31/12/2014

Aku tau Malam bukan novel. Antologi cerpen. Tapi takpela, nak senang label. Blasah jela.

Ol, Malam ialah antologi cerpen yang ke-5 keluaran BukuFixi. Dan semestinya limited edition. Macam biasa, hanya 3000 keping sahaja dicetak. Tidak akan diulang cetak. Kalo da habis akan masuk pasaran gelap. Maksudnya kene beli kt orang lain dgn harga makap. Harga asal RM8. Kes sebelum ni ada orang bid Kopi sampai RM300. Tak tau la betul ke tak. Haha.

Malam dihasilkan bersempena Big Bad Wolf 2014 di MIEC kat Mines. Terdiri daripada 18 cerpen yang ditulis oleh penulis-penulis terbitan BukuFixi. Tema Malam ialah BBW2014. Semua cerpen ada menyelitkan unsur-unsur BBW2014, malam dan kegelapan.

Mula dijual pada 12 tgh malam di hari kedua BBW2014 kalo tak silap. Bila tarikh aku tak ingat. Tapi yang aku tau esoknya (ahad) ada game semi final piala AFF suzuki 2014 Malaysia lawan Vietnam. Sebab aku pergi game tu. Malaysia kalah 2-1.

Aku tak sure ni kali ke berapa BBW, yang pastinya aku tak pernah pergi satu pun. Bila BBW mesti jadual aku penuh. Walaupun buka 24/7 tapi rumah aku agak jauh dengan Mines, rasa berat nak pergi. BBW kali ni aku tak pergi sebab esoknya nk pergi stadium. Nak save energy. Haha.

Kalo Malam ni jual siang, sempat je nak pergi. Tapi tak kene tema la kan? Memang 12 tgh malam tu aku tak dapat berada kat situ. Ada saudara datang rumah. So aku kirim kat sorang member dok Putrajaya.   Dia pun macam aku jugak, tak dpt nk ada kt BBW masa Malam launch. Aku kontek sorang lagi member yang jugak peminat BukuFixi (kitorang pernah order share beli 6 pack). Akhirnya dia berjaya (kalau anda baca entry nim sila senyum sikit. You know who you are. Hoho).

Malam memang cepat habes. Dalam masa 24 jam, licin. Masa launch tu, oranh beratur panjang. Kuota malam tu abes licin. Mana taknya, ora ng borong macam ulat tiket. Mungkin sebab mitos lelong smpi RM300 tu, orang nampak ni peluang buat duit. Ada jugak kes orang kirim kt membe mcm aku.

Aku dah lama abes baca, cuma skang baru ada masa nak tulis. Kalo baca non-stop dalam masa sejam lebih dah khatam. Sepanjang membaca, memang aku terasa la feel malam yang Malam cuba hinopsis pembaca.  Selepas membaca, ni lah rating top 5 aku. No 1 kira terbaik dari ladang Sime Darby:

1. Misi Mustahil
2. Revolusi! Revolusi! Revolusi!
3. Pondan Di Pandan Indah
4. Ya
5. Ah, Sudah

Yang lain pun ok. Malam ni memuatkan cerpen-cerpen yang menepati character BukuFixi, pulp fiksyen. No kawen paksa sebab nak rampas harta syarikat dan muda2 drive Audi dating ke hulu hilir dan rumah banglo mewah. Memang korang takkan jumpa dalam buku terbitan BukuFixi.

Akhir kata, kepada BukuFixi dan semua penulis-penulis Malam, GOOD JOB!

P/s: bila la nak siap novel sains fiksyen aku ni. Haha.


0 comments:

Post a Comment

Dah baca tu, komen la sikit. Hehe

Random Post

Popular Posts

My Blog List

Followers