09/11/2014


"This one small step for human, one giant leap for mankind"

Quote famous yang diungkapkan oleh Neil Armstrong sebagai manusia pertama yang menjejakkan kaki ke bulan. Walaupun ada arguement itu semua propaganda untuk lawan Soviet Union berserta dengan beberapa bukti dan kajian tapi kita semua telah di brain wash bahawa manusia memang telah capai ke bulan dan yang penting dia orang Murricaaa!

Aku pilih untuk tak percaya sebab processor handphone sekarang ni berpuluh kali ganda advance berbanding waktu misi Apollo dulu, tapi takde ekspedisi baru ke bulan. Pelik tak?

Sekirannya misi ke bulan itu benar berlaku, ini bermakna jarak paling jauh manusia pernah berada dari planet bumi ni ialah 384,400km. Jarak dari KL ke Amsterdam ialah 12,000km amik masa 12 jam perjalanan. Ok, kira sendiri berapa masa diambil utk sampai ke bulan kalao bergerak dengan 1000km/h.

Movie Interstellar membawa manusia jauh dari bumi. Paling jauh dalam sejarah manusia.Tak jugak, paling jauh ialah Nabi Muhammad S.A.W dalam peristiwa Israk Mikraj.

Storyline dia ialah mengisahkan tentang bumi yang semakin tandus pada masa hadapan dan tidak mampu untuk menampung populasi manusia. Manusia akan menghadapi kepupusan akibat kekurangan makanan terutamanya. Maka, solution perlu dicari untuk mengelakkan manusia kepupusan dan seperti biasa, solution ini ditemui oleh Murriiicaaa!

Solution yang dicadangkan ialah dengan mencari planet lain yang boleh didiami. Dalam berbillion planet di angkasa lepas, pasti akan ada satu atau dua planetyang boleh didiami manusia. Satu ekspedisi angkasa dipanggil Lazarus dihantar ke dalam wormhole yang terbentuk di planet Zuhal (Saturn). Wormhole ni membawa mereka ke galaksi lain dan mereka mencari planet yang berpotensi. Ada 12 planet, tapi hanya data dari 3 planet sahaja yang diterima. Yang lain senyap. Mungkin orang yang dihantar ke sana pun dah senyap selamanya.

Berdasarkan data dari 3 planet itu, satu lagi ekspedisi Endurance dilancar untuk check sama ada ketiga-tiga planet itu sesuai atau tidak. Misi ini diketuai oleh Cooper iaitu Ex NASA pilot dan engineer, ditemani oleh Amelia, anak professopr brand dan beberapa orang crew lagi beserta robot yang dikenali sebagai CASE dan TARS. Perjalalan dimulakan dari bumi ke Zuhal pun ambil masa 2 tahun. Dari situ mereka akan masuk ke wormhole ke galaksi lain.

Apakah ending misi Endurance? Apakah yang berlaku kepada ahli ekspedisi Lazarus? Dapatkah Cooper mencari planet baru dan kembali ke bumi untuk bertemu keluarganya? Nak tahu kene tengok sendiri. Nanti spoiler tak best plak.

Ok, cerita ni memerlukan sedikit basic knowledge tentang teori relativity. Kalau takde, takut nnt ada beberapa bende yang korang tak paham. Dah nama pun sains fiksyen, Bagi aku filem ni tak sesuai untuk semua jenis orang. Rasa-rasa kalo korang tak minat sains, better tak payah tengok. Tapi dari awal cerita memang banyak misteri yang korang tak sabar nak tahu. Sebaik sahaja ekspedisi Endurance start, korang semua akan tertanya apa yang akan berlaku seterusnya. Mendebarkan. Tapi percayalah, susah untuk korg terlelap dalam filem ni. Haha.

Overall bagi aku cerita die menarik. Membuka minda untuk berfikir lebih jauh tentang angkasa lepas dan masa depan planet bumi ini.Panjang jugak cerita ni. Nak dekat 3 jam. Tapi tak sedar pun masa berlalu. Korang tak akan berhenti fokus apa yang berlaku dalam movie ni.

Akhir kata, tengok sendiri la ye.

P/S: Bila kita tengok movie ni, kita akan terfikir bertapa halusnya kita di alam semesta ini......

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe