06/07/2014

Aku guna HTC One M7. Bulan julai ni dah genap setahun aku pakai. So far aku memang puas hati dengan overall performance hp ni. Paling best die punye smoothness mcm iOS n tak pernah hang walau sekali pun. Android  mmg always paling latest. Cuma kelemahan die kamera. Dlm ruang yg x cukup cahaya, kamera jadi merah. Mmg common problem. Tapi dlm keadaan broad daylight, mmg smart. Mcm DSLR.

Ok, mcm aku tulis sebelum ni, kelemahan HTC One ni ialah aksesori die tak banyak. Kedai2 biasa or uptown mmg takde. Cuma kt Lowyat je banyak. Tp leceh la slalu nak pergi lowyat. Salah satu solution lagi, beli kt Ebay.

Cuma baru2 ni masa aku g uptown shah alam, aku nk tukar screen protector sbb yg current dah calar. Mcm biasa la, sume kedai takde. Sampai la kt satu kedai ni, bro ni promote suruh aku amik tempered glass. Sebelum ni aku pernah dgr n tgk demo kt youtube. Tapi tak terfikir plak nk tukar sbb mahal. Bro ni jual kt aku RM50.

Alang2 dah susah nk jumpe screen protector, aku rasa elok try jela. Lgpun mmg tempered glass ni tahan lasak.

Lepas 3 hari guna ni, aku sangat puas hati sebb screen jadik lagi clear, feel touch pn rasa lagi sedap. Seolah2 mcm screem handphone takde screen protector. Yela, kalo screen protector biasa tu kan plastic, rasa mcm letak plastik atas screen. Tempered glass ni kan kaca, so rasa mcm default punye glass feeling. Dari segi scratch resistant sume mmg aku dah tgk kt youtube, tahan scratch n mudah dibersihkan.

Untuk korg yg jenis syg handphone nk screen tahan lama, aku cadangkan amik tempered glass. Mmg la mahal sket, tapi puas hati n tahan lama. Tu yg penting.

P/s: nk best tukar aksesori kt malaysia ni, bli la samsung n iphone je.

2 comments:

  1. As salam... saya pun baru pasang tempered glass.. baru guna 3 hari.. mmg puas hati.. skrin jadi lebih clear mcm x pakai sp pun..hehehe..

    ReplyDelete
  2. Kalau Iphone lagi best. Ada tempered glass untuk depan blakang skali. Murah pulak tu.

    ReplyDelete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers