11/11/2014

Menara Kuala Lumpur, sudah lama aku tak menjejakkan kaki di sini. Bukan, sebenarnya ini kali kedua aku menjejakkan kaki di sini bersama ex wife aku masa kami bercinta dulu. Itu pun sekadar melihat permandangan dari aras 384 meter di ruang udara Metropolitan Kuala Lumpur.

Jam menunjukkan pukul 3 petang. Cuaca agak baik, tak panas, tak sejuk. Kelihatan awan hitam mula terkumpul di sebelah barat, di atas ruang udara Gombak atau Batu Caves. Walaupun dah 5 tahun aku tidak menjejakkan kaki di Malaysia, tapi aku yakin dengan taakulan aku.

Sebaik sahaja melangkah keluar dari lif, aku menuju ke toilet dahulu. Touch up dulu apa yang patut. Rasa berdebar juga untuk bertemu seseorang yang dah 5 tahun tak berjumpa. Aku hanya sempat mengenakan pakaian serba ringkas. Kemeja biru labgit yang aku sengaja tak tuck in yang dipadankan dengan jeans Levi's straight cut bewarna biru gelap. Dengan bentuk badan seperti atlit yang bersix pack, sebenarnya pakai baju apa pun ok.

Sementara menunggu rakan lama aku datang, aku menikmati permandangan dari restoran berputar ini dengan rasa sedikit jakun. Aku akui, banyak perubahan lanskap metropolitan dalam masa 5 tahun ini. Semakin banyak banggunan pencakar langit didirikan. Sistem LRT dan MRT baru. Kereta Proton dan Perodua yang aku tak pernah tengok dalam masa 5 tahun ini pantas meluncuri di jalan raya.

"Hai, sorang je ke?"

Suara seorang perempuan memecahkan lamunanku. Di hadapan ku berdiri seorang perempuan berbaju kemeja merah jambu serta memakai skirt labuh berwarna hitam. Kepalanya pula mengenakan tudung ringkas tapi labuh bewarna biru gelap. Dia tersenyum girang memandangku.

"Eh, Zara. Betul ke ni Zara. Macam tak percaya je. Haha" aku bangun dan mempersilakan Zara duduk.

Kemudian kami memesan makanan. Aku hanya order nasi goreng kampung dan nescafe panas. Dah lama rasanya tak makan nasik goreng kampung ni. Manakala Zara hanya order cheese cake dan oren jus.

"Eh, takkan cake dengan oren jus je. Makan la banyak sket. Dont worry, it's on me." Kataku selepas waiter berlalu.

"Takde la, aku dah makam tadi. Lagipun tengah diet ni" Zara membalas sambil membetulkan kedudukan kerusinya.

Suasana sepi seketika. Masing-masing terdiam. Tak tahu macam mana nak mulakan perbualan. Awkward moment.

"Ape cer wei, ke mana ko menghilangkan diri. FB pn dah deactivate. Whatsapp pun tak reply" Zara bersuara menamatkan awkward moment.

"Aku ada je, masih wujud atas planet ni. Don't worry. Haha" balasku selamba.

"Risau la kan. Mana tau ko bunuh diri ke ape kan. Lepas Sal meninggal ko terus menghilangkan diri. Aku tanya member-member kau diorg pun tak tahu ke mana kau menghilangkan diri" balas Zara.

"Serius ko risau aku pergi mana? Ah, so sweet babe" aku membuat muka sedikit sikit sarkastik.

"Yela, ko kan kawan aku. Kawan Sal kawan aku jugak" senyum Zara sambil matanya meliar ke luar. Malu kot. Aku detect ada sikit blushing di wajahnya yang putih gebu yang chinese look tu.

"Macam mana aku nak ada FB  dan Whatsapp. Tengok, ni je handphone yang aku mampu. Simkad ni pun baru beli semalam kat airport." Aku menunjukkan handphone Nokia 105 yang sangat basic macam 3310 dulu.

"Ah, x caya aku. Ni phone bini no bape ni? Mamat geek macam ko takkan la nak pakai phone chokia camni" balas Zara.

"Aku geek? Kamon, aku hackers okay. Haha. Xdela, aku ada je phone lain. Tertinggal kt hotel. Malas nak amik tadi." balasku pendek.

"Aku ada je FB n whatsapp semua. Tapi aku kene rahsia kan semua aktiviti dan lokasi aku. Ko pun tahu kan, secret agent macam aku ni musuh ramai. Haha" sambungku lagi.

"Ah sodalah. Tak habes-habes dengan secret agent ko tu. Haha" Zara tergelak kecil. Dia memang tau dari dulu aku slalu bajet macam secret agent. Biasa la, peminat 007.

Perbualan kami terhenti seketika apabila pelayan menghantar makanan yang dipesan. Pantas. Good service.

"Memang dari zaman universiti ni jela kan yang ko asyik order. Nasik goreng kampung, nescafe panas" ujar Zara sebelum menyuap secebis cheese cake ke dalam mulutnya. Aku perasan dia memakai gincu bewarna merah. Nipis je. Kalau tengok betul-betul baru perasan.

Zara ni sebenarnya kawan baik Sal kat universiti dulu. Actually aku kenal Zara lagi lama berbanding aku kenal Zara. Sebelum tu aku couple dgn orang lain. Ex aku grad awal. So dia clash dengan aku, couple dengan offiamate die. Frust gile aku masa tu. Mana taknya, 4 tahun kitorang couple. Sejak minggu orientasi lagi, elok je dia grad, tinggal kan aku. Mengikut cerita member ex aku, asalnya dia denga  mamat tu setakat sakat menyakat je. Then sangkut. Biasa la, hari-hari cuit mana boleh tahan. Ah lantak la, cerita lama. Watpe nak ungkit lagi. Anggap jela takde jodoh.

Tapi orang cakap, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Memang bodoh la orang bunuh diri sebab putus cinta. Awek lari apa susah, kita cari lain. Haha. Dalam 4 bulan kemudian nak dijadikan cerita, aku lepak kat kompleks ICT layan internet. Kat situ je ada wireless free. Masa tu broadband tak wujud lagi. Lama jugak aku lepak, dari lepas Isyak sampai kul 12. Itu pun dah janji nak tengok bola dengan member. Kalau tak sampai subuh pun boleh.

Baru aku nak start motor, ada awek tegur aku. Dia sorang. Aku pandang atas bawah. Nak make sure betul-betul manusia macam aku. Agak-agak takde kaki, aku wheelie terus motor ni. Ok, confirm manusia. Rupanya kereta dia tak boleh start. Aku takde la tau sangat pasal kereta ni. Tapi stakat masalah basic macam ni senang je. Mesti batteri kong.

Kami pun berjalan ke kancil awek tu. Nasib baik parking tak jauh dan betul-betul bawah lampu jalan. Aku pegang headlamp. Panas. Ni mesti kes lupa tutup headlamp. Katanya mungkin. Sebab dia pun tak perasan. Lepas tu aku terfikir, macam mana nak jump kereta ni. Dah la takda orang lain. Kalau ada pun belum tentu diorang ada jumper cable. Nak call membe malas pulak. Lagipun game dah start ni.

Tiba-tiba aku teringat satu idea. Aku pernah tolong jiran aku hidupkan kereta kat rumah. Kes yang sama jugak. Takde jumper cable dan kereta lain. Aku suruh awek tu naik dan aku tolak. Nasib baik dia parking kt kawasan yg macam menurun sikit. Masa kereta tu jalan, masuk gear 1 terus. Mula-mula dia macam takut jugak. Then aku explain, tu je option yang ada. Takkan nak suruh dia tolak. Badan kecik-kecik comei je. Tak pasal-pasal nanti berderap tulang.

Akhirnya dia bersetuju. Aku pun bagitau apa dia kene buat lepas aku tolak kereta. Yup, plan aku berhasil. Kereta di berjaya dihidupkan. Aku cakap kat dia, make sure pasni engine jangan mati. Parking kt hostel dulu. Esok baru fikir nak setel macam mana. Dia menghulurkan note RM10. Kalo ikutkan poket yang sengkek ni, memang nak sambar je. Tapi hero mana boleh nampak sengkek kan? Jatuh la standard.

Sebelum aku bergerak ke motor dia tanya nama aku and mintak nombor phone dan tanya nama aku. Nak belanja makan nanti. Aku ok jek. Nama dia Sal. Empat hari kemudian, baru aku tahu dia roommate Zara. Aiseh, kecik betul dunia ni. Itulah permulaan perkenalan kami.

"Tak nak cerita ke mana ko menghilang dalam masa 5 tahun ni? Aku ingat dah travel ke planet marikh. Totally lost connection" Zara memulakan bicara.

"Ok, cuba kau bagitau aku, kenapa aku kene bagitau kau?" tanyaku.

"Sebab aku nak tau"

"Kenapa kau nak tau?"

"Yela, bertahun lost contact, tiba-tiba ko emel aku. Ajak jumpa. Terkejut la aku. Mula-mula aku ingat SPAM. Ko tau la, skang ni banyak scammers yang target ibu tunggal yang gojes macam aku ni" Zara membalas dengan nada sedkkit poyo.

"Eh, laki ko mana?" Aku sedikit terkejut.

"Ko tak tau ea? Secret agent ape ni? Dia meninggal 2 tahun lepas. Eksiden motor. Langgar lari" Zara bersuara sedikit mendatar.

"Mana aku nak tau. Kat planet Marikh mana ada FB and Whatsapp. Inalillah...." aku cuba bersarkastik sikit.

"Abes ko ingat aku nak ke datang jumpa ko ni kalo laki aku ada? Aku nk isteri yang baik lagi mithali" sekali Zara bernada poyo.

"Baik dan mithali konon. Cit podah" kami tergelak bersama.

"Kalo ko nak tau ke mana aku menghilang, panjang ceritanya. Sampai kedai ni tutup pun belum tentu lagi habes" aku menyambung.

"Ok, short version please" balas Zara pendek.

"Short version ea? Hmmmm cmne nk start ea?" Aku mengurut dagu. Bukannya tak tau nak start. Tapi fikir macam mana nak susun cerita.

"Ke mana ko menghilang sebenarnya?" Zara terus shoot.

"German" aku merenung ke mata Zara.

"Serius?" Zara mengerutkan dahi. Seolah-seolah tak percaya dengan jawapan aku.

"Ok, macam ni. Lepas Sal meninggal, aku kesorangan. Kalo ada anak tu, ada jugak peneman. Memang aku betul-betul moral down masa tu. Nak kerja pun dah malas. Rasa macam nak resign. Tapi banyak hutang pulak. Entah dari mana ntah, tiba-tiba aku rasa inilah masanya untuk aku berhijrah ke luar negara. Dah single ni senang sikit nak bergerak. Lagipun ko tau la, kos hidup kt Malaysia ni naik kaw-kaw. Makin menjerut leher. Why not kita cari tempat baru yg lagi selesa kan? Bumi Allah ni luas. Rugi kita tak explore" cerita panjang lebar.

"Mesti ko pelik kan macam mana aku boleh tercampak ke German? Dulu aku ada kenal sorang vendor ni. Dia orang German. Aku agak rapat la jugak dengan dia. Dia pun rajin bercerita pasal family dia. Life dia kat sana. Banyak kali dia ajak aku datang rumah dia. Kalo German tu dekat macam KL dengan Seremban dah lama aku datang. Haha." Sambungku lagi.

Zara mendengar dengan teliti ibarat dengan cerita bed time story.

"Aku pun contact dia. Cerita apa yang berlaku. Lepas dia tau Sal da meninggal, memang beria dia ajak aku. Mula-mula aku malas la sebab nak pergi sana paling kurang pn kene seminggu. Cuti aku plak dah abes. Takkan nak unpaid. Rugi la. Tapi dia, oh lupa, nama dia Klaus. Klaus ni berdegil jugak suruh aku datang. Dia kata sanggup bayar berapa gaji aku yang kene potong sepanjang aku unpaid. Then aku pun agreee la pergi rumah dia" aku pause cerita jap. Teguk air.


"German belah mana?" Zara bertanya sementara aku meneguk air.
"Darmstadt. Tau kat mana? Kat area Frankfurt. Nak tau detail, tanya pakcik google" ayat standard aku bila orang blur. Skang ni senang, papehal tanya je pakcik google.

"Ok, teruskan" Zara berminat untuk tahu.

"Klaus ni sebenarnya family takde la kaya. Biasa-biasa. Lagipun negara maju ni memang rakyat dia hidup selesa. Asalkan ada kerja memang hidup selesa. Mula-mula aku plan nak lepak seminggu je. Lepas tu dia offer aku kerja kt company kawan dia. Jadi kerani je. Dia kata kat Malaysia dah takde ape dan cost of living pun mahal. Aku pn memang dah lama nak hidup kat europe. So aku pun accept offer tu. Sambil tu dia ajar aku buat apps dan berniaga ebay. Macam tu la aku teruskan survival aku kat sana" aku mengkonklusikan short version cerita aku.

"Dalam masa 5 tahun ni tu je keje ko?" tanya Zara.

"Yup, ok la. Takde la mewah mana, tapi nak hidup tu boleh la. In fact lagi selesa kot daripada engineer yang duduk Malaysia. Lagipun side income buat apps iphone and android tu pun banyak" aku menjawab

"So ko balik Malaysia ni ada hal ape?" Zara menyoal.

"Saje balik. Rindu nak tengok negara sendiri. Tanah tumpahnya Darahku la katakan. Haha. Betul la kata orang tua, hujan emas orang di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, tapi memang negeri sendiri jugak yang best. Walaupun German tu better than Malaysia, tapi Malaysia tetap di hati" aku melihat menara KLCC di luar. Mercu tanda Kuala Lumpur. Dah 5 tahun aku melihat depan mata.

"Kau ada kat Malaysia ni sampai bila? Ke balik terus ni? soalan seterusnya dari Zara.

"Mungkin dalam seminggu kot. Tak lama. Nak kontek member pun nombor tak ingat" aku terus menjawab. Dah rasa macam sesi soal jawab pulak.

Selepas itu perbualan kami berkisar kepada apa jadi pada kawan-kawan universiti kami, tentang senario politik terkini di Malaysia, kehidupan Zara sebagai ibu tunggal, pengalaman hidup aku di German dan beberapa topik lain termasuk bolasepak. Ya, Zara minat pasal bola jugak. Sedar tak sedar jam dah menunjukkan pukul 5.45 petang. Nak dekat 3 jam kami berbual. Tak sedar. Dari atas menara aku lihat jalan raya mula dilimpahi dengan kenderaan orang balik kerja. Sudah masanya untuk tamatkan sesi perbualan ini. Gumpalan awan hitam sudah mula berkerumun di ruang udara metropolitan Kuala Lumpur.

"Kau tak nak kahwin lagi ke? Tak bosan 5 tahun menduda ni?" akhirnya keluar juga soalan ni dari mulut Zara.

"Kahwin? Entah la. Setakat ni takde dalam perancangan lagi. Buat apa kahwin kalau kita bahagia hidup single kan? Lagipun aku tak rasa takdir aku ni di design untuk kahwin. Bukan aku yang pilih hidup single ni, hidup single ni yang pilih aku" aku menggaru kepala yang tak gatal/

"Kenapa kau cakap macam tu pulak?"soal Zara lagi.

"Well, ko kan tau, 5 tahun kahwen takde anak tu pn dah satu seksaan. Seksaan mental. Lepas kitorang berusaha 3 tahun berubat akhirnya lekat jugak. 25 tahun menunggu nak jadi suami, 30 tahun menunggu nak jadi ayah, elok lagi 3 bulan aku nak jadi bapak, Sal pulak meninggal eksiden. Bertambah lagi seksaan mental aku. Dari situ aku nampak memang aku ni ditakdirkan untuk hidup sorang. Bukan berfamily...." aku membalas dengan tenang.

"Nak salahkan takdir la ni?' balas Zara.

"Nope, aku tak pernah salahkan takdir. Aku just follow je apa yang dah ditetapkan untuk aku. Sebab tulah aku cool je macam ni. Siapalah aku untuk mempersoalkan takdir Allah kan?" balasku semula. Percayalah, hidup ini akan lebih tenang jika kita terima takdir dengan hati yang rerdha.

"Ceh, cakap aku, ko tu bila plak? Takkan la Miss J meletop macam ni takde orang nak... gred ni level Dato' boleh dapat" aku pulak soal Zara.

"Choyyy ko ingat macma gred jersi kat uptown ke. Haha. Takde la, setakat ni takde calon yang sesuai. Ramai je yang approach. Tapi mostly laki orang. Tak kuasa aku nak bermadu ni. Yang muda dari aku pun ade. Tapi malas la muda-muda ni tak matang. Worse case, panas baran" Zara membalas sambil merenung aku. Aku mengangguk tanda mcm setuju.

Macam tula realiti hidup janda kt Malaysia ni. Selalu kene kacau dengan laki orang. Itu pun rasanya majoriti nak buat sedap je kot. Mentang-mentang la janda ni single. Bukan semua janda yang berfikiran 'single is time to mingle'. Tapi apa boleh buat, bila jadi janda ni appearance diorang up sikit. Sampai menarik perhatian lelaki hidung belang, buaya darat, alim kucing dan seangkatan dengan dia. Zara ni pun aku tgk dressing semacam. Dulu lepas kahwen takde pulak macam ni. Tak tau la ni memang imej baru dia or semata-mata nak impress aku. Ah, perasan la plak. Choy!

"So dah bape lama ko kt Malaysia ni? Sampai bila?" Zara memecahkan lamunanku.

"Owh, aku baru tiba Ahad aritu. Sampai bila kat sini aku pun tak decide lagi. Agak-agak kalo dah puas jalan aku blah la kot. Saje mengimbau kenangan dan nostalgia. Tapi paling lama pun seminggu kot" jawabku.

"Oooo. Ingatkan balik terus. Ala, kalo balik jela sini terus. Kan senang" Zara melihat dan menekan-nekan Iphone6 plus nya.

"Entah la. Rasa nak balik terus memang ada. Tapi aku nak keje apa kat sini. Lagipun kos hidup kt Malaysia ni mahal la. Takut aku" aku memberi jawapan yang safe.

Yela, sapa yang tak suka negara sendiri. Benci-benci, kutuk-kutuk pun sayang jugak. 

"Ala kata buat online bisnes. Mana-mana pun boleh kan?" Zara membalas.

"Eh, nanti sebelum ko balik jom la kita tengok wayang skali. Teman aku tengok Star Wars Episode 8. Ko minat Star Wars kan?" Tambah Zara lagi.

"Memang aku minat pun. Tapi tak tau pulak ko minat"

"Eh, aku minat la. Ko je yang tak tau. Aku da tengok semua dari Episode 1 sampai Episode 7"

"Jap, tapi aku ingat lagi ko takkan date laki yang tak cukup cm macam aku ni kan? Terasa aku tau. Rasa macam luka lama berdarah kembali jek" aku berseloroh.

"Ala, tu dulu. Aku main-main je. Haha. Masa tu aku dah ada bf. Ko yang lambat. Lagipun kan kita dah buat perjanjian masa tu. Ko ingat tak kalo ko ada 6 pack aku kene date dengan ko. So as per agreement, aku kene date dengan ko. Hehe"
Kata Zara.

Aku berfikir sejenak. Aah. Betul la. Memang aku ada cakap macam tu. Macam mana dia ingat lagi?

"Ala ko ni, aku tak serius pun. Aku saje je nak motivate diri aku masa tu. Aku tau ko memang tak nak date dengan aku punya. Siapa lah aku masa tu. Hanya melukut di tepi gantang" aku berseloroh lagi.

Masa tu badan aku agak chubby. So aku perlukan motivasi. Memang masa tu aku ada crush kt Zara. Tapi aku sedar siapa aku. Dia hanya friendzoned kan aku saja. Dari awal lagi aku tau memang date ni imposssibru.

"So cmne, Sabtu ni ok?" Zara assume macam aku dah agree.

"Errrr. Aku tak cakap pun aku agree. Haha. Ok la cmni aa, tengok dulu macam mana. Aku x janji, tapi it's a good idea. Lagipun dah lama aku tak tengok wayang" aku menjawab.

Zara tersenyum. Aku pun tersenyum.

Kemudian, aku ingin ke stesen lrt Masjid Jamek. Nak ke KLCC. Dah lama tak pergi sana. Aku prefer jalan kaki. Bukan jauh mana pun. Lagipun sambil-sambil tu boleh mengambil gambar. Rasa macam tourist pulak. Tapi Zara berkeras nak hantar aku sampai KLCC. Aku accept jela offer dia. 

                          ------------------------------------------------------------------------

Sekitar jam 12 malam, aku berdiri di atas jejantas berhampiran stesen LRT PWTC. Keadaam jalan yang lengang. Penghuni metropolitan mungkin sudah lena dibuai mimpi. Mimpi indah sebelum kembali ke realiti untuk mencari sesuap nasi esok. Begitu juga aku. Kerana sesuap nasi lah aku masih berjaga tatkala kalendar bertukar angka.

Jari jemariku pantas skroll Iphone6 bewarna silver. Aku bermain game 2048 sementara menunggu arahan daripada 'Zeus' atau nama lainnya Klaus. Sepatutnya aku sudah mendapat arahan daripada Zeus bila-bila masa sekarang.
Aku melihat jam tanganku. Baru sekitar 4 petang di Frankfurt. Mungkin Zeus sedang minum kopi arabica kegemarannya dan duduk di hadapan Macbook nya?

"Blip blip" Emel masuk.

"Ok, payment received. Mission go! Good luck. Leave no evidence"

Arahan simple terkandung dalam emel tersebut dan beberapa attachment. Maklumat yang akan memudahkan 'mission' ku. Setelah aku 'save' semua info tersebut, emel tersebut di delete. Standard procedure atau SOP. No evidence.

Aku mengeluarkan handphone Nokia 105 yang aku gunakan untuk berhubung dengan Zara. Terdapat beberapa message dan 1 miss call. Aih, macam desperate la pulak. Message macam biasa, buat apa, kat mana, last skali good night serta emoticon flying kiss. Hmmmm. Satu pun aku tak balas.

Sebenarnya aku telah melanggar SOP 'kerja' ku. Sebenarnya kami tidak dibenarkan berhubung dengan sesiapa lebih-lebih lagi dengan orang dikenali. Takut-takut akan menjadi 'lead' siasatan. Kami perlu berhati-hati supaya tidak meninggalkan sebarang bukti. No trace, no evidence.

Tapi entah kenapa, aku terdetik untuk berjumpa Zara. Dia seorang sahaja. Mungkin rasa cinta aku pada dia 15 tahun lepas masih ada? Entah la, aku harap rahsia ini tidak diketahui oleh Zeus. Yang pastinya aku happy dapat jumpa Zara walaupun sekejap. Satu lagi, aku memang dah tau suami dia meninggal. Sebab tu aku berani ajak dia jumpa.

Sorry Zara, sebenarnya aku pun berharap untuk balik ke Malaysia dan mulakan hidup baru dengan kau, tapi requirement 'karier' aku ni ialah 'A man with nothing to lose. No connection. Takut connection ni la akan menjadi weak point kami. Kerja kami ni bermain dengan nyawa. Biar lah nyawa kami sahaja yang dipertaruhkan.

Handphone Nokia 105 itu aku matikan. Cover belakang dibuka. Batteri dikeluarkan. Begitu juga dengan simkad. Aku menarik nafas seketika. Mataku pejam dalam 5 saat. Kemudian aku mencampakkan Nokia 105 yang aku beli 4 hari lepas ke dalam Sungai Klang. Simkad Celcom masih berada di tangan. Aku merenungnya seketika. Kemudian aku menjentikkannya melayang jauh sebelum jatuh ke dalam Sungai Klang.

Aku ada 'mission' untuk diselesaikan. Kemudian aku perlu melenyapkan diri seperti biasa. Aku akan menaiki penerbangan ke Bangkok pukul 8 pagi esok sebelum menyambung perjalan ke Frakfurt. Menanti 'mission' seterusnya sambil terus menjual barang-barang elektronik di e-bay.

P/s: Lame betol nak abes kan satu cerpen. Cmne la nak tulis novel. Haha

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers