02/07/2014

Aku tak tau la korang perasan ke tak atau aku sendiri je yang perasan, aku rasa bazar ramadhan tahun ni mcm da berkurangan. Ada beberapa tmpt yang dulu ada bazar, skang dah takde. Tak tau la pindah ke mana2 kot.

Ada jugak aku sembang dgn colleague aku, die pn perasan mmg bazar ramadhan skang dah tak meriah mcm dulu. Antara faktor ialah harga barang makin mahal. Kang bila jual mahal orang tak beli pulak. Takkan nak jual untung sikit. Tak berbaloi. Dah la bulan puasa kot. Belum lagi sewa tapak yang mahal akibat di ali baba kan. Bila kira2 mcm x berbaloi. Elok dok umah jela.

Kebanyakan bazar pn tak banyak variasi. Byk bende sama, nasik ayam, ayam golek, murtabak. Ada kes, yg makanan dah basi pn diorang jual lagi. Yela, rugi kot. Dah la kos mahal. Satu lagi yg kita kene ingat ialah ada certain peniaga ni yg berniaga masa bulan puasa jek. Diorg ni selalunya harga mahal tapi kualiti out. Berniagai dlm masa terhad, mesti nk maximizekan profit.

Baru2 ni pn azwan ali pn ada tweet pasal makanan kt bazar mcm 'sampah'. Well, ada benar jgak. Aku tak cakap 100% die salah. Aku sendiri pernah beli mi kari yg kuah sgt ceroi dan mee yg sgt ciput. Tapi RM5. Tak berbaloi.

Entah la, aku rasa mmg bazar dah tak beberapa meriah mcm tahu2 lepas. Mungkin sbb harga barang yg makin mahal dan tapak yang di ali babakan.

P/s: Ada tapak kt Jalan TAR kene lelong sampai RM 20k. Gile.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers