awak ni! Saya baru balik kerja! Penat tau tak?!"

"Ya lah. Baru balik dari kerjakan anak orang. Sampai hati awak!" Adab dengan suami aku dah tak pedulikan lagi. Hati ini marah, panas!

"Dah tu? Awak tak puas hati? Heh," Dia senyum. Senyum sinis. Beraninya dia!

"Dah la! Aku dah tak tahanlah dengan perangai kau! Aku balik kerjal je memekak! Bising jelah kerja kau! Dah takde kerja lain!" Wan meluru naik ke atas. Pintu dihempas kuat. Airmata jatuh membasahi pipi. Mataku tertangkap sepasang jubah putih bercorak abstrak hitam yang tergantung kemas di dalam almari. Jubah kegemaranku yang aku pakai tahun lepas. Airmata tumpah lagi.

P/S: Biasa la lelaki, belum dapat. Super romantik. Bila dah dapat........ Tapi tak semua la. Berdoalah agak suami ada termasuk dalam golongan 'Tak semua la" ni. Haha.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe