08/06/2014


Dah lama tak update blog. Ya, aku bizi dengan siri The Game of Thrones. Cerita yang hangat diperkatakan dan selalu jadi meme di facebook. Nasib baik colleague aku kat ofis ada dari season 1 sampai 4. Bese la fresh grad, mesti ada simpan movie and tv series. Nak harap membe2 sezaman aku memang takde harapan la. Dah sibuk berkeluara. Takde masa nak donwload dan layan bende2 macam ni.

Seperti siri tv yang lain, sekali bila dah layan memang susah nak stop especially bila ko ada complete edition punya. Kalo zaman student dulu, memang aku rasa straight je marathon abiskan, benti utk g kelas, main bola, makan dan toilet. Dah masuk alam pekerjaan ni tak dapat dek. Itupun aku korbankan waktu rehat aku kat opis yang lazimnya aku gunakan untuk layan GoT. Satu hari satu episode.

Ceritanya agak menarik tapi dipenuhi dengan aksi ganas dan ada sikit2 bogel yang tak censored langsung. Ya, cerita ni 18PPL. Tak sesuai untuk kanak2. Die punye ganas tu mmg sampai menusuk halkum. Zaman outlaw, tak puas hati bunuh jek. Perempuan pulak, kalo bukan keluarga noble dianggap sebagai objek sex je.

Secara ringkasnya GoT ialah cerita pasal perebutan takhta The Iron Throne. Zaman dulu, king ni dianggap sebagai mutlak, wajib dipatuhi. Walaupun perangan macam douchebag, arahan perlu diikuti tanpa dipersoalkan.

Aku malas nak tulis panjang2, nak baca sinopsis, p baca kat wikipedia. Kalo jenis yang takde masa nak layan versi drama punye la. Haha. Dah habes GoT ni nak layan The Mentalist pulak. Sibuk btol.

P/s: Broadband celcom aku dah makin teruk punye slow. Its time to move on.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe