20/11/2014


Mockingjay Part 1 ni ialah filem ketiga The Hunger Games. Untuk dapatkan pemahaman yang penuh filem ni, disarankan utk tengok dua filem sebelumnya. Aku pun asalnya ingat citer ni mcm Twilight. Rupanya tak. Better sket dan lebih berpijak pada realiti.  Akibatnya, aku terus follow trilogy THG ni.

Penghujung THG The Catching Fire, nampak akan berlaku rebellion besar-besaran terhadap Capitol. Ada beberapa key person President Snow sebenarnya spy utk rebellion. Dalam THG TCF, barulah di revealkan bahawa THG Tournament sebenarnya dijalankan di dalam dome yg boleh simulate dunia luar.

Ok, Mockingfire part 1 ni dimulakan dengan Katnis kini berada di dalam rebellion base kat D13. Presiden rebellion, Alma Coin, mencadangkan agar Katnis menjadi ikon rebellion untuk menarik penyertaan daripada District lain untuk menentang Capitol. Sebab sebelum ni District lain takut untuk bangkit menentang The Capitol. Dalam peperangan, propaganda penting utk meraih sokongan dan saiko musuh.  Presiden coin mencadangkan agar Kartnis merakamkan beberapa klip video utk tujuan propaganda.

Dalam masa yang sama, Capitol juga melancarkan propaganda untuk menakutkan District lain. Lebih teruk, mereka menggunakan kelemahan utama Katnis iaitu Peeta sebagai jurucakap. Strategi ini berkesan. Ianya berjaya mengganggu emosi dan psikologi Katnis.

Tapi propaganda Rebellion menjadi. Ada District lain sudah mula bangkit untuk melawan. Kebangkitan paling besar bila District 5 meletupkan empangan hidroelektrik milik Capitol. Capitol membalas balik dengan menyerang Rebellion base kt District 13. Mujurlah Peeta memberi amaran terlebih dahulu. Ini memberikan masa untuk mereka lari dalam bunkers dan terselamat.

Sementara Capitol putus bekalan elektrik, Presiden Coin merancang untuk mengantar satu skuad ke dalam Capitol untuk menculik Peeta. Setelah bersusah payah, akhirnya mereka berjaya menyelamatkan Peeta dan beberapa ex peserta THG Tournament yang lain.

Sebenarnya misi diorg ni memang Capitol dah tahu, tapi kenapa Capitol sengaja melepaskan mereka? Apa muslihat Capitol kali ni? Nak tau sila tengok sendiri.

Mockingjay part 1 ni duration 2 jam. Cerita part 1 agak slow. Takde beberapa aksi sangat. Kurang mendebarkan. Menceritakan bibit-bibit permulaan peperangan dan macam mana cara Rebellion convince District lain join diorang. Agak banyak cakap. Mungkin korg boleh tertidur. Diharapkan Part 2 nnt akan jadi lebih menarik dengan lebih banyak aksi, tembak-tembak dan letup-letup.


P/s: Plutach Heavensbee (Philips Seymour) telah meninggal dunia 2 Febuari 2014 akibat penyalahgunaan dadah. Lionsgate telah mengeluarkan statement, beliau telah melengkap penggambaran yang melibatkan beliau untuk Part 1 sahaja. Takde info untuk part 2. Mungki  akan diganti oleh orang lain selepas ini?

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe