20/06/2014

Pagi tadi atas sesuatu sebab aku bertanyakan kepada ofismate ada tak kawan2 yang nak sewakan Myvi 1.5 AT? Alang-alang dah terbukak cerita pasal sewa kereta ni, membe aku pn sambung lagi. Katanya die nak sewa Alphard untuk balik kampung raya ni. Sekali dengar macam kerja sia-sia. Mahal kot. Kalo saga pun sehari dah RM120. Kalo Alphard mau berapa ratus.

Bila difikirkan balik, ada logik jugak. Kalau beli Alphard, sebulan kene bayar dalam RM2K. 9 tahun. Setakat sewa dua or tiga hari lagi murah kot. Biasanya orang beli kereta famili yang selesa ni untuk jalan jauh or balik kampung sekeluarga. Setahun berapa kali je trip family kan? Walaupun sewa tu nampk mahal tapi still lagi murah than bayar installment RM 2K selama 9 tahun.

Tapi taktik ni sesuai kalo kereta korang dah abes bayar. Ada duit lebih sikit apa salahnya kan? Daripada beli kereta mewah tapi tersadai kat rumah sebab hari-hari pergi kerja naik motor. Kan tak beberapa utilize tu. Macam rakyat Singapore, kebanyakan kereta yang plat singapore masuk malaysia kereta sewa. Untuk melawat saudara mara. Setakat nak hidup dalam singapore, tak payah ada kereta takpe. Public transport effiicient. Kalo ada kereta pun mahal nak bayar macam2.

So aku ingat macam nak sewa Vios la balik raya ni. Haha.

P/s: Boleh fikir nak sewa kereta apa pasni.

1 comments:

  1. Salam tuan tanah.tumpang iklan..
    Estima utk disewa bolehla hubungi sy cikgu nor area klang@shah alam..019-2222777

    Saga baru en hafizal 017-8483113.
    Terima kasih

    ReplyDelete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List