15/05/2014

Hoho. Dah lama tak menulis. Macam biasa. Internet ngong dan aku bizi layan drama bersiri. Jangan salah faham, bukan Aku Isterinya atau Suamiku Jururawat tapi Game of Thrones. Agak ketinggalan bas sebab baru nak layan 1st season. Cerita kategori 18PL. Ganas dan lucah. Katanya nak menunjukkan culture zaman tu. Entah la, tapi pelakon mmg sempoi je bogel. Tapi bogel berbayar takpe kot. Haha.

Musim bolasepak europe 2013/14 dah habes. Semua champion dah tau cuma Spain je blom. Paling awal Greece. Then lepas tu German. Kalau tengok table mmg takde fight langsung. Season ni season paling sengit utk EPL dan La Liga. Cuma aku kecewa MU terlalu pemurah utk tukar tempat dgn liverpool. Eh jap, Liverpool tak juara pun. Tak boleh dikira tukar. Haha. Anyway, trophy still stay kat Manchester utk 4 season berturut2. Haha

Lepas ni ada World Cup. Banyak negara dah announce skuad diorang. Cuma selection tahun ni agak pelik. Banyak nama besar tak tersenarai tapi ramai player muda. Memang trend sekarang kot. Overall, aku predict German akan champion base on current performance. Tapi bola itu bulat. Macam2 kejutan boleh jadi. Aku mmg kurang gemar sikit World Cup kat Amerika Selatan ni sebab game sekitar pukul 5 pagi waktu malaysia. Waktu orang nak pergi keje. Final mmg kene booking cuti siap2. Kalo tak memang impossible la nak tengok live.

Anyway, akhirnya aku beli juga 4 novel fixi. Dah lama kot tak beli. Sebab tak terbaca kalo beli. Cuma satu je aku dah habes baca. Cerpen40. Memang nice. Sebelum baca yang lain, aku nak abeskan dulu KL Noir Red. Kene ikut turn. Haha.

Ok, chow



P/S: You can buy a books but you cant buy time to read the books.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe