23/07/2014

Sekarang ni kos hidup tinggi. Dapat gaji ari ni, esok dah habes lebih separuh bayar hutang. Skang sama ada kurangkan belanja atau tamba income. Tibe2 aku terfikir mcm nak tulis novel la.

Untung2 dapat jadik drama. Dapat royalti masyuk. Hmmm kene fikir tajuk ni. Tajuk tak boleh bunga2 n puitis. Kene straight foward. Hmmm Jurutera itu kekasih saya, cinta awak 100km/h, Saya suka awak sebenarnya, Awak tau tak saya sayang awak?

Hmm watak plak kene hero hensem, keje kene ceo, pengurus, doktor, lawyer. Anak plak kene anak dato or tan sri. Heroin plak kene awek yg innocent, awek sweet, awek kampung, naif. Pakai baju sopan2 je. Watak protagonist kene ada dua, satu awek hero yg juga anak orang kaya tapi gedik, mekap tebal, suka pakai seksi dan dengki kt heroin yg sweet2 n naif. Pastu plak, mak hero kene datin yg mekap tebal n pakai baju mahal2, tak suka heroin. Spesis lebih kurg mcm awek hero.

Ok, kawen mana bleh straight foward. Kene la kawen paksa rela, buat la kene tangkap khalwat ke, sebab nk rampas harta ke, tak pun sebab heroin kene fitnah ke. Barulah dramatik. Then, awek hero yg melepas tadi sebab tak kawen dgn hero, dibantu dgn mak hero, akan sabotaj kehidupan hero dan heroin yang baru kawen. Barulah ada drama.

Then, rumah tan sri n dato kan? Kene la grand. Tak main la rumah teres dua tingkat or Semi D. Kene banglo or mansion. Siap ada pool, orang gaji, tukang kebun n driver skali. Rumah hero pn kene la grand, CEK syarikat kan? Takkan sewa rumah flat DBKL or rumah murah. Kene ka kondo mewah, perabot import, dapur fully furnished. Walaupun muka mcm budak baru pas SPM or baru grad. Kete tak main la myvi or saga, kene la BMW, Merc, Porsche. Baru la kene dgn status CEO n anak tan sri.

Oh ye, anak tan sri kan, mana layan ipt tempatan, kene la ipt oversea. Tak pun, kan kene kawen paksa, heroin merajuk bawak diri study kt oversea ke kan? Heroin ni kene la bijak sket drpd awek hero yg dengki tu. Lgpun untung2 masa wat drama nnt bleh diorg ajak aku skali g oversea. Hihihi.

Ending cmne ea, hmmmm ok la, buat la nnt datin tu or awek hero tu yang dengki dapat sakit akibat cube nk sabotaj hero. Nk dramatik lagi, buat tan sri meninggal akibat sakit jantung or eksiden. Pastu, nnt akhirnya hero or heroin akan kendurkan ego diorg pastu mula sayang2. Kene fikir adega sweet2 ni, lagu background nk pilih ape ea. Hmm kene la lagu sweet2 n touching. Kene cek lagu indo skali ni. Kalo ada unsur2 islamik lagi cantik. Endingnya, heroin pregnant or dapat bayi. Maka hidup lah mereka berbahgia till jannah.

Ok nice, da siap draft,. Bleh la stat tulis ni. Hihi.

P/s: Cube la korg g kinokuniya or MPH, baca2 la sinopsis kt bahagian new arrival. Lebih kurg cmni la jalan ceritanya. Haha. Apasal la sume pikir sepesen ni.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers