18/11/2014

Baru-baru ni aku ke hospital kerajaan. Kt hospital ni biasa la, turn menunggu tu lama. Kalau tanak nasik pn da boleh makan, basuh periuk siap-siap. Haha.

Aku ni bukan jenis yang suka tunggu lama-lama. So aku pun bangun berjalan sekitar hospital. Kebetulan ternampak penerangan pasal diabetes.  Aku pun baca la sikit-sikit. Menarik jugak.

Baru aku tahu, nasi juga penyebab utama diabetes. Sebelum ni aku ingat gula je.

Ok, citernye macam ni. Nasi mengandungi kanji yang tinggi. Dalam badan, pankreas akan mengeluarkan cecair insulin untuk melarutkan kanji dan gula supaya meresap ke dalam darah. Tapi bila kanji atau gula ni berlebihan, insulin tak dapat melarutkan semua. Maka ianya nenjadi lemak dan ape ea. Aku tak ingat. Bila 'ape ea' nk berlebihan, ianya akan menjadi mcm racun. Lebih kurang macam tu la citernye. Sebab tula pesakit diabetes ni diberi suntikan insulin. Untuk tolong larutkan kanji dan gula berlebihan ni.

Cara untuk mencegah diabetes? Senang je dan aku rasa ramai tahu kot. Jaga makan dan rajin bersenam. Kurgkan makanan berminyak, nasik dan minum manis. Bersenam sekurang2nya 20 minit 3 kali seminggu. Tapi majoriti rakyat Malaysia buat berlawanan. Bukan mencegah, tapi mengalu-alukan diabetes. Makanan nasik membukit, lauk berminyak, minun air manis.

Papehal, jagalah kesihatan sebaik mungkin. Takde 6 pack or body pear shape pun xpe. Yang penting sihat. Tapi kalau dlm keturunan ada diabetes ni memang susah sket nak nolong. Kene double extra cautious.

P/s: Udah2 la percaya ubat ajaib MLM yang boleh menyembuhkan pelbagai penyakit. Kalo ubat tu berkesan, tutup jela hospital. Buat apa nak bazir duit negara bua hospital bagai.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe