23/06/2014

Masa kecik2 dulu, aku pergi ke pasar malam. Lepas tu aku tengok ada pakcik tu mcm buat demo. Ada batang buluh yang dipotong pendek2 sepanjang mcm tin coke. Lepas tu, die mcm panaskan buluh tu dengan api n die tekap kat badan orang. Sebelum u die cucuk dulu kt tmpat nk kene tekap tu dgn jarum. Lepas 5 minit, die cabut balik buluh tu, siap ada darah skali. Ngeri la jugak. Mesti sakit. Baru aku tau, itu namanya bekam.

Tapi aku tak pernah buat, sampai la tahun lepas, kawan wife aku ada buat khidmat bekam, die ajak try. Aku pn ok jela. Lagipun aku dengar bekam ni elok untuk kesihatan. Ada la sikit risau sbb mcm sakit.

Bekam sekarang ni dah moden. Tak pakai buluh, pakai cup plastik. Banyak je jual. Sebelum buat tu, die urut2 badan aku sbb die kata keras sangat. Haha. Lepas dah urut, barula die start tekap dengan cup tu. Rasa kulit mcm kene sedut. Yela, sbb cup tu dah di vakumkan. Banyak jugak la cupnya. Ada dalam 17.

Lepas 5 minit mcm tu, baru die cabut cup tu, n stat cucuk mcm alat nak amik darah kt hospital. Then die tekap balik cup tu, masa tula baru darah tu stat keluar. Tapi tak rasa pun. Kata abg tu, darah aku x banyak keluar. Die bekam ni, lagi banyak penyakit, lagi banyak darah keluar. So, badan aku ni kira sihat lagi la. Haha. Darah yang kuar tu pn bkn dlm bentuk cecair, tapi mcm jelly. Separuh pepejal.

Sama jugak mcm amik darah, lepas bekam kene banyak minum air n berehat. Tapi lepas bangun tu, rasa la badan macam ringan sket. Of coz akan ada bekas bekam, lepas 3 hari nnt akan hilang.

Skang setiap 6 bulan aku akan buat sekali. Tak mahal pn, depend pada tmpt korang buat. Ada byk skang ni, cuma kalo bleh cr yg full time. Sbb diorg buat mcm pro sket.

P/s: Cuba la jaga kesihatan selama yg mungkin.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers