24/12/2014

Pada suatu petang, aku melawat rumah saudara kt KL. Rumah apartment yg ada security. Normal life kt KL. Kene parking kt luar. Nak masuk pun kene tinggal lesen kat guard. Guard Nepal rasanya. Tak boleh buat apa, dah memang tugas diorg. Aku mmg tak selesa bila warga asing minta IC or Lesen kt negara sendiri. Haih. Sebab tu bila kerajaan nak buat rules, lepas ni kalau nak beli Ron95 kene tunjuk IC aku rasa mcm total bullshit. Haha.

Aku bukan jenis kaki sembang sgt kecuali dgn close friend je (semua oranh mcm tu kot), bila g melawat saudara ni sembang sikit-sikit buat syarat dah la.  Lepas makan beberapa goreng pisang dan dua cawan teh o, aku duduk kt beranda. Biarkan diorang terus sembang kencang.

Dari beransa, aku nampak sekumpulan budak-budak main bola kt tepi kolam renang. Ada kawasan lapang sikit tepi pool. Setakat untuk diorang nak main bola ok la.

Mula-mula aku tak ambik port sgt la pasal budak-budak main bola. Biasa je. Mataku kadang-kadang terusha mak budak main dgn anak diorang dalam kolam renang. Haha. Sampai la ada sorang budak yang main bola buat skill Rabona (sila google kalao tak tau). Wow. Ingtkan kebetulan, tgk lepas tu dia buat lagi. Rupanya bukan dia sorang je. Kawan dia pun buat beberapa skill lain. Aku rasa diorg ni suka main game FIFA Street.

Masa aku baya2 diorang (aku rasa diorg sume 12 tahun ke bawah) aku cuma tau basic skill main bola je. Pass, rembat, dribble zig zag. Apa yg budak2 ni buat, masa aku kt u baru aku belajar. Itu pn selepas kemunculan beberapa magician bolasepak macam Ronaldo, Ronaldinho, Messi, Henry. Hari2 dok tgk video diorang. Petang masa main bola cuba praktikkan. Susah gak.

Budak2 skang untung. Video tutorial untuk buat skill magic2 ni banyak. Kebanyakan skil2 dulu yg hanya magician je boleh buat dah ramai orang boleh tiru. Dari budak kecik sampai besar. Aku ada la beberapa skill yg aku blajar. Haha. Tak caya boleh cek kt youtube. Bertimbun. Macam2 skill bleh belajar. Daripada amatur sampai pro.

Bagi aku satu kerugian bila pemain pro (dan level international) malaysia tak guna kelebihan2 ni. Diorang lagi banyak masa dan peluang untuk praktikkan.

Akhir kata, kalo korang teringin atau anak korang berminat nak jadi pemain bolasepak profesional suatu hari nanti, boleh tunjukkan video2 tutorial skill kt diorang. Budak kecik ni diorang lagi senang nak absorb. Mana la tau skill2 tinggi ni mampu bawak malaysia ke piala dunia. Haha.

P/s: Idola aku ialah Ronaldinho dan Cristiano Ronaldo

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers