31/08/2014

Papehal, selamat menyambut hari kemerdekaan ke-57. Sedar tak sedar, dah 57 tahun Tanah Melayu merdeka daripada British. Kenapa bukan kemerdekaan Malaysia sebab Malaysia ditubuhkan pada 16 september 1963 selepas Singapura keluar manakala Sabah dan Sarawak menyertai gabungan dengan Tanah Melayu. So kalo nak kata kemerdekaan Malaysia tu sebenarnya tak beberapa tepat.

Bercakap pasal kemerdekaan, setiap tahun sama ke clichenye, ada perbarisan, orang mula pasang bendera, tv mula putarkan lagu patriotik dsb. Cuma tahun ni takde sambutan bunga api demi menghormati tragedi MH17. Yang golongan tua/veteran mesti akan cakap golongan muda x mengahayati semangat kemerdekaan la, xmenghargai jasa pejuang kemerdekaan la, buta sejarah la, bla bla bla. Golongan muda pula aka GEN Y pula akan cakap, kami akan menjaga kemerdekaan ini, bersyukur sbb dah merdeka x macam negara lain yang bergolak, kemerdekaan ini harus dikekal kan la bla bla bla.

Negara sudah lama merdeka. Sepatutnya kita sebagai rakyat berhak menikmati hidup yg lebih selesa. Dengan harga hartanah yang makin mencanak naik tanpa kawalan, cmne la agaknya generasi Malaysia nk hidup selesa. Serba serbi mahal skang.

Dulu orang cakap kalo x mampu beli rumah, sewa la dulu. Skang ni nak sewa rumah pn dah mcm installment rumah RM400k. Belum kira deposit 2+1 nk masuk rumah lagi. Cuba kita tgk balik harga sewa rumah 5 tahun lepas dan kita ramalkan apa jadi 5 tahun akan datang.

Merdeka kah kita?

P/s: Kalo bleh, beli lah rumah. Kecik macam mana pn yg penting rumah sendiri.....

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe