11/12/2014


Sebelum ni aku asyik dengar orang cakap je, kalo nak murah pergi shopping kt GM. Kat situ diorang jual barang borong. Ada sorang membe aku dari kedah sebulan sekali akan turun GM amik stock. Kadang2 dia pergi GM Klang. Aku tak pernah jejakkan kaki. Hari ni baru 1st time. Tu pn sebab ada urusan kt KL.

GM Chowkit ni tak susah pun nak carik. Tapi bagi sape yg 1st time nak pergi better google sket la sebab banggunan dia bukan terletak kt tepi main road. Kalo malas nk bawal kereta, boleh naik Monorel turun kt stesen Chow Kit. Lepas tu jalan kaki sikit. Tak jauh pun.

GM ni ada berapa tingkat aku x ingat. Lupa nak amik gamba kt aras direktori. Tapi tak silap aku dalam 7 tingkat kot. Aku tak naik lif. Naik eskalator je. Aku mmg jenis suka pusing dua round. Masa naik atas aku survey setiap tingkat, masa turun pun aku survey setiap tingkat.

Barang2 kt GM ni sama mcm kt Kenanga. Memang dijual harga borong. Tapi kene beli at least 6. Kalo beli 1, mcm harga uptown. Kebanyakan yang jual kt sini, tudung n aksesori permpuan, handbag, perfume, jam, baju dan jersi.

Dari segi environment, lorong agak sempit. Kalo ada penjual bawak stok, memang x muat. Kene salah sorang mengalah. Suasana kurang ceria mungkin sebab banggunan lama. Keluasan satu floor pun x luas sgt. Agak kecik berbandig kenanga, kalo nak jalan setiap tingkat mmg lenguh kaki. Then ada banyak tingkat jugak la eskalator rosak. Jenuh nak menapak. Lif plak slow gila. Bila sampai selalu penuh. Aku tak perasan ada food court ke tak dalam tu. Macam takde.

Tapi sebenarnya, kedai2 sekeliling GM pun banyak jual barang harga macam GM. Just in case kalo korang malas nak naik atas, beli kt sekitar situ pun boleh.

Ok, GM Klang aku tak tau cmne, tapi kalo compare GM chow kit dgn kenanga, aku prefer Kenanga. Harga barang mungkin lebih kurang. Tapi dari segi keselesaan dan suasana, Kenanga lag selesa kot. Ok, itu saja. Sekian.

P/S: Aku still takde idea nak bisnes apa. Sume barang orang dah jual. Market share jadik kecik nnt. Haha.


3 comments:

  1. nak tanya harga barang lebih murah di Kenanga compare dgn GM?

    ReplyDelete
  2. Tak tentu. Tengok kedai. Tapi macam perfume kt GM lagi murah.

    ReplyDelete
  3. kwc dah buka byk kedai manik n wallpaper...di tinggkat 3 n 5 .....sana wallpaper murah giler rm 38 lgi buy 3 free 1 pas kurang baru rm28 shj. kualiti pn ok xmcm diy n kaisan nipis giler ....minat call boss sana 0175031855

    ReplyDelete

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe