26/11/2014

Jam menunjukkan pukul 7.45 pagi. Langit masih kelabu. Sang Suria masih belum menunjukkan dirinya. Cuma auranya kelihatan samar-samar di sebalik awan. Embun pagi masih menitik di hujung daun. Udara dingin yang menyamankan. Barangkali majoriti penghuni kota masih lena dibuai mimpi. Tidur lewat kerana santai di malam minggu.

Kalau tidak kerana laporan perubatan ku 2 bulan lepas, aku mungkin sama seperti mereka. Lena di bawah selimut, di atas tilam. Aku sama seperti tipikal rakyat Malaysia yang lain, tak peduli pun pasal medical check up. Kalau tak kerana arahan daripada syarikat, memang aku takkan buat.

Aku baru berumur 25 tahun, aku yakin aku masih sihat. Lain la kalau dah masuk 3 series. Mungkin masa tu baru aku mula risau kot. Tinggi 159cm, berat 57kg, BMI 22.9. Kategori ideal weight untuk perempuan. Aku yakin aku 100% sihat. Sampailah bila doktor memeberikan komen terhadap laporan kesihatan aku.

"Syakila, secara keseluruhan, awak takde apa-apa masalah. Kesihatan awak tip top. Paru-paru pun cantik. Cuma satu je bende yang kene concern. Paras kolestrol awak agak tinggi. Awak kena rajin bersenam sikit"

Sejak hari tu baru aku tau, ingatkan orang yang gemuk je ada masalah kolestrol. Rupanya yang badan keping pun ada masalah juga. Itupun lepas aku google.

Ya, aku memang jenis malas bersukan pun. Sejak dari sekolah lagi tak minat. Kat pejabat pun, aku sanggup tunggu lif 5 minit daripada nak naik tangga walaupun hanya ke tingkat 2. Balik kerja, aku beli jajan, layan drama korea kat bilik rumah sewa.

Aku sebenarnya jenis kuat makan. Tapi tak tau la kenapa badan aku maintain. Metabolisme tinggi kot. Genetik pun mungkin juga. Family aku semua badan kurus-kurus. Cuma abang aku je yang dah mula boroi selepas kahwin.

Dulu masa sekolah, bila ada pertandingan merentas desa, aku mesti bagi alasan asma. Padahal takde pun. Hari sukan? Aku lagi rela jadi sukarelawan. Boleh duduk bawah khemah, dapat makan minum percuma. Tak kuasa aku nak berjemur tengah panas.

Tak pernah aku sangka seumur hidup aku, aku akan jadikan joging ni sebagai rutin hidup aku setiap pagi sabtu. Tasik Titiwangsa ni bukan kecil. Satu pusingan pun dah nak dekat 1.6 km. Itu pun yang belah-belah taman permainan kanak-kanak aku tak lari. Setakat kawasan roller skate dan equestrian je la. Nak lari satu pusingan penuh memang tak larat.

"Farah, jom esok pagi teman aku joging kat tasik titwangsa" aku mengajak housemate aku teman.

"Eh syak, ko biar betul. Buang tebiat ape. Bukan ko cakap ko benci bersukan ke? Lagipun badan ko dah ok. Tak payah la nak joging bagai" balas Farah.

"Tula pasal. Haritu medical check up aku cakap kolestrol aku tinggi. Doktor suruh bersenam sikit. Ala, jom la. Segan aku joging sorang-sorang. Aku pun tak ingat bila last time aku joging. Nanti kalau aku
pancit takde la malu sorang-sorang" aku pujuk Farah.

"Ceh. Ko ingat aku power sangat ke? Ok, tapi nanti lepas joging ko belanja breakfast ok?" ujar Farah.

"Ok, set. Takde hal la. Macam ni la house mate. Sayang Farah ketat-ketat. haha" akhirnya aku berjaya pujuk Farah.

Begitulah ceritanya 2 bulan lepas. Pagi tu kami berdua cipta sejarah. Tak pernah-pernah jejak kaki kat Tasik ni sebelum pukul 5 petang. sebelum-sebelum ni, kami selau datang lepak lepas asar. Saje jalan-jalan cuci mata sekeliling tasik. Sambil-sambil makan keropok lekor dan minum air kelapa di gerai-gerai sekitar tasik.

Pagi tu, kami agak awkward. Tak tahu nak start macam mana. Tapi mengikut ajaran masa PJK dulu, sebelum membuat apa-apa aktiviti, better warm up dulu. Nak buat movement apa pun tak ingat. Ada la satu dua teringat masa sekolah dulu. Rasanya macam banyak main hentam je. Apa aku buat, Farah ikut. Sekali sekala kami berdua tergelak bila tengok masing-masing terkial-kial nak stretch tangan kaki.

Agak-agak dah setel warm up, kami pun mula joging slow-slow. Farah kata, untuk permulaan ni, kita joging satu round, jalan satu round. Aku ok je. Sebenarnya not bad jugak joging pagi-pagi kat tasik ni. Udara segar, suhu sejuk lagi, matahari pun suam-suam kuku. Kaya dengan Vitamin D kata cikgu PJK dulu. Orang pun tak ramai. Takde la rasa serabut sangat.

Pagi tu agak lengang. Awal lagi kot. Baru pukul 720pagi. Ada yang berlari, ada yang

berjoging, ada yang berjalan sama ada solo, berdua, dan berkumpulan. Tapi yang berkumpulan ni berjalan je. Jalan sambil borak-borak. Tak semua yang datang tasik pagi-pagi ni power joging. Ada jugak yang beginner macam kitorang. Baru aku tau, yang banyak aktiviti sebenarnya kat tasik titwangsa ni macam tarian poco-poco, senam robik, taichi. Aktiviti sukarelawan pun ada. Budak-budak sekolah pun ada. Macam-macam ada la. Tak tahu pulak aku sebelum ni.

Setelah berpenat lelah, akhirnya kami berjaya melengkapkan satu pusingan. Plan asal nak joging, tapi tak larat. Joging sikit, jalan. Joging sikit jalan. Last-last lepas separuh pusingan, kat area roller skate tu, kami jalan je. Itupun kira boleh tahan jugak lencun baju kitorang. Sambil jalan kami bergosip pasal rakan sekerja kami. Biasalah perempuan.

Sedar tak sedar, kami sampai ke tempat asal kami warm up tadi. Maknanya dah genap satu pusingan. Memang betul la keputusan aku ajak Farah joging sekali. At least bila tak larat ni ada la kawan untuk
menyembang. Kalau tak aku jalan sorang-sorang je.

Sedang kami rancak menyembang, tiba-tiba seseorang terlanggar bahu aku dari belakang.

"Err sorry" dia mengangkat tangan dan terus berlari. Agak laju jugak. Sebab tu tak sempat nak brek kot. Lagipun salah kitorang jugak. Jalan kat tengah-tengah trek. Sebelum ni pun ada beberapa orang nyaris nak langgar kitorang.

Dari jauh aku lihat lelaki yang langgar aku tadi sudah mula berjalan. Badannya agak besar. Boleh dikatakan berisi. Kelihatan 'spare tyre' dia begegar ketika berlari. Tinggi sikit dari aku. Pakai baju Manchester United warna merah, track suit hitam dan kasut hitam. Aku kenal tu baju Manchester United sebab aku belikan untuk adik lelaki aku masa balik kampung bulan lepas. Tak lama lepas tu, dia berlari balik. Tapi tak tak jauh la. Lepas tu jalan balik.

Ketika kami tinggal lagi suku pusingan kedua, lelaki tadi memintas kami sekali lagi. Kali ni baru aku nampak telinganya disumbat earphone dan tangannya memegang handphone. Ape la, joging pun nak bawak handphone ke? Beli la MP3 player. Bukan mahal mana pun sekarang. Sama macam tadi, mula-mula dia lari pecut, dalam 100 meter lepas tu dia jog. Tak lama lepas tu dia jalan pulak. Mengah tak payah cakap la.

Berombak dada seperti ombak di laut china selatan menjelang musim tengkujuh. Bila dah complete tawaf 2 pusingan, kitorang pun pegi sarapan. Seperti yang dijanjikan, aku belanja Farah.

Farah cuma rajin teman aku sampai minggu kedua je. Lepas tu dia malas. Lebih-lebih lagi lepas dapat boyfriend baru, katanya nak save tenaga untuk dating. Lepas subuh dia qada balik tidur. Bila aku balik dia dah bersiap-siap nak keluar. Orang tengah bahagia, lantak le.

Lepas tu aku joging solo sampai la hari ni. kalau sabtu pagi aku tak kene pergi ofis atau balik kampung, mesti aku akan jejak kaki kat sini. Aku mula rasa seronok jogging pagi-pagi ni. Dulu nak joging satu pusingan non-stop pun perit. Lepas dah lebih sebulan ni, at least dua pusingan aku boleh complete non-stop. Kalau aku larat aku sambung lagi. Tapi selalunya tak la. Lepas tu aku jalan je dua pusingan lagi.

Dalam masa 2 bulan ni, lelaki yang terlanggar aku dulu pun tak pernah miss. Setiap kali aku turun pagi sabtu, mesti dia ada. Selalunya dia dah mula lari. Agaknya pukul berapa la dia mula lari. Sesudah Subuh kot. Bila aku dah joging 2 pusingan dia still joging lagi. Dalam masa 2 bulan ni aku secara tak sengaja terpantau progress dia. Sekarang ni dia dah lain. Tayar spare dah sudah tidak kelihatan. Muka pun dah tak
bulat. Badan pun dah macam atlit.

Sepanjang dua bulan ni, kami pernah la beberapa kali bertentang mata. Tak pernah bertegur sapa pun. Paling mesra pun setakat senyum-senyum. Aku rasa mungkin dia dah perasan kewujudan aku. Sama macam aku perasan kewujudan dia. Sebenarnya inilah penyebab sebenarnya kenapa aku masih meneruskan aktiviti berjoging ni. Ok, nak jaga paras kolestrol tu memang main objective, tapi entah kenapa aku rasa aku nak tengok progress mamat tu struggle gila-gila. Aku rasa dia pun macam aku. Mesti ada sebab lain. Semacam je.

Pernah sekali tu, aku datang lambat sket. Time tu dia dah stat jalan untuk cool down kot. Aku perasan dia pegang sebentuk cincin. Lepas tu dia duduk kat bangku sambil tenung cincin tu. Sambil-sambil tu dia
sarung cincin tu. Lepas tu dia bukak balik. Tiba-tiba aku rasa macam stalker. Haha.

Hari ni macam biasa. Lepas aku complete kan dua pusingan aku mula berjalan. Aku pun skang dah mula sumbatkan earphone masa joging. Apps Nike+ pun aku dah install dalam phone. Baru aku faham kenapa orang sanggup pegang phone masa joging. Dengan adanya rekod larian, lagi membuatkan aku rasa not bad. Mata aku melilau mencari kelibat mamat tu. Takde la pulak. Tadi ada.

"Berapa round hari ni?" seseorang menegurku dari tepi. Aku terkejut seketika.

Mamat tu berjalan sebelah aku. La rupanya dari tadi dia berjalan belakang aku.

"Errr.. dua round je. Macam biasa" aku tersipu-sipu. Masih terkejut.

"Awak berapa round?" soalku pula. Earphone aku tanggalkan. Perbualan ni nampak akan lama.

"Hari ni larat 8 round je. Selalu 10. Lutut sakit sikit" balasnya. Dia pun mula menanggalkan earphone.

"Saya Harun. Nak panggil Ron boleh. Nak panggil Har pun boleh. Kalau panggil Aaron lagi afdal" Ron bersakastik sket.

Spontan aku tergelak. Dalam hati, cit podah. Nak Aaron jugak.

"Saya Syakila. Panggil Kila boleh, Syak pun boleh" balas aku.

"Siapa syakilaaa, mana syakilaaa, aku pun tak tahuuu..." Ron menyanyikan lagu yang dah biasa aku kene sejak sekolah rendah lagi. Haha.

Perbulalan kami terus berjalan seiring dengan perjalanan kami hamppir satu pusingan. Walaupun baru hari ni kami bertegur sapa, tapi rasa macam dah kenal lama. Ok, kalau nak dikira memang dah 2 bulan kami 'kenal' sejak aku 1st time turun dulu. Mula dari pengenalan diri, sampai la kepada aktiviti joging dan kesihatan.

"Kat sini lah awak langgar saya 2 bulan lepas. Ingat lagi tak?" kataku sebaik saja sampai ke tempat 'insiden'.

"Sori la masa tu, tak sengaja. Badan besar tapi nak mencelah jugak. Masa tu awak dengan kawan kan?" Ron membalas sambil tersenyum.

"Owh, Farah nama dia. Die teman 2 minggu je. Lepas tu dia malas" kataku.

"Tapi tula, nampak perubahan ketara dalam masa dua bulan ni" sambungku lagi.

"Perubahan macam mana tu?"

Saje je dia ni kan?

"Dulu macam Afdlin Shauki, skang macam..."

"Aaron Aziz?" Ron memotong.

"Okkaaaiiii...." balasku sambil senyum kambing.

"Takdela, gurau je. Jangan marah ye" kata Ron.

"Tapi mesti ada sebab kan? Nak ngorat awek ea? Ke awek suruh?" aku membalas dengan unsur pancingan di situ.

Ron memandang aku. Senyum sinis. Seolah mengesan unsur kepancingan aku.

"Awek. Ok, saya memang ada awek pun" balas Ron.

"Tapi chill la. Tu kisah 8 bulan lepas" sambungnya lagi.

Terhenti jantung aku seketika waktu Ron cakap dia ada awek. Nasib baik statement kedua tu ada.

"So mana awek... i mean your ex skang?" Soalku tanpa memandang Ron. Rasa semacam pulak. Baru bertegur ari ni dah tanya pasal personal.

"Hari ni berapa hari bulan?"  Ron bertanya.

"3 December kan?" Ron menjawab soalannya sendiri.

"Hari ni kenduri kahwin dia" sambung Ron.

"Eh... serius?" Aku macam tak percaya.

"Serius. Ini betul-betul. Bukan cobaan" Aku tak tau la Ron serius atau tak.

"Dia tak jemput awak?" Soalan aku seterusnya.

"Ada jemput. Kat FB event je" balas Ron.

"Tapi logik la kan. Takkan nak bagi kad kahwin kt ex" Ron melihat ke arah tasik.

"Kalau dia bagi kad pun saya takkan datang. Kang tak pasal-pasal ternyayi lagu tenda biru... Tak sengaja, lewat depan rumahmu..."  sempat-sempat je dia nyanyi.

"Tapi kalau nak nyanyi lagu pelamin anganku musnah pun ok gak kan" usikku.

"Ok, tu next lagu la" kami berdua tergelak kecik.

"So, still x menjawab soalan. Kenapa struggle nak kuruskan badan? Nak carik awek baru?" Aku rasa Ron still jawab soalan aku tadi.

"Owh, soalan tadi ea?.... sebab cincin ni" Sebentuk cincin dikeluarkan dari poketnya. Cincin silver yang ringkas. Cuma ada ukiran dua garisan sahaja di permukaannya. Tiada apa yang menarik. Cincin yang biasa untuk lelaki.

"Kenapa dengan cincin tu?" Aku ingin lebih tahu.

"Sebenarnya cincin ni ex saya bagi masa anniversary kami ke-2 tahun lepas. Lepas habis konvokesyen kami. Kononnya sebagai tanda perjanjian kami untuk bersama walaupun berjauhan selepas ni. Dia cikgu, kene posting kat Miri. Saya pulak cuma jadi kulikutif je kt KL ni" Ron memulakan ceritanya.

"Yela tu kulikutif" sampukku.

"Hisy, janganlah menyampuk. Orang tengah ada mood nk cerita ni" Ron segera memotong.

"Ok, sorry sorry. Teruskan. Im listening"

"Ok. So bagi saya cinta ni ibarat magnet. Bila berdekatan, tarikannya amat kuat. Bila berjauhan, tarikannya akan jadi lemah. Lebih kurang macam tu la metafornya. Cinta jarak jauh ni bukan sesuatu yang mudah macam dalam drama or novel jiwang. Orang takde depan mata. Mula la fikir yang bukan-bukan dan of course kita akan nampak benda depan mata kita. Senang cerita,  CJJ ni memerlukan kepercayaan dan kesetiaan seteguh gunung Himalaya." Ron meneruskan ceritanya.

"Short story, masa kat Miri tu, dia jumpe orang lain. Engineer Shell. Yada yada yada, kitorang clash. Dan hari ni dia kahwin dengan mamat tu. Sape tak nak angsa bertelur emas kan?" Ringkas Ron.

"Ok, still tak nampak apa kaitan cincin tu" aku still x puas hati.

"Jap ea, awak tengok gamba ni" Ron menunjukkan gamba di dalam handphonenya kepadaku.

Tertera gamba seorang lelaki yang berisi berdiri di sebelah perempuan yang agak hijabista. Mekap tebal.

"Actually ni gamba terakhir kitorang bersama sebelum clash. Gemuk kan saya masa tu. Haha. Lepas kerja ni duit banyak, rasa lapar makan je. Balik rumah dah letih tido. Mana tak naik badan. Ok menjawab apa kaitan cincin ni dengan semua yang saya buat dalam masa 4 bulan ni ialah masa dalam gamba tu, jari saya tak muat nak sarung. Dia macam tak suka la. Nampak kami macam tak sepadan. Tau la hijabista ni, gaya nak macam artis. Mamat tu pun memang good looking. Siap bertelur emas lagi. Memang ciri-ciri idaman dia la" suara Ron mendatar.

"Awak buat semua ni semata-mata untuk cincin tu je?" Soalku.

"Yup, saya nak sarungkan cincin ni buat kali terakhir sebelum saya semadikan di tasik ni" terang Ron.

"Ea, awak nak buat apa?"

"Saya nak campakkan cincin ni hari ni. Sempena hari perkahwinan dia"

"Owh ok. Nak saya tolong amik gambar?" Aku mengofferkan diri.

"Sebab tula saya tegur awak ari ni. Nak mintak tolong amik gambar sebenarnya. Haha..... takdela gurau je. Ok, nanti saya belanja awak breakfast. Nak?" Jawab Ron.

"Ok, xpela. Saya balik dulu. Kbai"

"Eh, jangan la macam tu. Saya gurau je tadi"

Aku memandang Ron. Tersenyum.

"So awak nak campak kt mana" tanyaku.

"Hmmm kt dataran sana" Ron menunjukkan dataran yang pernah menjadi tapak Eye On Malaysia suatu ketika dulu. Kemudiannya kami berjalan ke sana.

Setibanya di sana, Ron melihat cincin tersebut di tangannya. Buat kali terakhir. Kemudiannya, dia menggenggamnya. Memandang kepadaku sambil tersenyum. Dengan sekuat hati, dia melemparkan cincin tersebut ke arah tasik yang tenang. Pantulan matahari menyebabkan permukaannya begemerlapan seperti bintang di malam hari. Kami menyaksikan cincin itu menyentuh permukaan tasik terus tenggelam. Kini ia pasti sedang menuju ke dasar.

Tiada arahan khusus daripada Ron nak ambil gambar macam mana. Dia kata ambil jela sebanyak mungkin. Nanti dia nak buat macam collage. Nampak macam story sikit. Lagipun tak guna kodak. Ambil jela banyak mana.

Aku tak nampak pun dia bersedih. Mungkin dulu dia da bersedih kot. Kemudian dia memandangku dan tersenyum.

"So what's next?" Aku membalas senyumannya.

"I dont know. Just move on. Hidup balik macam biasa. Start from zero. Tunggu next cincin daripada somebody ke. Who knows?" Ron mengangkat kening.

"Or maybe bagi next cincin kt somebody ke kan? Who knows?" Aku pun mengangkat kening.

"Yeah who knows?" Ron tersenyum.

"Jom kita breakfast kat kedai tu. Saya suka nasi lemak dan karipap kat situ. Harap ada lagi la" sambungnya semula.

"Jom" balasku pendek. Kami berdua tersenyum.

P/s: Maybe aku patut stop tulis story pasal citer jiwang. X padan dgn imej secret agent. Ok, ada satu lagi otw. Lepas tu aku nk tulis pasal sains fiksyen.


0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List