16/12/2014

Hari ni ada sorang orang lama kt opis aku last day. Lama gak die keje. Dari tahun 1989. Aku tak masuk tadika lagi. Ada newbies kt opis aku yang tak lahir lagi pun. Pendek kata memang lama la die keje. Kalo ikut umur, belom sampai umur pencen lagi. Tapi dia ada planning lain.

Sejak aku join company ni, aku tak tau pun die antara otai of otai. Maksudnya mmg orang cakap geng pacak tiang. Sejak company ni pacak tiang die dah ada.  Tengok die langsung tak macam otai. Dalam orga die bukan paling top. Dalam meeting penting pun die takde. Masa gathering pagi pun die tak berdiri sebaris dgn top management.

Dia lebih suka wat hal sendiri. Bila2 nak smoking die smoking. Kadang2 ada kadang2 takde. Muka pulak bukan jenis sejajar dgn kempen syarikat.  Bila  berbual dengan dia, suprisingly, memang tak matching dgn penampilan dia. Syok la berbual dengan dia. Orang utara kall menyembang memang A++. Terhibur dibuatnya.

So ini bukan kali pertama aku tengok geng pacak tiang bersara. Kt ex company aku dulu pun ada sorang. Dah stat keje sebelum aku lahir lagi. Dekat 30 tahun. Karakter lebih kurang sama. Suka buat hal sendiri, muka tak murah senyuman tapi bila berbual, suprisingly menghiburkan.

Average kita mula kerja masa umur 24 tahun n pencen 55 tahun. Lebih kurang 31 tahun. Dari apa yang aku tengok, orang yg keje makan gaji ni, setakat nk hidup boleh. Mewah tak dan always struggle dgn pelbagai jenis loan. Rumah, kete, personal. Bila naik pangkat, gaji lagi besar, beli rumah lagi besar, beli kereta lebih mahal. Bak kata pepatah, makin besar periuk, makin besar keraknya. Worse thing, hutang tak abes bayar.

Akhir-akhir ni aku dihantui oleh satu buah fikiran, adakah kita ni dilahirkan untuk kerja dan bayar hutang? Hari2 kuar umah awal pagi, menghadap life yg kita tak rela kt office dan balik rumah bila matahari nk terbenam. Rasa rugi kehidupan kita yang singkat ni dibazirkan macam tu. 

Yeah, there is another way....

P/s: kapal sentiasa selamat di pelabuhan, tetapi bukan itu tujuan ia dibina.

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe