13/10/2014

Sebenarnya aku abes baca SUSPEK dulu sebelum GELAP.  Baru aku perasan. Ok, SUSPEK juga merupakan novel keluaran FIXI. Ak beli novel ni kt website diorg. Pakej 6 pack. Dah lama da beli sebenarnya. Aku mmg minat cerita2 detektif or penyiasatan mcm ni. Mmg kalo ada storyline mcm ni, mmg aku beli.

Ok, mcm yg diceritakan oleh sinopsis di belakang novel, SUSPEK ni menceritakan tentang kes pembunuhan bersiri yg luar biasa. Mcm saikopath. Salah satu anggota badan mangsa akan dipototong dan dikirimkan kepada ahli keluarganya. Tiada motif diketahui dan mangsa semua adalah perempuan dan setiap satunya ada kaitam dengan kecurangan. Kebetulan?

Sampai la satu malam, Anna Redza, heroin secara tak sengaja ternampak satu pembunuhan yg dilakukan oleh saikopath. Peliknya Anna tidak diapa2kan oleh saikopath tersebut. Biasanya dia tidak akan tinggalkan saksi. Bermula drpd insiden ini lah Anna mula berkenalan dengan Ghaz Arman, seorang penyiasat persendirian dan Bernard, seorang pegawai polis. Sbnrnya Ghaz dgn Bernard ni belajar sama2 di akademi polis, tp Ghaz memilih utk tak join polis. Jadi PI.

Anna juga ada satu ability iaitu boleh membaca fikiran orang. Tapi dia kene sentuh dulu oranh tu. Tak se power macam Matt Parker dalam Heroes. Cuma die pelik, kenapa die tak boleh baca fikiran Ghaz Arman. Hanya ada dua orang sahaja yg tau ability Anna, Ghaz dan Daus, kawan sekolej Anna. Daus tau dulu sebelum Ghaz.

Daus ni mempunyai life yg misteri dan pelik. Esp di rumah. Die jugak mcm overprotecting Anna esp drpd Ghaz yg die rasa macam something wrong. Instinct die meraskan yg Ghaz ni tak boleh dipercayai.

Pada mulanya nampak macam cerita kepolisan yg biasa. Tanpa disedari sebenarnya mereka semua telah terlibat di dalam 'permainan' yg dirancang hasil daripada projek konspirasi kerajaan berpuluh tahun dahulu. Dan diorh x sedar pn yg sebenarnya saikopath berada di depan mata diorg. Identiti sebenar saikopath tidak didedahkan smpi la btol2 penghujung novel bila korg rasa macam sume bende dah setel. Endingnya mmg plot twist dan korg takkan sangka siapa dia saikopath tu. Tp mmg bersesuaian dgn tajuk novel ni, semua watak adalah suspek, smpila identiti sebenar saikopath didedahkan.

Drpd endingnya nnt, ada hint mcm novel ni akan ada sequel. Sbb saikopath tu hidup lagi. Haha.

Komen aku, novel ni ok je. Takde la best sgt, takde la bosan sgt. Rasa ingin tahu mungkin akan buatkan  korg baca non stop. Ya, ending die agak plot twist la jugak.

P/s: Dont trust anyone.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers