12/11/2014

Bila bercakap tentang tempat percutian tanah tinggi, apa yang terlintas di kepala kita? Genting Highland dan Cameron Highland kan? Ade la beberapa tempat lain macam Bukit Fraser dan Bukit Tinggi. Ini pun kira yang femes jugak. Tahukah anda di Gunung Jerai juga terdapat resort yang sesuai untuk bercuti dan berbulan madu.

Rasanya tak ramai tahu pasal tempat ni. Aku pun sebenarnya tak tahu yang atas Gunung Jerai ada resort. Sebelum ni Gunung Jerai sering dikatakan tempat 'keras'. Jadi imej tempat perlancongan tu macam tak wujud. Mungkin orang kedah tau la kot. Sebab jalan mendaki memang betul-betul tapi jalan main road Alor Star-Sungai Petani. Kat Gurun.

Jalan paling senang nak ke sini just in case handphone korang batteri abes atau takde data plan ialah dari PLUS, keluaq kat exit Gurun. Exit ni selepas exit Sungai Petani Utara. Nak keluar kat Sungai Petani Utara pun boley kalo nak jimat tol.  Kalo keluar exit Sungai Petani utara, lepas tol belok kanan. Jalan straight je sampai jumpa sign board kat area Gurun. Dalam 15 km jugak la. Kalo keluar Gurun, lepas tol belok kiri, jalan straight, naik flyover. Turun flyover jumpa traffic light, belok kanan, dalam 2 km nnt korang nampak signboard belah kiri. Hati2 sebab takde susur. Takut kene belok mengejut.

Lepas dah sampai kat kaki gunung, kene drive lagi 12 km sampai ke puncak.  Kalau malas or takut boleh je naik van transit kat situ. Bape kene bayar tak ingat. Perjalanan mendaki agak mencabar sebab jalan die sempit macam jalan Tapah-Cameron highland. Banyak sharp corner. Kalo tak confident, parking jela kat bawah. Naik je van transit.

Dari atas puncak gunung korang akan nampak sawah padi terbentang luas. Sejauh mata memandang. Paling cantik bila sawah padi menghijau. Nampak macam karpet.

Resort punye plak aku rasa 4 bintang based on harga dia. Agak pricey tp value for money. Aku lupa nak amik gamba harga dia. Tapi xpe, boleh google sendiri. Aku ada amik gamba dalam bilik, tapi x beberapa  clear sebab phone camera prob.

Bilik die memang nice. Tilam die memang sedap. Baring je boleh terus lelap. Channel tv pun ada banyak. Apa barang tgk tv bila pergi tempat macam ni kan? Die punye bilik air xde bath tub, tapi ada mcm mini pool or mini jacuzzi. Siap ada tabir menghadap permandangan luar lagi. Better jangan bukak kot, taku kene skodeng. Haha.

Pasal makan jangan risau, ada restoran hotel kt atas tu. Cuma agak mahal. Kalo nak save or carik nasik kandar or seafood, bleh turun kt pekan Gurun.

Akhir sekali, tempat ni mmg aku recommend utk honeymoon yg economy sebab privacy, nice view, fresh air, comfortable room. Then alang-alang dah sampai utara ni, boleh la ke Danok or Padang Besar untuk shopping. Murah gile. Dari exit Gurun tu kalo nk ke Danok via Bukit Kayu Hita just dlm 1 jam. Tp kene bawak passport la. Kalo nak ke Padang Besar, tambah lagi setengah jam. Not bad untuk honeymoon trip kan? Teambuilding pun boleh buat kat sini.

Resort ni menghadap utara, Alor Star. So tak nampak Tanjung Dawai dan Pantai Merdeka. Tak memenuhi lagu Cinta Pantai Merdeka. Tapi still korang boleh ukir nama di awan Gunung Jerai. Lel.

P/s: Kalo nk beli ikan kering or kopok bleh la g Tanjung Dawai. Murah.



0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List