29/12/2014

Setiap tahun banjir di pantai timur adalah sesuatu yang kita dah jangka. Banjir yang agak teruk. Tahun ini teruknya lebih luar biasa. Kebanyakannya tempat tenggelam sampai ke paras bumbung. Bayangkan lah bertapa banyaknya kemusnahan yang berlaku.

Banyak gamba telah membanjiri media sosial. Lebih memburukkan lagi keadaan bila ada pihak menyebarkan pelbagai khabar angin yang tidak dapat disahkan kebenarannya. Disamping ada juga yang saling tuduh menuduh serta memainkan sentimen politik. Memang meriah timeline Facebook sejak banjir melanda minggu lepas.

Aku tak nak ulas kenapa bila dah tahu memang akan banjir, tapi nampak maca, takde tindakan effisien untuk menghadapinya. Sistem pengurusan banjir juga nampak macam kelam kabut. Aku tak tahu apa sebabnya mugkin boleh jadi bajet, sekatan politik dsb.

Sekarang ni apa yang aku nampak ialah solution perlu dicari. Itu lagi penting utk cari sape salah. Ianya tak selesaikan masalah. Baru-baru ni ada orang upload gambar Floody Bag. Satu plasti  beg yang sangat besar sampai boleh membungkus kereta sedan. Kalau kereta sedan pun boleh masuk, banyak lagi barang berharga lain macam barang elektrik, dokumen penting boleh dibungkus.

Aku nampak ni ialah solution yang paling praktikal. Mudah, cepat dan murah. At least boleh mengurangkan jumlah kerugian yang ditanggung oleh mangsa. Diharapkan kerajaan dapat memberikan perhatian serius terhadap solution ini.

P/s: Takziah kepada semua mangsa banjir. Semoga tabah menghadapi dugaan takdir ini....

0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

My Blog List