23/09/2014

Ada 3 orang tanya aku soalan yg sama minggu lepas. 2 orang junior aku kt opis, sorang lagi adik aku. Ye, ketiga-tiganya lelaki dan baru grad. Keje pn tak sampai setahun. Macam2 tau je diorang ni nk tanya dalam timing yg sama.

Prob diorg ni ialah ketiga2 dah ada awek dan awek/family awek diorg dah berkias2, bila nak masuk meminang? Nak kata tunggu keje dah keje. Dan ketiga2 diorg ni ada masalah yg sama iaitu financial tak kukuh aka takde duit lagi. Yela nak kawen skang bukam murah. Paling koman pn 30k. Utk kenduri je. Tak kira life pas kawen lagi.

So jawapan aku sama je utk tiga2 ni. Aku tak larang, cuma tak galakkan sebab diorg sume ni baru keje. Duit tak cukup lagi. Memang boleh short cut dgn buat personal loan. Tapi tak berbaloi. Lgpun antara punca penceraian yg tinggi di kalangan pengantim muda ni ialah masalah kewangan lepas kawen. Hutang bertimbun. Duit bulan2 x cukup. Mcm dulu sewa rumah sekitar RM300 sorang, skang sewa satu rumah kt lembang klang ni pn 700 or 800. Tgk kawasan. Kene pulak dgn harga barang yg makin mahal. Lagi worse kalo wife tak reti masak. Hari2 makan luar. Boleh lingkup.

Cuma aku explain la, nak kawen jugak boleh, tapi jangan duduk lembah klang, kalo bleh cari wife yg reti n rela memasak dan paling penting cari wife yg tak berkira. Kalo ikut Islam, memang suami tak berhak tanya duit isteri. Cuma kalo isteri tu faham n kesian, tolong2 la support suami tu. Suami sendiri jugak. Tapi kalo dapat isteri yg wat tak reti, cuma beli barang2 branded utk die sendiri, memang terbakarla jugak. Tu yg boleh buat gaduh.

Kalo bleh aku nasihatkan keje dulu at least 3 tahun. Kumpul dulu aset n jangan hutang bende2 ngarut. Berjimat la. Biar tak bergaya janji duit sentiasa ada. Sbg lelaki mesti kita hendak sediakan yg terbaik utk wife dan bakal anak, so buat la preparation yg secukupnya.

Pape pun aku cuma nasihat je. Proceed or tak terpulang la.

P/s: biar kahwen lambat janji selamat daripada kawen awal, tp cerai. Fikir2kanlah....

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers