01/10/2014

Hari ni aku tak masuk ofis. Ada training kt luar. Bestnye training ni ialah boleh balik awak. Kebetulan tempat training tu dekat dgn ofis membe. Boleh la ajak lepak minum2. Sementara nk tunggu membe kuar opis dan kebetulan plak lalu sebelah showroom perodua n proton yg sebelah menyebelah, ok gak kalo wat sesi soal siasat. Hehe.

Ok, aku tak nak nyatakan showroom kt mana sbb tak nak korg jump to conclusion pasal layanan kt showroom. Tak fair la kan kalo setakat satu show room punye experience, then terus wat conclusion sume showroom perangai mcm ni gak kan? Lagipun salesman pun manusia gak. Macam2 ragam. So aku akan citer pasal salesman n of coz pasal kete. Tapi review ni base on showroom ni jela ea. Yg lain2 tak tau la.

Pasal spec kereta aku x minat nk mention kt sini sbeba korg bleh refer kt website lain mcm paultan, funtasticko n inforkereta. Kt situ dah ada detail.

A. Salesman Perodua

Masa aku masuk ke showroom, ada 3 salesman. 2orang tgh entertain customer, yang 1 lagi mcm tgh deal dgn customer. Mungkim tgh buat booking kot sebab nmpk customer tu sign beberapa dokumen. Aku pn terus la mengusha Axia. Ada 3 variant kt situ, standard AT yg RM33k, variant SE Manual dan Advance AT. Ni kali ketiga aku tgk kereta ni. Cuma tak pernah test drive lagi. Tak lama lepas tu ada sorg customer tu blah. Then salesman perodua tu terus datang kt aku. Senyum, bg salam n jabat tgn. Tanpa aku suruh, die cerita serba sikit pasal ketiga2 variant Axia kt situ mcm Variant ape, transmission apa, citer pasal engine n pasal apa beza. Dan mcm biasalah, mesti mention pasal fuel consumption dan Eco driving. Sales point perodua. Aku cuba cucuk sket dgn soalan teknikal. Ok la, not bad. Explanation dia bleh diterima. Cuma bila aku tanya ni engine baru kan? Aluminium kan? Die mcm blur2 sket. Cuma pasal engine mesti dia mention timing chain. Key point wajib utk salesman perodua. Aku tanya apa speselnya timing chain? Mcm biasa la, lagi tahan dan less maintenance. Kalo tming belt nnt asik kene tukar. Aku tanya jugak pasal variant RM24k, dia kata x kuar lagi. 8 bulan lg br kuar. Die kata sebenarnya perodua xnk buat, tapi kerajaan mintak. Eiii? Aku tanya nape? Dia pn x sure.

Bila tanya pasal loan, dia terus tunjukkan template harga. Bila aku tanya kalo wat 0% downpayment bleh tak? Dia tanya aku balik, abg ni student or kerajaan. Aku jawab swasta. Dia kata memang tak dapat. Ceh, nk bli kete pun kene tanya swasta or kerajaan. Da mcm nk wat loan rumah jek.

Overall ok la, nampak die ada passion nk explen dan agak friendly. Lupa nk mention, salesman ni laki. Memang la. Haha.

B. Salesman Proton

Masa aku masuk showroom, ada 3 org salesman. Sorg tgh sign2 document dgn customer, dah book kot. Sorg duduk kt meja sambil layan phone dan sorg lagi berdiri belakang Iriz, pun main phone jugak. Dalam showroom tu ada 2 Iriz. Satu merah, 1.3 Manual Executive, satu lagi putih, 1.6 CVT Premium. Salesman yg duduk kt meja tu perempuan, wat dono je. Then yg laki berdiri belakang Iriz tu tegur aku, 'abg tgk2 dulu ye'. Ok, mmg nk tgk je pun. Haha. Aku pn usha2 la variant 1.6 CVT, duk kt tmpt driver, bukak hood, bukak tailgate belakang, still salesman buat dono. Then aku pn tanya, 'bang, ni variant apa?' Saje je aku tanya. Barulah salesman yg berdiri tu datang. Ape yg mengannoy kan aku ialah, aku tanya sepatah, sepatah die jawab. Takde inisiatif nak explen. Attitude ape ni? Mcm ni ke nak jual kete. Then aku tanya pasal engine, ni engine apa? Die jawab sepatah 'VVT'. Aku tanya, 'bukan campro ke?'. Sepatah lagi die jawab, 'bukan'. Woi, ko tak wat homework ke apa. Ramai tau yg engine VVT ni bukan engine baru. Base still campro cuma tambah VVT je. Takkan la Proton tak explen kt salesman diorg. Baru ingt nk cucuk soalan teknikal, tibe2 rasa malas plak.

Then bila tanya pasal loan, sama mcm salesman perodua tadi. Ok, bab ni baru nmpk mcm dia semangat sket.

C. Conclusion

Kedua2 cerita kt atas ni mmg real situation. Bukan aku amik dr mana2. Overall nampak salesman perodua lebih berknowledge dan bermotivasi. Friendly dan berinisiatif utk jual kereta. Aku tak tau apa masalah salesman proton. Nmpk mcm tak semangat dan takde inisiatif. Agak dingin bila berinteraksi dgn customer. Dan nampak mcm tak buat homework. Paling annoying bila masuk showroom diorg wat bodo je. Agak malang sebenarnya sebab Iriz sebenarnya sebuah kereta yg value for money tapi gagal dipersembahkan oleh salesman dlm showoroom tersebut.

Mungkin proton perlu letak skrin besar iklan komersial Iriz or slideshow or demo video dlm showroom supaya customer nampak dgn jelas. Sedikit sebanyak dpt membantu salesman yg tak bersemangat ni. Mungkin juga kedua2 showroom ni boleh pasang muzik yg boleh menaikkan mood customer dan salesman di dalam showroom. Takdela sunyi sgt kan?

Komen Axia

Saiz besar berbanding Viva dan kecil berbanding Myvi. Body dan exterior berciri kejepunan. Simple tapi kemas. Tak bayak styling line. Bagi aku bumper standard version lagi menarik berbanding SE dan AV yg agak Evo wannabe. Design lain takde pape yg menarik. Agak boring. Rasa mcm design yg outdated sekitar tahun 2000an.

Interior pun simple dan agak outdated. Bleh nampak ciri2 viva + alza kt gear stick dan Instrument panel. Cuma dashboard die mcm kene squeeze ke depan. Jarak dr windscreen dgn dashboard pendek je. Design radio yg variant standard agak pelik dan agak mengelirukan. Ada special hook yg bleh sangkut handbag kt tgh utk anti peragut. Nice features. Org ckp Axia luas sbb trick yg digunakan pertama dashboard yg disqueezekan dan seat belakng yg nipis smpi bleh nampak wheelarc. Hanya variant SE dan AV sahaja yg ada ABS dan EBD. Yg standard stakat ada 2 airbag. Itu pn sebab kerajaan wajibkan.

Engine aluminum yg nampak kecik dan compact. Lagi ringan banding engine cast iron, sbb tu kt engine room axia nampak mcm ada banyak ruang kosong. Masih gunakan gearbox 4AT yg dah outdated. Patut city car mcm ni kene guna CVT kalo nk lebih save petrol. Ada ECO indicator utk guide customer mcm nak drive lebih jimat petrol. Features pertama kali digunakan pada kereta perodua.

Kelemahan sama dengan viva juga, bonet belakang hanya boleh dibuka dari dalam atau gunakan kunci. Agak sukar kalo kita tgh mengangkat barang. Ruang bonet belakang pun takde la besar mana. Mcm Viva je aku tgk. Cuma ianya lebih ke dalam. Good thing saiz tayar spare sama dengan tayar grand.

Komen Iriz

Saiz yg lagi besar drpd Myvi kalo tgk dr mata kasar. Ya, Iriz sebenarnya pesaing Myvi. Bukan Axia. Kelas yang berbeza. Design interior yg eye catchy, continental look. Paling smart headlamp die sbb ada tulisan Proton. Tapi design depan mmg smart. Design blkang nmpk mcm Exora look alike. Mungkin sebab tail lamp bentuk sama kot. Dgn bantuan, diffuser, menjadikan design blakang nampak sporty. Aku suka sport rim variant premium. Dari kaca mata aku, mmg interior Iriz memikat.

Untuk interior, improvement sangat besar dilakukan oleh Proton. Kalo kereta ni tak letak logo, mesti x sangka proton design. Ergonomic yg sgt selesa, seat semi bucket dan empuk. Design dashboard yg ada jahit2 memberikan feel kereta mahal. Design meter dashboard juga mcm kereta continental dan mahal beserta multi info display yg menarik. Design button aircond pun nampak kemas dan saiz yg sedap dipegang. Radio variant standard simple dan mudah untuk di operasikan. Cuma display kaler merah mcm tak kena. Sakit mata.

Iriz sangat mementingkan safety. Kesemua variant dari Standard smpi ke Premium mempunyai safety features yg sama. Cuma aksesori je berlainan. Malangnya hidden features ni tidak dapat dilihat oleh customer di dalam showroom. Sebab tu proton perlu meletakkan video2 demo atau slideshow di dalam showroom. Proton pun perlu lebih menjelaskan apa itu ANCAP dan Asean NCAP kepada customer. Apa maksdu 5 star rating. Rasanya customer malaysia still dont give a shit bout all this star.

Engine yg digunakan oleh Iriz ialah engine VVT yg sebenarnya base campro yg ditambahkan ciri2 VVT. Not so new technology. Dipartnerkan dengan transmission CVT. Cuma tertanya kenapa tak gunakan engine CFE? Maybe utk R3 version kot.

Ruang penumpang juga agak luas. Ruang utk kaki yg selesa. Fabrik seat berwarna hitam memberikan rasa premium. Malangnya 6 airbag dan keyless entry cuma ada pada variant premium sahaja. Yg lain still 2 airbag dan guna kunci lagi. Featurs menarik Iriz ialah ada 3 port charger phone. 1 kt depan dan 2 di tengah. Kalo x cukup lagi bleh tmbh kt tmpt power supply. Features yg sgt berguna utk GenY yg gadjet freak.

Conclusion

Sebenarnya dari awal, tak fair utk bandingkzn Iriz dan Axia. Tp disebbkan launching timeline yg hampir sama menyebbkan perbandingan  itu tidak dapat dielakkan. Kalo nak lawan harga, memang of coz la Axia menang. Dengan syarat makin ketat dr Bank Negara, customer sure akan cari yg paling murah. RM 33k utk kereta auto memang murah. So far malaysian consumer still dont care all bout ncap rating. Yg diorg cari, kereta yg bleh bergerak dari point A ke B, jimat minyak dan murah. Safety blakang citer. Lgpun Axia nk sgt ideal utk digunakan sbg kereta ulang alik ke tempat kerja especially city driving. Bukan nk cakap Iriz tak ok, ok juga utk mereka yg mencari kereta yg real value for money dan balance. Balance di sini bermaksud ada power, sesuai utk city driving dan highway, safety dan handling by lotus yg sedap. Pasal fuel consumption  tu sebnarnya subjektif. Bergantung kepada driving style kita. Figure yg diberikan oleh manufacturer dlm brochure  sebenrnya test atas chassis dyno. Bukan actual road. So figure tu tak realistic atas actual road. Sila google mcm mana diorg buat emmission dan fuel consumption test kt atas chassis dyno. Itu pn kalo rajin la. Haha. Aku perasan antara punca kereta proton ni kuat makan minyak ialah sbb berat. Cuba compare berat Viva, Myvi, Saga, Iriz dan Mirage,

Akhir kata, kalo nk kete yg murah dan jimat minyak bleh la bli Axia. Tapi kalo nk kete yg value for money dan safety, bleh la bli Iriz. Kereta yg total lost bleh ditukar ganti, nyawa cuma ada satu dan tiada spare part utk tubuh badan kita.

P/s: Ingatkah anda eksiden Preve yg smpi enginenya tercabut? Eksiden itu telah membuktikan yg kereta proton mmg selamat.

10 comments:

  1. Haha ini tak lain tak bukan kat showroom sebelah giant shah alam tu. Tapi banyak kali dah aku baca, salesman proton memang bengap, belum kira aftersales lagi. Warranty pun susah nak claim buat apa. Dulu plan nak beli iriz, aku bukak hati aku utk proton, tapi bila baca komplen kat fb page proton, aku pulak yang sakit hati haha. Sekarang aku plan nak beli used car je insyaallah. Ada cadangan? Bajet 50k. Aku target forte, latio.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg second ambik Honda Jazz 2nd bro.. puas ati..

      Delete
    2. setuju..ntah apa masalah salesman showroom proton kat sebelah giant seksyen 13 tu.berkobar2 nak gi tengok iriz, semua dok sibuk layan Handphone.padahal aku sorang je masa tu..

      Delete
  2. Tak tau la ape masalah proton ni sebenarnya.

    ReplyDelete
  3. dah pakai axia advance for 3 months kot...another 1k before 1st service

    1. FC
    - In town driving - average 14.5 to 15++ km/l
    - highway (kl-melaka) - 17to 18km/l (rasa kalo lagi jauh lagi jimat) on average 110-120km/hr
    - fuel tank rasa mcm cepat habis..maybe sbb kecil..
    -total distance for 1 fuel tank roughly about 450km kot...plus minus laa
    -top speed 130km/hr kot

    2. Speed/acceleration
    - flat - superb driving @ 120km/hr
    - rolling/undulating road - speed drops significantly and enginer kinda sluggish upon incline...need to press more throttle to maintain speed
    - 60-100km/hr - sluggish feeling..slow to reach 100km/hr
    - nak potong kereta kat jalan lama x confident sbb xde pickup.
    - nak keluar laju dr simpang pon sama...theres delay 2s in response when pressing the throttle...so u better make sure the dist of incoming car is suffice.

    3. handling - superb

    4. comfort
    - suspension - superb..less bumpy than myvi.. good for long distance travelling..
    - aircond- suck big time....tak sejuk
    - audio- good
    - door lock..sorry no automatic door lock upon pressing brake or moving..

    Verdict - u might want to consider for lower version..if on tight budget..good car but wish the engine to be slightly better and powerful like ford eco boost 1.0...

    ReplyDelete
  4. Thanx for the info anony. As expected. Fuel economy car, lack of power, sluggish and poor aircond. Sacrify to reduce engine load. Kene hati2 bila nk memotong bila guna jalan kampung. Must gauge timing carefully when overtake. Bout the door lock maybe its relate with safety. To prevent trapped in the car if accident. If not mistaken la. Bout fc 21.0km/l actually is a test on chassis dyno. Not on actual road. Perodua should clarify that. Google word NEDC for more details. 15 to17 is normal average fc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. keselesaan yg paling penting.. minyak beza sikit takpe.. kalau bajet lebih beli lah iris.. jgn compare kan iris dan axia tapi myvi.. iris lg murah bading myvi.

      Delete
  5. Anon 2 April:

    yup. serius, kalo terlalu fikir minyak, sure ada bende lain akan dikorbankan. terpulang kepada masing2. anyway, fuel consumption ni depend pada kaki dan driving style masing2.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum sebenarnya mana lagi paling bagus ada kah axia atau iriz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan ni terlalu umum. Xde yg ultimate bagus. Sila baca komen2 di atas. Secara mudahnya, dari segi berbaloi, Iriz. Tapi kalo nk jimat minyak n murah, Axia la.

      Delete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe