22/07/2014

Kali terakhir kita menyaksikan persaingan 1on 1 antara kereta compact nasional ialah 9 tahun lepas. Pada tahun 2005 Proton keluarkan Savvy dan Perodua mengeluarkan Myvi. Well, pemenangnya sgt mudah utk kita lihat. Savvy telah diberhentikan pengeluaran dan Myvi telah masuk generasi kedua. Model yang berjaya menjadikan Perodua nombor 1 8 tahun berturut2 dari segi jualan.

Kini 'perang' kali kedua akan tercetus kembali setelah 9 tahun. Untuk sesiapa yanh mengikuti perkembangan automotif tempatan, mesti dah tau yang Proton dan Perodua kini di fasa akhir dalam menyiapkan compact car terbaru mereka. Seperti yang diumumkan oleh big boss masing2, kedua-dua model ini akan dilancarkan sebelum hujung tahun 2014. Dipercayai antara september hingga november. Tiada lagi pengunguman tarikh rasmi dibuat oleh kedua-dua pihak.

Seperti yang kita maklum, Proton menggunakan filosofi, keselamatan dan latest teknologi. Manakala Perodua sama seperti pembuat kereta Jepun lain, mengutamakan penjimatan minyak. Kereta manakah yang terbaik dan akan memenangi 'peperangan' ini?

Dari segi bisnes, of course, sales figure yang tertinggi akan dikira pemenang. Cuma dari segi bagus tak bagus tu, bergantung kepada perspektif. Namun sekiranya Proton dapat mengatasi masalah kualiti yang membelenggu mereka selama ni, tidak mustahil, mereka boleh menjadi pemenang kali ni.

Kita tunggu dan lihat, adakah 'sweet revenge' untuk Proton atau 'straight win' untuk Perodua

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers