22/09/2014

Soalan upsr bocor. Bukan satu paper, ada 3 or 4 paper. Tak tau la cmne boleh bocor kan? Rakyat malaysia ni mmg susah sgt nk simpan rahsia bende2 confidential. Tak amanah. Rasa bangga bila dapat bocorkan maklumat sulit. Dah bape byk dah surat2 rasmi yg bocor ke media sosial. Walaupun ada antara dokumen rasmi tu adakalanya berguna utk info kepada public, tapi di sini soalnya ialah integriti. Tak amanah utk menjaga rahsia. Dokumen2 ni mustahil utk dibocorkan oleh org luar melainkan org dlm sendiri. Aku pn x paham. Rasa jadik hero kot.

Dalam kes upsr ni, kebocoran ni mungkin kemaruk nak dapat A kot. Sistem pendidikan sekarang yg berasaskan A. Takde A, takde masa depan. Tak dapat masuk asrama or mrsm. Paksa anak study pagi petang siang malam. Tak boleh tgk tv, tak boleh main game, tak boleh keluar main dengan kawan2. Asik study je. Bagi aku ini adalah satu kerugian sebab zaman kanak2 n remaja la nak happy2 pun. Dah masuk zaman bekerja, semua privillege utk berseronok tu akan hilang. Rugi.

Macam2 cara yg parents guna, suh makan kismis la, brain booster la, DHA plus la. Kalo anak tu dah benak, bg makan ape pn tak jalan. Minat dan paham itu penting. Satu lagi problem, sistem berorientasikan exam ni bukan mendidik utk faham, tapi utk menghafal. Dengan lambakan soalan ramalan, model soalan, koleksi soalan, sume ni dah jadi simple. Hafal itu penting. Faham tu blakang cerita. Tapi kalo sampai bocorkan soalan tu mmg dah melampau. Gur besar pn satu hal jugak. Sanggup buat apa saja utk pastikan sekolah yg dipegang tu dapat peratusan A tinggi. Nak meet kpi.

Zaman skang ni, banyak membe perempuan aku yg dulunya cemerlang di sekolah dan universiti last2 benti keje jadi suri rumah sebab tak tahan dengan cabaran kerja dan kos membesarkan anak yg meningkat. So apa jadi dengan sume A dan pointer2 tu? Simpan salam beg jela. Salah satu keburukan sistem menghafal ni ialah ianya tak menjadikan student expect unexpected. Sbb tu real life susah nak survive.

Bukan nak kata A tu tak penting, tapi tak payah smpi mengorbankan gloryness zaman kanak2 dan remaja anak2. Lgpun tak semua orang minat belajar. Mana tau minat diorang ke arah lain kan? Lagipun kan dah terbukti ramai billionaire n genius2 kt dunia ni tak habes belajar pn. So daripada parents sibuk suruh anak2 mengahafal utk dapat A, lebih baik preparekan diorg dgn skill utk survive dalam real life.

P/s: kalo btol2 faham, apa nak takut repeat. Dah shit happen. Nk wat cmne.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe