22/06/2014

Dulu aku pernah tengok satu presentation daripada company engineering europe. Masa pengenalan, die citer sket la pasal president company tu. Katanya, walaupun gaji die berjuta euro setahun, tapi die takde kereta. Reason die ialah nak jimatkan tenaga. Die nak btol2 utilize tenaga dia untuk kerja. Kerja yang ada output. So ke mana2 die bergerak die naik public transport. Ya, die takde driver mcm President company lain. Sebab kalau die tak ke mana-mana, driver tu akan idle. Satu pembaziran kepada company. Tapi untuk negara maju macam German, memang takde masalah. Public sgt efficient. Boleh la.

Tapi kisah president ni telah membuka satu pemikiran baru untuk aku, sebenarnya bila fikir balik, beli kereta ni sebenarnya jimat atau membazir? Katalah korang takde kereta, nak pergi mana2 kene naik public transport. Ok, katalah sebulan korang bayar kereta dalam RM600, Purata sehari RM20, ok, memang mustahil untuk belanja RM20 sehari untuk public transport, tapi kene consider hidden cost bila ada kereta ni, macam roadtax, maintenance, tayar, petrol, toll, saman, spare parts etc. kalau campur2 sebenarnya bleh dapat sebijik kereta lagi kot. Cuma idea ni tak sesuai untuk kat negara kita yang public transport sgt sux dan unpredictable esp masa peak hours. Bas pun tak lalu semua tempat. Nak naik teksi, tak guna meter plak. Kalau guna pun, jem yg panjang akan jadikan tambang lagi mahal.

Sebab tu negara maju, dieorang invest kaw kaw public transport suapaya dapat kurang kereta atas jalan raya. Biggest picturenya ialah penjimatan tenaga dan masa. Berapa banyak masa dan tenaga dan masa akan dibazirkan akibat menempuh jem hari2? Minyak terbuang masa idle, masa perjalanan lagi lama daripada sepatutnya, badan letih, gangguan emosi dsb. Ini semua akan menyumbang kepada ketidak efficient di tempat kerja. Pemimpin2 negara maju dah nampak semua ni dari awal, maka public transport perlulah se efficient yang mungkin. Negara kita still blom level negara maju, lupakan la wawasan 2020 tu. Its over. Haha

Tulah, harga kereta mahal kat malaysia pun satu hal jugak, orang europe gaji 5000, harga kereta 17,000. Kerja 6 bulan dah bleh beli cash. Kat malaysia gaji 5000, harga kereta 80,000 ngeri orang europe dengar. Jangan convert nilai 1 to 1, tapi kalo nak convert jugak, jangan lupa convert gaji sekali ye.

Fikir2kan lah.

P/s: Harap dapat pergi

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe