08/06/2014

masa aku nak balik kampung, dalam pukul 10. Dah elok siap2 kemas, barang sume dah sumbat dalam kereta, tiba2 kereta aku tak boleh start. Damn. Tadi masa pergi isi minyak pukul 8 ok jek. Time2 ni jugak la die nak buat hal. Puas dah aku ignition on sampai 5 minit, bila nk on, langsung tak boleh. Memang battery dah zero. Sebelum ni memang da ada simptom battery dah kong, asyik bertangguh  nak tukar, last2 kene time genting macam ni. Sbb tu orang cakap, jangan kedekut nak jaga kereta. Bila die nak buat hal, mmg die tak kira masa.

Wife aku ada Viva, aku Myvi. Jump cable pun ada, rasanya pas jump ni ok kot. Lagipun memang kereta myvi ni jarang bergerak sebab aku pergi kerja naik moto. Nanti lepas engine dah stat ok la kot. Lepas dah sambung kedua-dua battery still kereta aku tak nak hidup jugak. Sah la ni. Memang dah kong habes. Dah pukul 11 ni mana ada kedai spare part bukak lagi.

Then kalo ikut experience aku battery viva n myvi ni common. Alza pun sama. Aku pernah tengok orang buat dulu. Then aku amik battery viva letak dalam Myvi. Hasilnya, engine Myvi berjaya dihidupkan. Alhamduliillah. Maka dapat la aku bergerak balik kampung. Nak dekat kul 12 jugak la baru bergerak.

Esoknya aku carik battery baru kat kampung. Ada kedai tu maybe die tgk aku kereta KL, die jual sampai RM180. Gile ape. Last time aku beli Rm130 je. Dry cell. Pas ronda2 n aku park jauh sket supaya depa tak tau aku orang luaq,  akhirnya aku jumpa kedai yang jual RM150. Pas mintak kurang, dapat Rm145. Ok la tu. Aku dah malas nak carik.

Dulu pernah ada sorang membe aku, Kereta persona, battery die kong jugak. Jenuh carik, paling murah pun RM250 jek. Kalo kereta mewah macam BMW, Merc ada battery diorang boleh cecah sampai RM1000. Gile. Haha.

Pape hal pun, nasib baik la Perodua buat semua battery die commnon. Boleh swap kalo berlaku emergency.

P/s: Kereta kita, tanggungjawab kita.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe