25/06/2014

Aku dah lama sebenarnya dah lama tak pergi KL sentral. Die punye lama tu sampai  aku pn tak ingt bila last time aku pergi. Pendek kata memang lama betul la tak pergi. Haha. Baru-baru ni, aku saja je naik komuter dari rawang ke KL sentral. Sebenarnya aku nak pergi menara Olympia. Naik komuter dari rawang sampai KL sentral lepas tu naik putra lrt,turun kat Masjid Jamek.

Masa aku sampai aku mmg expect banyak perubahan. Kedai makin banyak, orang pn makin ramai berbanding dulu. Senang citer skang ni, sume bende basic ada kat KL sentral. Bank, post office, kedai makan, dsb. Ada satu benda yang menarik perhatian aku, ada satu tangga baru di ruang legar utama. Menuju ke satu kawasan baru. Tangga yang dulu tak perna wujud dalam sejarah aku ke KL sentral. Di atas tangga tersebut, tertera lah, satu tulisan besar, Nu Sentral. Ooo, ni la Nu sentral.

Disebabkan masa lunch hour, aku rasa orang keje ofis pn banyak tengah rehat. Aku pn meluangkan  masa untuk menjelajah  mall baru ni. Baru aku tau, dulu tapak mall ni ialah kawasan parking kereta depan KL sentral. Sekarang dah jadik banggunan.

1st impression, mall ni sangat besar. Aku kira ada 6 tingkat. Ketinggian setiap tingkat adalah  tinggi. Maknanya mmg tinggi. Ada style macam KLCC sket2 pun ada.  Aku taktau bila mall ni mula dibuka, tapi masih banyak ruang kedai yang kosong. Kedai2 yang ada pun, standard macam Midvalley. Setakat yang aku nampak, kedai alat sukan, Harvey Norman dan beberapa restoran dan cafe. McD pun ada. Dalam masa sejam tu tak banyak tempat aku pusing. Aku tak nampak apa2 sign Cinema. Maybe on the way kot.Takkan takde kn?

Dengan kedudukan yang strategik, tmpt perhubungan monorail, komuter, lrt, erl  mmg NU sentral ni akan cepat naik. Memang idea yang brilliant. Kewujudan Nu Sentral ni juga telah mengubah landskap Brickfields. Rumah kedai depan Nu sentral tu pn tak tau la berapa lama boleh bertahan.  Rasanya macam tak matching sbb kawasan tu skang, banggunan pencakar langit tgh rancak dibina.

Begitulah serba sikit, nak tau, explore la sendiri. Naik je lrt or komuter ke KL Sentral.

P/s: Malaysia ialah negara yang tak reti pelihara banggunan warisan. Satu demi satu banggunan bersejarah di KL dirobohkan dan digantikan dengan kondo dan shopping complex.

1 comments:

  1. kwc sana dah buka byk kedai manik n wallpaper...di tinggkat 3 n 5 .....sana wallpaper murah giler rm 38 lgi buy 3 free 1 pas kurang baru rm28 shj. kualiti pn ok xmcm diy n kaisan nipis giler ....minat call boss sana 0175031855

    ReplyDelete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe