20/06/2014

Aku rasa la, umur yang palig sesuai untuk berkahwin dalam zaman moden ni ialah 30 tahun. Ini adalah hasil daripada analisa aku berdasarkan statistik penceraian yang tinggi di negara kita. Kalo kawen paksa macam drama melayu tu logik la jugak cerai berai. Ini kahwen suka sama suka setelah kenal hati budi pn cerai jugak. So phrase "Tak kenal maka tak cinta" agak tak valid. Boleh jadi, makin kenal makin tak cinta.

Ok, inilah reason kenapa aku berpendapat zaman skang ni kene kawen umur 30 tahun ke atas:

1. Skang ni nak sambung blajar senang sgt. SPM kantoi pn still bleh sambung blajar. Bertimbun kolej swasta offer sambung blajar siap ada bantuan PTPTN lagi. Average, umur 24 baru grad. Seperti yang kita tahu, mengikut cultures meleis, kos perkahwinan mahal gile. Stakat kerja setahun dua, impossible dpt cover kos perkahwinan. Short cut, buat loan. Dah kene menanggung hutang. Baru je nak mulakan hidup. So aku rasa 6 tahun tu cukul kot utk kumpul duit. Itu pn dengan syarat tak hidup gaya artis.

2. Lepas grad kita kerja, bina career. Kalau tak bina kerjaya, mmg kekal kat takuk lama sampai pencen. Unless korang genius mcm Bill Gates, Mark zuckernberg tak payah blajar pun takpe. Based on experience, perkahwinan ni akan melimitkan career esp perempuan. Bos susah nk anta g outstation, kene balik on time sbb nak amik anak, tak boleh datang keje sabtu ahad, pergaulan kene control takut pasangan marah dsb. So, kalo rasa nak pergi jauh dalam career, delay dulu kawen mcm rata2 rakyat Jepun n korea yang kahwin umur 30an ke atas. Nak pergi mana2 pn senang, nak balik lmbt pn xde sape kisah.

3. Dengan teknologi zaman skang, perhubungan semakin mudah. Mcm zaman dulu susah btol nk ngorat. Kene gentleman. Kalo dpt no phone umah pn, ada masa tertentu baru bleh call. Skang ni mcm2 media sosial ada. Ini akan menyebabkan option menjadi terlalu banyak. Thats why kene keep calm n take it easy. Analyse btol2 calon yg ada. Bila tak sabar ni yang bila dah kawen still nk berskandal. Tak puas hati dengan pilihan yg dibuat. Zaman skang ni, even depan pasangan pn kita bleh curang. Mesej dgn skandal. Even duduk sebelah menyebelah pun, kita mungkin tak perasan yg pasangan kita rancak bergurau senda dgn skandal. So, relax n cuba buat pilihan yang terbaik. Tapi bak kata lirik Suratan atau Kebetulan "wala kita dihadapkan, dengan pelbagai piliham, mengapa sering terjadi, pilihan tidak menepati"

4. Ni khususnya utk kaki berjalan. Fakta yang harus diterima selepas berkahwin ialah hobi berjalan tu mungkin akan dilimitkan dan lebih limit lagi bila dapat anak. Kadang2 ada jugak mak bapak yang outstation sana sini, tinggal anak dengan parents or adik beradik lain. Dah kawin buat cara orang dah berkeluar la. Kalo x, jangan kahwen awal, enjoy dulu. Dah abes enjoy, baru kawen. Kalo nk fikir enjoy, seumur hidup takkan puas, tapi aku rasa 30 tahun tu dah agak puas kot.

5. Kematangan. Aku rasa punca utama kes penceraian ialah ketidakmatangan akibat kahwin awal. Maksud di sini ialah dari segi emosional dan decision making lepss kahwen. Contohnya cepat emo bila kene tegur dgn pasangan. Asal ada salah faham sket je nk tarik muka. Tersalah cakap sikit je, dah sentap. Takpun, dah kawen still nk lepak dgn membe pas subuh or balik keje terus main game. Taknak langsung tolong isteri buat kerja rumah sbb anggap tugas jaga rumah sume tugas isteri, dsb. Orang muda ni ada banyk energy, sbb tu senang baran. Kene pulak jenis yang tak fikir panjang. Tu yg bleh terlafaz talak on the spot.

Bukannya apa, kalo bleh kita kahwen ni biarlah sekali n bak kata meleis, "so sweet. Hope kekal til jannah". Sbb tu planning kene btol2. Biarlah kita kahwen tu sbb kita btol2 dah bersedia untuk kawen. Bukan daripada pressure luar daripada family, kawan2, rasa mcm forever alone, dsb. Biarlah kawen lambat mcm mana pun, janji kita dah cukup bersedia n selesa dgn keputusan kita. Then yang lain, serahkan pada Allah, itu bukan urusan kita. Yang penting kita dah buat apa yang patut kita lakukan.

P/s: please la jangan letak hantaran melampau, sok dah jadi andartu time tu jgn terhegeh2 nk bagi diskaun gila2. Tengok kemampuan pengantin lelaki tu.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List