24/11/2014

Terus terang cakap, aku takde kat Putrajaya masa kedua-dua event ni berlaku minggu lepas. Aku prefer duduk rumah sambil menghadap skrin yang dicipta daripada ribuan LED. Musim hujan di hujung tahun ni bukan lah masa yang sesuai untuk pergi mana-mana event outdoor. Musim cuti sekolah, hujan dua kombinasi yang akan menyebabkan kesesakan jalan raya. Maka aku memilih untuk menikmati hari minggu dengan santai kat rumah, tengok tv, layan movie dalam laptop, makan goreng pisang, basuh kete motor. Malam pulak layan bola dr isyak smpi 3 pagi. Haha.

Formula E

Agak membanggakan juga la bila Putrajaya terpilih menjadi salah satu venue perlumbaan bertaraf dunia macam FE. Ini season pertama FE dan Putrajaya menjadi bandar kedua selepas Beijing. Ianya perlumbaan yang menggunakan jentera yang dikuasakan sepenuhnya oleh kuasa elektrik. Zero emission.

Kalau tengok spesifikasi, kereta Formula E ni boleh memecut dari 0-100km/h dalam masa 3 saat dan max speed yang boleh dicapai ialah 225km/h. Disebabkan menggunakan motor elektrik, bunyinya macam kereta tamiya or remote control. Haha. Pape pun, sebagai orang automotif, bagi aku FE ni ialah satu revolusi kerana menunjukkan benchmark level dalam menghasilkan kereta elektrik. Ini adalah satu permulaan yang baik. Dengan ini, teknologi EV ni akan berterusan dan mungkin dalam masa 10 or 20 tahun dari sekarang, kereta EV sudah mula membanjiri jalan raya.

Kedudukan litar tersebut yang menggunakan main road dan terletak di depan MOF menyebabkan banyak jalan ditutup. Ini sedikit sebanyak menyukarkan pekerja kerajaan ke ofis dan memburukkan keadaan lagi, ada karnival upin ipin di PICC yang terletak di hujung jalan yang sama.

Malam sebelum event, ramai orang berselfie dengan tiket FE percuma. Aku pun ada orang nak bagi, tapi aku x amik pun sebab meman takkan pergi punya. Sekali memang free. Takde orang jaga. Mungkin sebab x ramai orang.

Pape pun, aku tgk kt rumah. Memang free.

Karnival Upin Ipin

Siapa-siapa yang ada anak sekitar 2-12 tahun, mesti akan teruja untuk pergi karnival ni. Femes kot Upin Ipin ni. Sampai ke luar negara popularitinya. Masa hujung minggu cuti sekolah nilah masa yang paling perfect untuk bawak anak-anak ke karnival macam ni.

Ok, aku memang tak berada di tempat kejadian, tapi bila dengar event ni dibuat kt PICC, aku rasa sangat tak sesuai. Parking terhad. Bila parking terhad, orang akan parking kat tepi jalan. Bagi yang menapak pulak kene mendaki pulak. Bukan lah sesuatu yang menenangkan jiwa untuk mendaki dan menapak di musim hujan macam ni. Ada la orang share gamba luar PICC masa karnival tu berlangsung. Memang jem habis. Macam jalan ditutup. Bagi siapa yang biara area Putrajaya boleh lah cari jalan alternatif. Yang tak tau tu, menghadap la main road.

Patutnya karnival macam ni sesuai dibuat kt tempat yang open air. Bukan indoor macam PICC. Aku pernah masuk beberapa kali dalam PICC tu, boleh imagine apa yang berlaku. Ruang yg terhad dan tertutup tak sesuai untuk karnival kanak-kanak macam ni. Korang boleh google sendiri luahan2 kt FB dan blog lain. Sbb aku tak pergi, aku tak nak komen panjang.

Dua bende yg aku x paham, kenapa penganjur karnival pilih tarikh yg sama dengan Formula E dan kenapa PICC? PICC tu setakat utk konvokesyen boleh la.

P/s: Rasa macam nak pergi je IOI Mall baru tu.


0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe