08/10/2014

Dah lama aku x baca novel. Ada beli. Tapi terbiar. Takde cukup masa nak baca. Bila aku ada hobi baru mmg aku stop baca novel jap. Baca novel ni pn hobi jugak. Bila aku dah bosan dgn hobi lain baru aku switch dgn hobi baca novel.

GELAP keluaram Fixi ialah novel latest yg aku dah habeskan. Jalan cerita dia ringkas. Novel pn x tebal mana. Aku baca dari pukul 2 petang masa hantar servis kete, pukul 9 dah habes. Aku rasa pecah rekod yg sebeluk ni yg dipegang oleh Zombijaya. Tapi Zombijaya tebal sket. Kalau ikut ratio mungkin seri kot. Haha.

Sinopsis novel ni yg mention pasal private party menyebabkan aku memilih utk beli novel ni dulu berbanding lambakan novel Fixi yg keluar akhir2 ini. Nk tgk jugak setakat mana private party tu di describekan. Aku expect akan ada watak perempuan bertudung. Yup, memang ada. Malangnya private party ni tak lah se liar yg disangkakan. Mungkin itk fokus pada main plot. Haha.

Secara ringkas, GELAP ni menceritakan tentang sekumpulan remaja yang terdiri daripada 8 orang ( ke tujuh ea?) Yg mengadakan private party di tempat terpencil di dalam hutan. Acara tahunan yg biasa mereka adakan. Cuma kali ini, mereka tak sedar yg sebenarnya mereka telah masuk ke dalam perangkap pembunuh. Ya, pembunuh itu ada antara mereka.

Bermula dengan pembunuhan yang pertama, sorang demi sorg mati beserta dengan klu yg misteri. Ada seseorang berjaya mentafsirkan klu tersebut yg memberi jawapan siapakah pembunuh antara mereka? Adakah pembunuh berjaya dihalang? Adakah mereka dapat melepaskan diri? Kene baca sendiri la.

Komen aku, cerita ni ialah cerita thriller yg tipikal macam dalam filem hollywood mahu pn malaywood.  Sorang demi sorang mati. Bila jadi pape, mesti nak berpecah. Ntah pape. Kan lagi selamat kalo stick together. Bersatu teguh bercerai roboh. Mana2 cerita thriller pun, sbnrnya peratusan diorang utk survive lagi tinggi kalau stick together unless zombie apocalypse. Then as usual, mesti ada elemen hari hujan dan diorang terperangkap drpd berhubung dgn dunia luar. Endingnya bila da tau sape pembunuh, baru diorg tau motif sebenar. Ya, pembunuh dah plan. Orang yg plan ni mesti ada motif. As usual, motifnya ialah balas dendam.

Sbnrnya kalo korg dah biasa tgk or baca cerita thriller ni, agak mudah utk teka siapa pembunuhnya. Overall GELAP ni aku bg average sbb bleh predict n tak beberapa plot twist. Cuma cara ianya ditulis membuatkan korg susah nk stop baca. Nak tau apa endingya. Hoho.

P/s: kalo rasa tak selamat, jangan jadik hero. Just stick together. Nape la sume citer thriller kene separate dan mati sorang2 kan?

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe