18/12/2014

Aku memandang ke luar jendela yang terbuka luas. Sengaja ku biarkan agar angin nyaman bertiup ke kotak batu ini. Di luar tingkap tersergam panorama hutan batu kota Kuala Lumpur yang berlatar belakang kan Banjaran Titwangsa. Matahari pagi yang masih belum memancarkan sepenuh kekuatannya bagaikan pelengkap untuk permandangan indah ini.

Kopi di dalam cawan masih berasap. Aromanya merangsangkan deria bau sebelum ianya diatfsirkan oleh otak. Sengaja kubiarkan TV terbuka. Begitu juga radio. Sudah menjadi rutinku sejak remaja lagi mendengar radio bila ada masa senggang. Kipas berputar lesu. Duduk di tingakt 13 ini tidak memerlukan sebarang penyejuk udara. Ambient semula jadinya sahaja sudah cukup membuatkan ku berselubung di malam hari.

Ku merenung skrin kecil 8 inci di tapak tanganku, di selang seli dengan seretan ibu jariku keatasnya. Pelbagai maklumat terpapar di sebalik skrin. Mataku merakamkan setiap maklumat, sekiranya ada yang menarik perhatian, jari telunjukku pula yang beraksi. Dunia digital, segala maklumat di hujung jari. Maklumat berkeliaran umpama ikan di lautan digital, namun tidak semua kita perlu tangkap. Hanya yang bermanafaat kepada kita sahaja.

Kotak konkrit ini sunyi sahaja. Sebab itu aku biarkan tv dan radio menyembang sesama mereka ibarat ayam bercakap dengan itik. Paling tidak, tiada kesunyian menyerangku dan menghumbankanku ke gaung depressi. Hidup seorang diri, memang mendamaikan. Tiada hiruk pikuk kanak-kanak berlari, bayi menangis, budak-budak bergaduh atau isteri yang membebel 20,000 patah perkataan sehari. Namun, harus diakui, jauh di sudut hati, aku menginginkan semua itu.

Dihadapanku berdirinya sebuah bingkai gambar ringkas bewarna merah. Di dalamnya terdapat sehelai gambar bersaiz R3. Sepasang kekasih kelihatan bahagia. Si perempuan bertudung merah dan berbaju peplum hitam. Tersenyum indah. Menampakkan dua lesung pipit di pipinya. Tahi lalat kecil di dagu kanannya membuatkan ku jatuh cinta pandang pertama kepadanya 4 tahun lepas sewaktu kami berlaga bahu di dalam LRT ketika pulang dari stadium menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia. Gambar itu diambil di Lumut 2 tahun lepas ketika menghadiri majlis perkahwinan kawannya. Aku sungguh bahagia ketika itu. Lebih-lebih lagi setelah kami mengikat tali pertunangan.

Lamunanku terhenti apabila jam berdeting 9 kali. Jam 9 pagi. Ada lagi setengah jam sebelum bergerak. Lantas ku teguk kopi di dalam cawan. Aku mengemaskan rumah serba ringkas. Tidak banyak yang perlu dikemas. Setelah mengemas beg dan menyimpan apa yang perlu, aku menelefon ibuku.

Sesuatu yang wajib aku lakukan sebelum bertarung dengan maut. Bimbang pemergian ku ini adalah buat kali terakhir dan takkan kembali. Jika boleh aku ingin mencium tangan ibuku, tapi apakan daya, ibuku jauh di Sabah sana.

Aku tenang ketika bercakap dengan ibuku. Tenang seperti biasa kerana dari awal lagi aku sudah terima hakikat akan kerjaya ini sama ada aku yang membunuh atau aku yang dibunuh. Suara ibuku begitu sayu sekali di hujung corong telefon bimmbitku. Aku meminta ibu bersabar dan mendoakan keselamatanku. Jika aku tidak kembali, sedekahkan Al-Fatihah serta tabur la bunga di atas pusaraku. Itu pun sekiranya berpusara. Mendengar kataku itu, tangisan ibu makin jelas. Aku baru sahaja 'hidup' semula, kini aku sekali lagi mencari 'mati'.

Setelah habis cakap dengan ibu, aku menutup semua suis dan tingkap. Sekali lagi 'kotak konkrit' ini akan aku tinggalkan. Tidak tahu berapa lama. Boleh jadi sehari, seminggu, sebulan atau mungkin selama-lamanya. Kunci spare telah diserahka kepad adik ku. Sepanjang 'kematianku' adik ku la yang menjaga 'kotak konkrit' ini.

Sebelum keluar, aku sempat memandang gambar rakan-rakan sepasukanku ketika kami tamat di akademi. Daripada 20 orang, 6 daripadanya sudah meninggalkan alam yang fana ini. Aku terigat ketika kami beramai-ramai menanyikan lagu 'Inilah Barisan Kita' ketika berkawad di panahan terik mentari. Namun, yang pergi biarkan pergi....

Ketika menuju ke kereta, aku sempat bermesej dengan beberapa kawan karib dan ahli keluarga serta post status di Facebook. Masing-masing membalas dengan mesej selamat berjuang dan mendoakan yang terbaik untukku.

Jalan yang agak lengang memudahkan perjalanan ku. Orang ramai meneruskan aktiviti harian mereka seperti biasa. Umpama tiada apa yang berlaku. Perlahan-lahan hutan konkrit Kuala Lumpur ku tinggalkan. Aku berharap agar keamanan yang dikecapi ini berkekalan selamanya. Siapa yang suka akan peperangan? Hanya pembuat senjata dan kapitalis perubatan sahaja. Jika tiada peperangan, mereka tak boleh cari makan.

Setelah memandu selama 40 minit, kereta memasuki perkarangan Kem Tentera Udara Diraja Malaysia, Nilai. Keadaan di luar kem agak sesak daripada biasa. Kehadiran ahli keluarga tentera udara yang ingin mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga mereka yang akan berjuang mempertahankan ibu pertiwi.

Sama seperti ibuku, ku lihat mereka saling berpelukan dengan anak mereka dengan tangisan yang sayu untuk didengar. Lantas aku terkenangkan ibuku. Tak kurang juga suami isteri yang mengambil gambar bersama anak-anak mereka, mungkin untuk kali terakhir. Yang pastinya, suasana pilu menyelubungi kem tentera ini. Tiada siapa menghantarku. Aku berjalan dengan mengenakan cermin mata hitam Rayban Aviator kegemaranku tanpa mempedulikan orang di sekitar ku.

Tiba-tiba aku rasa bahu aku dipegang oleh seseorang,

"Bad"

Aku menoleh kearah empunya suara. Aku kenal siapa. Namun aku diam seribu bahasa dan ingin berlalu. Tiada apa yang hendak diperkatakan kepada empunya suara.

"Bad, please, can we talk a moment" empunya suara tu cuba memujuk sambil memegang bahuku.

Aku menepis tangannya.

"Awak, please" tiba-tiba kedengaran suara seorang perempuan. Suara yang amat aku kenali. Amat aku rindui sepanjang 'kematianku'.

Kali ini aku berhenti dan menoleh. Ku lihat wanita seorang wanita berdiri di sebelah lelaki yang menegurku. Walaupun ia memberikan senyuman serba salah, namun jelas kelihatan dua lesung pipit di pipinya beserta tahi lalat di dagunya. Wajah yang membuatkan jatuh cinta pandang pertama 4 tahun lepas. Dia berdiri sambil mendukung seorang bayi comel. Bayi itu memandangku dengan matanya yang bulat tanpa berkedip. Seolah-olah aku ada hantu di belakang ku.

"Apa lagi yang korang nak daripada aku ni?" soalku mendatar.

"Aku tau ko masih marah kat kitorang...."

"Ko tak jawab soalan aku lagi. Aku takde masa untuk semua ni" aku memotong cakap lelaki tadi.

"Ok, ada benda penting aku nak cakap kat ko. Walaupun ko marah kat kitorang, tapi ko still best friend aku. Sama sejak kita darjah satu. Lagipun aku takut ini mungkin kali terakhir kita berjumpa. At least bagi la kami peluang untuk..."

"Ok, cakap skang" sekali lagi aku mencantas percakapan lelaki tersebut.

"Kalau boleh kita cari tempat yang privacy sikit. Sini ramai orang" kali ni lelaki tersebut berjaya menghabiskan ayatnya.

"Kat depan kete aku ok?" sambungnya lagi.

Aku memandang tepat ke mata lelaki tersebut yang juga sahabat baik ku sejak darjah 1 lagi. Pandanganku kemudian dialihkan ke arah gadis yang berlesung pipit dan bertahi lalat di dagu yang turut merenung mataku yang berselindung di sebalik kepingan plastik nipis lutsinar bewarna hitam.

Aku menganggukan kepala dan menuju ke kereta Sham, sahabat baik ku yang terletak tidak jauh dari situ.

Setelah sampai di hadapan keretenya, kami berempat terdiam seribu bahasa. Tak tahu siapa nak mula.

Akhirnya Sham menarik nafas dan memulakan bicara.

"Bad, sejak ko muncul balik ni, ko tak bagi peluang langsung untuk kitorang explain apa yang berlaku"

"Aku tahu ko marah. Aku rasa kalo aku jadik ko pun aku marah jugak. Tapi apa yang berlaku ni bukan kehendak kami dari awal...."

"Kalo setakat ko nak cakap pasal bende ni, sorry, dont waste my time" aku mula hendak melangkah.

"Awak, please la dengar untuk sekali ni saja. Please" suara Rina sayu kedengaran. Air matanya mula bergenangan. Bayi di dalam dukungan merenungku tanpa berkedip sama seperti tadi.

Aku berpaling menghadap mereka semula.

"Ko tau tak, sejak berita kapal terbang korang ditembak musuh 2 tahun lepas, Rina tak henti-henti menangis. Walaupun ko dah diisytiharkan terkorban, tapi Rina tak henti-henti berdoa berharap semoga ko kembali. Berbulan-bulan dia lamanya dia menunggu ko" Sham meneruskan percakapannya.

"Kalo ko tak percaya ko boleh cek blog dan timeline FB dia. Semua ada kat situ. Kurus kering dia masa tu" Sham menambah lagi bila aku tak bersuara kali ni.

Raut wajahku takde apa-apa reaksi. Seolah-seolah Sham bercakap dengan dinding. Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu nak respon apa. Benar kata Sham. Semua apa yang berlaku Rina sepanjang kehilangan ku ada di situ. Namun, hakikat yang paling susah untuk ku telan ialah bila mendapat tahu Rina telah berkahwin dengan Sham. Kawan baik aku sendiri. Kawan baik aku sendiri kahwin dengan tunangku dan sekarang dah ada anak sorang. Kenyataan ini terlalu pahit untuk ditelan.

Rasanya kalau la semua pahit hempedu di dunia ini digabungkan, masih gagal untuk menandingi kepahitan kenyataan ini.

"Bukan takde orang datang meminang dia masa ko takde, tapi semua die tolak. Dia setia menanti kepulangan ko. Sampaila setahun, barulah dia boleh terima hakikat. Aku nak ko tau, yang perkahwinan kami pun atas permintaan parents Rina. Sebab aku kawan baik ko dan diorang yakin yang aku mampu jaga dan sayang Rina macam ko sayang Rina" tambah Sham.

"Awak, demi Allah, kalau saya tahu yang awak akan kembali, saya akan tunggu awak selamanya" Kali ni Rina pula bersuara. Ada sedu sedan masih bersisa.

"Saya memang nak sangat awak kembali, tapi bukan dalam situasi macam ni. Ini semua takdir Allah"Rina bersuara lagi seloah-olah menggantikan giliran Sham. Namun aku berdiri tegak dan tak respon apa-apa.

Bila bercakap tentang takdir, aku teringat tentang satu ayat ni, "Di mana kita berada skang ialah exactly di tempat yang Allah telah aturkan. Sesungguhnya perancangan Allah itu adalah sebaik-baik rancangan"

Aku tahu semua ini suratan takdir. Tapi sebagai manusia biasa, terlalu sukar untuk aku menerimanya. Segalan-galanya kembali bermain di kepala ku seolah-olah tayangan projektor lama....

Dua tahun lepas, aku telah menyertai satu misi pengaman PBB di Afrika Selatan. Kapal terbang yang kami naiki telah ditembak oleh pihak musuh dan terhempas. Aku bernasib baik kerana sempat melompat keluar dari pesawat sebelum kapal terbang mencecah bumi. Walaupun aku sempat lompat keluar, impak yang aku terima masih kuat ketika terhempas di tanah. Aku terus black out. Aku sangka aku sudah mati. Bila aku sedar, aku dapati aku telah menjadi tawanan musuh.

Aku sendiri pun tak tahu di mana aku berada. Kemudiannya aku dijadikan buruh paksa untuk bekerja di dalam lombong berlian haram.

Aku tak tahu nasib rakan-rakanku yang lain kerana tiada seorang pun yang bekerja sama denganku. Aku andaikan mereka semua telah terkorban. Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Adakalanya aku sendiri lupa tarikh kerana berada beberapa hari di dalam lombong bawah tanah membuatkan aku tak tahu entah bila bulan dan mentari bersilih ganti. Dipaksa bekerja hampir 14 jam sehari. Diberi makan sekadar cukup syarat. Ramai pekerja jatuh sakit dan meninggal dunia. Tak sampai beberapa hari, pekerja yang mati itu akan digantikan dengan pekerja baru. Sama juga sepertiku, buruh paksa. Sesiapa yang melawan atau melarikan diri akan ditembak tanpa belas kasihan.

Kami juga sering dipindahkan dari satu lombong ke satu lombong yang lain. Ketika pemindahan, mata kami diikat dan kami disumbatkan di dalam trak beramai-ramai. Adakalanya aku rasa ingin mati sahaja untuk melepaskan diri dari penyeksaan ini. Kerana Rina la, aku sanggup bertahan. Aku mesti teruskan hidup kerana aku tahu Rina akan setia menungguku. Itulah janji Rina kepadaku setiap kali aku ditugaskan ke misi hidup mati seperti ini. Aku yakin Rina akan berpegang pada janjinya.

Penderitaan ku berakhir apabila aktiviti perlombongan haram ini terbongkar. Pihak tentera dihantar ke lombong haram. Aku nyaris menjadi mangsa tembakan ketika pihak tentera bertempur dengan pengawal lombong bersenjata. Aku bersyukur kerana masih dipanjangkan usia. Setelah diselamatkan, baru aku tahu, sudah hampir 2 tahun aku menjadi buruh paksa sindiket perlombongan haram. Kini harapan aku hanya satu, ingin pulang ke tanah air dan berjumpa Rina.

Kata orang, "Becareful for what you wish".... Aku berharap agar dapat bertemu Rina semula, tapi bukan dalam keadaan Rina sudah menjadi isteri orang dan hamil 7 bulan....

"Macam nilah, aku terima. Aku terima semua ni suratan takdir. Aku doakan korang bahagia sampai ke syurga. Ok, puas hati?" aku bersuara setelah diam seketika.

"Kalau takde pape, aku blah dulu..."

"Sebenarnya kami datang ni nak memperkenalkan kau kepada seseorang" kali ni Sham pula memotong cakapku.

"Perempuan" sambungnya lagi.

"Aik, sejak bila pulak korang jadi agen pencari jodoh ni?" sindirku.

"Sori, kalau setakat nak cari awek, aku boleh cari sendiri. Tak payah la korang susah payah. Kirim salam jelah kat dia" aku takde mood. Ingat ni cerita Ibu Mertuaku ke, tunang aku ko rampas. Lepas ko nak tebus dengan cara gantikan dengan awek lain?

"Tapi dia sendiri nak jumpa ko. Dia kata dia kenal ko. Aku tau ko nak cepat, tapi at least jumpa la dia sekejap. Dah 2 jam kitorang tunggu kat sini" terang Sham

"Rina, panggil Haifa" Sham pandang Rina. Rina menangguk.

Pintu kereta terbuka, seorang gadis melangkah keluar. Berbaju kurung biru muda dan betudung hitam. Ringkas sahaja pakaiannya. Mata kami bertentang seketika. Namun dia pantas mengalihkannya. Malu
barangkali.

"Laaa, dia ni ke Haifa? Selama ni selalu jumpa tak tau pulak nama dia Haifa" aku bercakap dengan diriku sendiri.

Haifa ni anak kepada pemilik restoran yang berdekatan dengan rumah aku. Aku selalu tapau nasi goreng ayam kat situ. Memang selalu kalau aku makan kat situ, Haifa ni la yang amik order. Aku tak tahu berapa umur dia. Tapi aku rasa muda 3 atau 4 tahun daripada aku. Selama ni aku anggap dia macam adik je.

"Assalammulaikum" Haifa memberi salam.

"Waalaikumussalam" jawabku ringkas.

Kami berdua terdiam. Masing-masing kelu. Awkward moment.

"Lama dah abang tak datang makan kat kedai" akhirnya Haifa bersuara. Kat kedai selalu dia panggil aku abang.

"Abang sekarang rajin masak kat rumah je" jawabku.

"Ayah sihat? Tak berniaga hari ni?" soalku pula.

"Ayah sihat. Dia balik kampung dengan mak. Ada kenduri kahwin"

Melihatkan aku sudah mula berbual dengan Haifa. Rina dan Sham masuk ke dalam kereta.

"Baru hari ni abang tau nama awak Haifa" aku meneruskan perbualan.

"Apa kaitan awak dengan Rina dan Sham sebenarnya? Macam mana boleh kenal diorang?"

"Sebenarnya Rina tu sepupu saya. Masa diorang buat kenduri tahlil abang, bila tengok gambar, baru saya tahu abang ni tunang Rina" terang Haifa ringkas.

"Kecik je dunia ni kan?" ujarnya lagi.

Aku mengangguk kecil.

"Diorng buat kenduri untuk abang?" aku inginkan kepastian.

"Selepas setahun abang hilang, kami semua terima hakikat yang abang sudah tiada. walaupun diorang tak jumpa mayat abang, tapi kitorang redha. Teruk Rina masa tu. Dia setia tunggu abang. Lepas dia
dah terima hakikat, paklong dan maklong, mintak jodohkan Rina dengan abg sham. Sebab abg Sham rapat dengan abang" jawab Haifa.

Benarlah apa yang Sham cerita tadi. Semuanya teli.

"So kenapa Haifa nak jumpa abang?" aku melihat jam di tanganku.

"Haifa just nak tanya abang, bila lagi nak datang kedai?" kali ni Haifa tersipu-sipu.

"Serius?"

"Aah" ringkas jawabnya sambil senyum.

"Sambil tu nak ucap selamat berjuang kat abang" sambung Haifa lagi.

"InsyAllah. Doakan yang terbaik untuk abang" kataku ringkas.

"Nanti datang kedai tau. Nanti Haifa masakkan untuk abang. Special punya"

"Abang pun tak tahu apa takdir abang kali ini, tapi kalau kali ni takdir memihak pada abang, dont worry, abang mesti datang"

"Haifa doakan selamat kembali dan sentiasa tunggu abang"

Kali ni matanya mula berkaca.

"Haifa.... thanx. Abang pergi dulu. Assalammualaikum" aku meminta diri.

"Waalaikumsalam"

                             ********  ************ *********** **********

Segalanya sudah tersedia. Aku melangkah ke arah pesawat MiG-29 yang akan membawa ku terbang ke kelajuan Mach 3 sebentar lagi. Keadaan di lapangan terbang sibuk dengan krew dan tentera yang betugas. Dalam peperangan, segalanya perlu pantas. Kelewatan mungkin akan dibayar dengan harga yang besar.  Seperti dijadualkan, Malaysia akan menghantar beberapa pesawat pejuang ke Hanoi di mana kem Asean Military Force (AFM) didirikan di sana sebagai persediaan menghadapi serangan daripada China. Beberapa negara utara Asia kini telah jatuh ke tangan China termasuk Korea Utara dan Korea Selatan. Manakala Rusia pula sedang bertahan. Manakala pakatan barat kini dilihat agak goyah akibat daripada ekonomi mereka yang diruntuhkan oleh China. Akibat keperluan ekonomi yang ekstrem, China memerlukan lebih banyak sumber dan untuk kekal sebagai kuasa dunia tunggal yang baru. Percikan api yang sama yang telah menyalakan api Perang Dunia Pertama dan Kedua sebelum ini.

Dunia kini berada di dalam kancah Perang Dunia ke-3.

Segala telah dihidupkan. Perlahan-lahan penutup kokpit diturunkan. Deruman engine turbojet semakin kuat kedengaran. Putaran enjin semakin meningkat. Isyarat pelepasan telah diberikan oleh pengawal trafik. Langit biru kini terbuka luas untukku.

Allah itu Maha Adil, setelah Rina diambil dariku, Haifa menjadi penggantinya. Kata-kata akhir Haifa itu mengingatkan aku kepada lafaz yang sama diucapkan oleh Rina 2 tahun lepas.

Kini aku ingin menumpukan cintaku yang tak pernah luntur, cinta matiku. Cinta kepada agama, bangsa dan negara.

P/s: ok, lepas ni dah tak tulis cerpen tema cinta lagi.


2 comments:

  1. Cerpen ni dibuat berinspirasikan filem Sanggam & Call Of Duty Black Ops 2 ke?

    ReplyDelete
  2. Yeke? Tak prasan la plak. Lol

    ReplyDelete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe