25/07/2014

Sebagai oranh dewasa, adalah menjadi suatu cabaran bila menjelang hari raya, "Berapa banyak duit raya nak bagi tahun ni?" Persoalan yang berkait kepada "Berapa banyak bonus raya aku dapat tahun ni?" Dalam keadaan serba mahal ni, cabaran ni menjadi double triple lebih tough.

Bila kita balik, sebenarnya kita boleh relatekan duit raya ni dengan duit belanja sekolah. Mari kita imbas cerit 20 tahun lepas atau pun lagi senang, kita amik je tahun 1990. Zaman di mana nasi lemak 30sen masih wujud dan nasilemak 50 sen tu dah dikira berlebihan. Pada era itu,RM 1 dah dikira besar. Boleh beli 2 kotak Dingdang atau satu kotak Tora. Tapi JoJo tak boleh sbb RM2. Kotak die besar sket. Pada zaman itu, duit raya 50 sen dah boleh dikira standard. Benchmark. Benchmark ni boleh ditentukan berapa amount yang budak2 ni boleh berbelanja mewah di sekolah.

Ya, the point is boleh berbelanja mewah berbanding duit sekolah yang diorg dpt hari2. Contohnya satu angpau 50sen. Cukup utk beli nasi lemak n sirap. Meet benchmark requirement. Mcm RM1 dah dikira mewah. Boleh beli nasi lemak n sirap, ada duit lebih boleh balik skola bleh beli dingdang atau aiskrim potong kt umah jiram, sagun atau fishball yg dijual pakcik naik motor depan sekolah atau g bli tikam.

Ok, berapa belanja skolah benchmark budak2 sekarang? Berdasarkan survey drpd saudara mara dan rakan sekerja, RM3 tu minimum dan RM5 tu benchmark. Ada sesetengah kawasan urban or anak lord maybe benchmark RM10. Nasik lemak kat skolah paling murah RM 1.50. Air secawam RM1. Tu baru satu sesi. Kalo sesi petang or skolah agama?

Persoalannya ialah berapa nak bagi satu angpau tahun ni? Aku rasa bencmark RM5, di mana diorg akan kategorikan acceptable. Bawah drpd tu akan dikira kedekut. Lebih drpd tu akan dianggap orang kaya. Haha.

Duit plak kene bagi duit yg baru. Ada bau bank. Kalo bagi duit recycle pn kene kutuk jugak. Haih~

Apa pun, bg la ikut kemampuan. Sambil tu cube la explain kt anak-anak yang duit raya ni konsep die sedekah. Bukan wajib.

P/s: Last aku dpt angpau 9 tahun lepas. RM100.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List