25/07/2014

Kejadian terbaru melibatkan pesawat Algerian Air AI5017 yang disahkan terhempas di Niger Afrika. Selang sehari sebelumnya pesawat Transasia GE222 terhempas di Taiwan. Kesemua penumpang dan anak kapal terkorban. Manakala seminggu lepas, pesawat Malaysia Airlines MH17 dari Armsterdam ke Kuala Lumpur telah ditembak di ruang udara Ukraine. Setakat ini masih belum ada pihak yang bertanggungjawab. Terdapat percanggahan teori sama ada MH17 ditembak dengan missile Land to Air ataupun ditembak oleh sebuah jetfighter seperti didakwa Russia. Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 masiu lagi tidak terungkai dan menjadi misteri. 4 bulan telah berlalu, namun tiada satu pun serpihan pesawat mahupun mayat penumpang ditemui. Lokasi kali terakhir pesawat dikesan di Selatan Lautan Hindi juga menimbulkan tanda tanya yg sangat besar kerana ianya melencong 360 darjah daripada laluan asalnya ke Beijing.

Ini semua insiden besar. Terdapat beberapa lagi insiden kecil seperti terlanggar burung, enjin terbakar, tayar pecah dan pesawat tergelincir. Kesemua insiden kecil ini tidak melibatkan kehilangan nyawa. Namun sedikit sebanyal membuatkan penumpang trauma dan kecut perut.

Yang pastinya sesiapa yang naik flight selepas ini akan ada rasa gentar seperti yang sempat dirakam oleh salah seorang mangsa MH17 dgn hastag hatiadasedikitgentar. Terdapat seorang lagi warga belanda sempat upload ke instagram "jika pesawat ini hilang, beginilah bentuknya". Selepas siri insiden nahas udara begini, pasti ramai akan merakam detik2 akhir sebelum menaiki pesawat. Mana la tau, ianya mungkin menjadi detik rakaman terakhir...

Tak tahu nahas apa yang akan berlaku selepas ini, tapi bak kata orang, kalau nak mati, kat mana2 pun boleh mati. Cuma banyak2 la berdoa sebelum naik flight dan untuk frequent flyer, kurang2 kan la buat maksiat sbb takut tak sempat nak bertaubat.

Kali terakhir aku naik fligth ialah tahun lepas, pergi Jakarta. Paling jauh aku pernah fly ialah ke Amsterdam. Yup, naik MH17.

P/s: Insiden MH17 ni mmg tragic. Mungkin selepas pesawat ditembak, ada lagi mangsa yang masih hidup, tapi jatuh dari banggunan 5 tingkat pn dh berderai badan. Inikan pula dari ketinggian 10km. Al-Fatihah dan Takziah kepada semua keluarga dan rakan2 mangsa.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers