06/07/2014

Semalam aku pergi tukar kereta wife aku. Sbb plan raya nnt nak bawak balik kete die. Viva Elite. Ada satu kedai ni, aku rasa kedai ni paling ok. Tokey die seorang uncle n staff die sorang. Kecik je kedai die. Kan selalu kedai tayar lot hujung mcm kedai mamak, tp kedai uncle ni kat tgh. Mmg kecik jek.

Bulan lepas masa tayar viva ni pecah, aku dah survey kedaj yg mana murah n tak banyak songeh. Kedai uncle ni the best. Maksud aku banyak songeh ni ialah sebelum bukak tayar, die sebut harga lain, lepas bukak tayar, dandan je mcm2 kene tukar n tak ok. Mmg 90% kedai tayar mcm ni. Tp kedai uncle ni ok.  Lepas bukak tayar sume, harga sama. Xde kene tambah pape.

Cuma seingat aku, bulan lepas aku tayar viva seketul RM 130. Semalam dah jadik RM160. Aiseh, naik la pulak. Slalu mmg cmni. Bila nak dekat raya mmg harga tibe2 naik. Patut aku tukar je satu set bulan lepas. Murah sket. Lgpun tokey2 ni mmg alert bila Perodua dpt bonus. Bila dgr je bonus dah masuk mmg sume naik harga.

Xpela, yg penting uncle ni buat ok n tak banyak songeh, ok la tu. Kalo kedai lain, mcm2 kene tukar nnt. Pas dah cabut tayar baru ckp. Masa sebelum cabut tayar x nk ckp plak.

P/s: Elok korang servis kete cepat2 sebelum raya. Haha

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers